Wednesday, July 21, 2010

Perjalanan pemimpin Siam kerdil ke Putrajaya untuk membela nasib bangsa.


Pada malam 18 Julai 2010, saya bertolak dari rumah ke Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk menghadiri Mesyuarat Focus Group berkaitan Bajet 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010 jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dato' Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan I.

Dari Shahab Perdana, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 mlm dan sampai di Stesen Bukit Jalil pada jam 6.00 pagi. Saya tinggalkan kereta di Shahab Perdana (risiko hilang agak tinggi tapi terpaksa). Dari Bukit Jalil saya bertolak ke pejabat En. Siri Neng Buah di Jabatan Warisan Negara di Jalan Conlay Off Jalan Raja Chulan dengan LRT dan sampai pada jam 7.30 pagi.

Saya ke kantin dulu sebelum saya ke pejabat En. Siri Neng Buah dan tunggu beliau di ruang tetamu sebab beliau belum sampai. Jam 9.00 pagi, baru dapat berjumpa En. Siri Neng Buah. Saya pun berbincang dgn En. Siri Neng Buah tentang keperluan masyarakat Siam dalam Bajet 2011.

Bila En. Siri teliti beberapa dokumen yang saya bawa sebagai persiapan, beliau terus bersuara untuk ikut saya pergi ke mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama, saya terus lantik beliau sebagai Ahli Kehormat Pekemas untuk melayakkan beliau dapat serta atas nama Pekemas. Beliau sanggup membatalkan semua program beliau dan mewakilkan salah seorang pegawai untuk mengganti beliau dalam program rasmi jabatan. Sementara beliau pergi ke Putrajaya bersama saya demi untuk pembangunan masyarakat Siam seluruh Malaysia.

Kami sampai di Putrajaya pada jam 2.15 petang tanpa sempat untuk makan tengahari. Sebab En. Siri perlu mengendalikan mesyuarat di pejabatnya terlebih dahulu pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tghari.

Kehadiran ke Mesyuarat Focus Group tersebut seramai lebih kurang 20 orang pemimpin NGO yang mewakili kumpulan minoriti. Agenda mesyuarat tersebut ialah pihak Kementerian Kewangan Malaysia ingin mendengar pandangan dan cadangan NGO dalam peruntukan bajet. Setiap NGO diberi peluang meluahkan pandangan tanpa had masa.

Pihak Pekemas telah melontarkan beberapa pandangan dan cadangan, antaranya ialah:-
1. Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kaum Minoriti di bawah Jabatan Perdana Menteri.
2. Kekalkan jawatan Senator kepada masyarakat Siam.
3. Menyediakan kemudahan asas di perkampungan Siam.
4. Menyediakan dana komputer untuk masyarakat Siam.
5. Menyediakan kawasan riadah untuk masyarakat Siam.
6. Menyediakan peruntukan pembangunan dan pentadbiran Wat Siam.
7. Menyediakan peruntukan pembangunan dan pentadbiran Sekolah Bahasa Siam.
8. Menyediakan penempatan baru kepada masyarakat Siam ekoran kekurangan tempat utk membina rumah.
9. Membenarkan masyarakat Siam memiliki lesen kontraktor kelas F kerana Siam juga adalah kaum Bumiputera.
10. Sedaikan dana khas utk IKS di kalangan masyarakat Siam.
11. Sediakan pinjaman dan bantuan kewangan kepada peniaga keturunan Siam.
12. Membenarkan kaum Siam terlibat dalam program FELDA dan FELCRA. Sediakan sebidang tanah utk setiap keluarga kaum Siam.
13. Berikan biasiswa kepada pelajar Siam yang layak.
14. Benarkan pelajar Siam yang kurang berjaya di Sekolah Latihan Vokasional.
15. Sediakan peruntukan tusyen kepada pelajar Siam yang kurang mampu.
16. Mohon pengiktirafan pergerakan pelajar2 IPT Siam yang dikenali RUAMTHAI. Sediakan peruntukan untuk mereka menganjurkan aktiviti sosial bagi meningkatkan kemajuan pendidikan di kalangan pelajar Siam.

Inilah 16 perkara yang telah kami suarakan dalam mesyuarat tersebut dan satu salinan sebanyak 4 muka surat saya serahkan kepada YB Timbalan Menteri Kewangan I. Beliau juga memberi respon positif terhadap beberapa cadangan kami antaranya penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kaum Minoriti, jawatan Senator utk kaum Siam dan peruntukan kepada wat dan Sekolah Bahasa Thai.

Habis mesyuarat pada jam 4.30 petang, kami tumpang kereta Dato' Hj. Aliasak Hj Ambia, bekas Tim. Ketua Pengarah RISDA yg juga Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia ke stesen LRT di Putrajaya dan terus ke KL Central.

Pada jam 6.00 petang barulah kami menikmati jamuan makan tengahari bersama di KL Central sebelum saya dan En. Siri berpisah. En. Siri balik ke pejabat sementara saya ke Stesen bas Bukit Jalil untuk balik ke Alor Setar. Saya sampai di rumah pada jam 3.00 pagi. Kerana masyarakat kita perlu berkorban, tak perlu ambil kisah orang nampak atau tidak. Yang pasti kita tahu siapa diri kita sebenar.

