Monday, March 23, 2009

Pengundi Siam DUN Bukit Selambau masih setia kepada BN.

Pengundi-pengundi Siam di DUN Bukit Selambau adalah seramai 329 orang, majoritinya masih setia kepada parti BN. Hanya segelintir sahaja yang agak emosi dan tidak sehaluan dengan pemimpin kampung lalu menyokong pembangkang.

Terdapat beberapa perkampungan Siam di sini antaranya ialah:-
1. Kg. Kuala Cepir (Bang Pia) - 7 keluarga
2. Kg. Perak - 15 keluarga
3. Kg. Sungkup (Klong Kop) - 3 keluarga
4. Kg. Padang Sekawan (Dangwan) - 26 keluarga
5. Pekan Bukit Selambau (Klong Chang) - 31 keluarga dan
6. Kg. Tanah Lincin (Seluang) - 48 keluarga
7. Lain-lain tempat seperti taman dan bandar sg. petani - 30 keluarga

Jumlah masyarakat Siam di kawasan ini sebanyak 118 keluarga sekitar lebih kurang 650 orang. Saya harap masyarakat Siam terus berpendirian dalam bidang politik demi untuk kemajuan bangsa Siam di DUN Bukit Selambau dalam arus pembangunan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan ialah masalah asas seperti:-
1. Jalan minitar di Kg. Padang Sekawan,
2. Lampu jalan di Wat Samagghiratanaram, Bukit Selambau,
3. Masalah Kad Pengenalan Merah,
4. Masalah Status Bumiputera masih samar,
5. Masalah Sijil Pertanian Orang-orang Siam,
6. Masalah pilih kasih dalam kepimpinan JKKKP, masyarakat Siam diabaikan.

4 comments:

  1. Aku orang perlis, kampung kokmaq dekat padang besar utara. Minta maaf kerana aku menyokong pembangkang kerana prinsip keadilan. Aku anak siam bermaruah yang tidak bergantung harap pada rasuah budi. Malu dengan sikap murah saudara. Aku anak siam Malaysia yang bermaruah. Kita bukan bangsa pengemis.

    ReplyDelete
  2. Aku setuju dengan pendapat ANON 10:12.Walau pun aku bangsa jawa tak semestinya aku kena ikut subahat dengan khir toyol mengamal rasuah.Kalau UMNO ikhlas nak tolong orang setakat benda yang di sebut diatas tu dah lama selesai.Sebab orang siam banyak yang jujur tak nak beri duit kopi maka benda yang mudah akan di persulitkan lah itu pun kamu tak faham-faham lagi.

    ReplyDelete
  3. Saya hormati pendirian anda semua. saya hanya paparkan maklumat berdasarkan tugasan saya terhadap masyarakat Siam di kawasan DUN Bukit Selambau.

    ReplyDelete
  4. Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka dan masyarakat Siam Bangsa Malaysia terus terpinggir.
    Masalah yang disebutkan diatas adalah masalah lapuk dan tidak sepatutnya menjadi masalah rakyat selepas 50 tahun merdeka.
    Kenapa masyarakat kampung dan desa masih mengalami masalah yang lapuk ???
    Apakah selama ini kawasan Bukit Selambau diperintah oleh Alien ???
    Fikirkanlah.

    ReplyDelete