9 comments:

  1. Jika kerajaan setuju panggil wakil Siam untuk berbincang mengenai Bajet 2011 tentu mereka sedia membantu kaum minoriti. Kalau mereka tidak bersedia untuk membantu kaum Siam, tidak ada makna mereka panggil kaum minoriti ke mesyuarat tersebut.

    ReplyDelete
  2. Sekiranya kerajaan abaikan kebajikan kaum Siam, aku seru kepada semua pengundi2 Siam UNDILAH PAKATAN RAKYAT dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  3. PRU yang lepas pun dah ramai siam sokong PR...PRU 13 nanti lagilah ramai....

    ReplyDelete
  4. Tunggu tengok pembentangan bajet dulu, baru kita pikiaq semula nak terus pangkah BN atau beralih ke PR. Jgn jadi seperti kacang lupa kulit.

    ReplyDelete
  5. Apa yang orang Siam perlu adalah seorang pemimpin yang "persistent" dan tidak hangat-hangat tahi ayam. Kita selalu kena INGATKAN kerajaan bahawa kami wujud dibumi Malaysia dan kami masih mejunjung bumi ini dimana kami memijak. Dari "observation" saya, saya boleh lihat bahawa ramai pemimpin yang "persistent" dikalangan orang-orang siam. So pemimpin itulah perlu selalu berkomunikasi dengan pemimpin kerajaan dari bawah hingga lah keatas. Kita adalah kaum micro-minoriti di Malaysia, kita tidak boleh hanya menulis surat dan harapkan kerajaan tolong...kita kena follow-up, follow-up dan follow-up sehingga apa yang dijanjikan , ditunaikan oleh kerajaan. Kita perlu adakan pusat pertadbiran orang-orang Siam di setiap kampung, dan mengumpul maklumat keluhan-keluhan orang siam dengan tandatangan-tandatangan dan hantartkan kepada wakil rakyat, copy kat Menteri-Menteri dan juga Senator Siam, dan juga hal ehwal luar bandar kat Menteri di Jabatan PM. Kita kena kumpulkan keluhan-keluhan itu setiap 3 bulan dan rekodkan...so bila sampai waktu Pilihanraya, bila pemimpin hendak tahu apa keluhan-keluhan orang-orang Siam, kita ada ditangan kita pada bila-bila masa. Kita perlukan menyuarakan secara sistematik dengan strategik tertentu untuk merperingatkan kerajaan kewujudan ornag-orang Siam di Malaysia dan kita perlukan perhatian daripada kerajaan. Apa kita perlukn buat adalah satu Kertas Cadangan yang mempunyai strategik bagaimana membangunkan masyarakat Siam. Kita mesti sediakan Kertas Cadangan Pembangunan Jangka Pendek Untuk Masyrakat Siam dan Pembangunan Jangka Panjang Untuk Masyarakat Siam. Dengan dedahkan professionalism/sistematik kita kepada kerajaan, kerajaan akan melihat kita sebagai aset kepada negara. Dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah lihat apa-apa Kertas Cadangan yang Sistematik dan Komprehensif untuk Pembangunan Masyarakat Siam, tidak dari Senator kita, Tidak Dari PSM dan juga Tidak dari mana-mana pihak pemimpin-pemimpin masyarakat Siam. Kalau ada, saya sangat mengharapkan untuk membacanya dan ingin tahu ketahap mana pemimpin-pemimpin masyarakat Siam ingin membangunkan bangsa dia sendiri. Saya mengalu-alukan pendapat-pendapat anda.

    ReplyDelete
  6. Waduh...timb.menteri kewangan tu pun PM yg lantik jadi senator...rasa janggal la kita pi sebut hal lantikan senator org siam kat dia..klu hal lain tu kira ok la jugak...

    ..kor ar kar...

    ReplyDelete
  7. Anonymous...apa kah yang anda maksudkan...Dari mesej2 anda yang ditulis...satu pun saya tak paham apa kah mesej anda yang anda ingin sampaikan... Mungkin IQ saya terlalu rendah....tapi saya punya EQ masih OK. Tapi kita semua dah matang...sebelum nak tuliskan mesej2 tu pikir2 la dulu...kena ada objecktif tertentu sebelum menulis .....Untuk membangunkan masyarakat kita....kita tidak boleh main-main dengan benda remeh -temeh...nanti akan dipandang rendah dek orang-orang lain bila dibaca...kita kena ada Objektif, Tujuan, Matlamat. Saya betul-betul ambil berat tentang semua tulisan di semua blog mengenai masyarakat kita...kalau anda juga dari Dang SIng, bapa saya pun dari Dang Sing...so dengan cara tak langsung kita ni "phi nong kan" so jangan marah kalau saya tegur...sebab bila BAB pembangunan bangsa saya..saya sangat serius...

    ReplyDelete
  8. apa ni? betul2 less power la kalau tak faham komen-komen dari anonymous tu...jangan marah..kita ni "phi nong kan"

    ..sar rak ak sar rak aa..

    ReplyDelete