Wednesday, February 24, 2010

Program PMS di Jerlun pada 20.2.2010

Program Merakyatkan Seni di Parlimen Jerlun pada 20.2.2010. Pekemas dijemput untuk acara sambutan dengan paluan gendang panjang.


Friday, February 19, 2010

Masyarakat Siam Daerah Pendang menghadapi masalah tiada air.

Sejak seminggu lalu, masyarakat Siam Titi Akar dan Padang Peliang menghadapi masalah tiada bekalan air. Paip air hanya keluar angin apabila dibuka. Air hanya datang sekejap pada waktu tengah malam hingga subuh kerana pada waktu itu orang kurang menggunakan air.

Kepada sesiapa yang rajin bangun lewat malam atau subuh, ia dapat menadah air simpan untuk digunakan keesokkan hari. Kepada sesiapa yang letih dan terpaksa tidur awal untuk bangun awal pergi menoreh getah keesokkan pagi, rasanya akan mengalami kesukaran.

Tiada air untuk mandi rasanya boleh tahan sikit tetapi tiada air untuk masak dan minum, rasanya apa akan terjadi sekiranya keadaan ini berlarutan.

Di rumah saya juga tiada air. Oleh itu, saya terpaksa bawa keluarga balik ke Kg. Pegang, Baling kebetulan hari ini cuti hujung minggu. Rumah saya di Baling tidak menghadapi masalah ini. Petang ini saya kena balik ke Padang Peliang sebab esok pagi saya perlu membawa kumpulan kebudayaan untuk membuat persembahan di Pekan Padang Sera. Saya pun buntu menghadapi masalah ini.

Sebentar tadi member wartawan menghubungi saya. Beliau tanya, 'kenapa orang Siam tidak membuat laporan masalah ini kepada pihak atasan'. Saya jawab, 'orang Siam majoritinya adalah penyokong UMNO sedangkan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat. Masalah ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukannya kerajaan Pusat. Oleh itu, tidak guna orang Siam mengadu kepada pemimpin UMNO'.

Beliau tanya saya lagi, 'kenapa pula orang Siam tidak berani membuat kenyataan melalui akhbar dan beliau sudi untuk menyiarkan keluhan dan permasalahan orang ramai melalui akhbar'. Saya bagitau wartawan tersebut tentang keadaan orang Siam yang majoritinya orang kampung yang mempunyai perasaan takut apabila masuk surat khabar. Mereka takut macam-macam, mereka lebih suka berdiam diri dan membiarkan ketua kampung memainkan peranannya. Masalah yang timbul ialah Tok Ketua tak main peranannya sebagai Ketua Kampung, tak kiralah MKK atau JKKKP.

Saya harap Tok Ketua yang terlibat haruslah proaktif bagi menyuarakan masalah orang kampung kepada pihak atasan.

Aktiviti Pekemas..

Kumpulan Kebudayaan Siam Pekemas akan mengadakan persembahan di Pekan Padang Sera pada 20.2.2010 dan di City Plaza pada 27.2.2010.

Wednesday, February 17, 2010

Hinghoi mula menyerang saya.

Nampaknya Hinghoi mula menyerang saya. Pada mulanya MKK Padang Pusing cerita kepada saya apa yg berlaku di wat dangsing. Saya juga simpati dgn apa yg berlaku.

Sdr. Bunyin call saya, minta saya wakilkan dia semasa perjumpaan di pejabat Imigresen. Saya tak dapat pergi kerana ada meeting di KL.

Baru semalam, saya dimaklumkan lagi oleh MKK Padang Pusing. Nampaknya kali ini mengejutkan saya. Mereka tuduh semua yg berlaku adalah angkara saya.

Bagaimanakah saya sanggup menghancurkan kampung halaman saya sendiri? Saya tak pernah buat kerja sekutuk itu. Harap Hinghoi berlaku adil dalam perkara ini. Ini kes besar bukannya kecik. Jangan tuduh tanpa bukti. Tidak adil kepada org yg tak melakukannya.

Semasa Pesta Songkran dan program bersama Menteri Belia di Wat dangsing pun saya balik membantu kampung saya sendiri. Adakah saya sejahat sampai tak kenal mana kampung sendiri? Kes penempatan 22 keluarga di dangsing yg dituntut oleh tuan tanah pun saya balik bantu.

Memang saya aktif mengkritik puak pemimpin melalui internet. Tak mustahil puak yang saya kritik hala muncung meriam ke arah saya apabila berlaku sesuatu. Tetapi anda Hinghoi, antara kita tidak pernah bermusuhan. Kenapa anda juga menghala muncung meriam ke arah saya?

Tuesday, February 16, 2010

Majlis Malam Mesra Pekemas 2010.

Pekemas berjaya menganjurkan Program Malam Mesra 2010 di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam pada 13.2.2010 dengan jayanya. Pada mulanya program itu dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang para ahli forumer Pekemas dapat bertemu dan berinteraksi secara bersemuka setahun sekali.

Tetapi malangnya tarikh dan masa yang dipilih tidak sesuai dan tidak dapat mengumpul lebih ramai para forumer Pekemas. Walau bagaimana pun program tersebut berjaya dianjurkan di atas kehadiran ahli2 persatuan dari Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis dan ahli2 Pekemas. Seramai lebih kurang 100 orang hadir.

Para penduduk Kg. Wat Padang Peliang juga ramai yang hadir. Kami bergotong-royong menyediakan makanan dan BBQ sambil berhibur dengan persembahan karaoke.

Jika ada peruntukan lebih, mungkin kami akan anjurkan lagi program seperti ini pada 1 Mei 2011. Terima kasih saya ucapkan kepada Peemon, Baoji, Edisisiasat, Duangdean03, Anutaro, ahli2 dari Perlis, Kg. Tok Set, Naka, Dangpleng, Dangsing, Begia, Pedu, Praimai dll.


Thursday, February 11, 2010

Makan nasi lemak ulam petai bersama Datuk Timbalan Ketua Pengarah.


Pada 9.2.2010 saya menghadiri Mesyuarat isu dan gerak saraf di ibupejabat KL di bangunan Sime Darby. Sebelum menghadiri mesyuarat, saya telah membeli tiket untuk balik ke alor setar takut tak sempat. Saya dapat tiket pada pukul 12 malam bas ke alor setar.

Mesyuarat tersebut bermula pada jam 2.30 petang. Dalam mesyuarat saya bentangkan isu berkaitan Kota Seputeh dan mendapat makluman balas daripada rakan2 seluruh Malaysia yg mewakili negeri masing2. Boleh dikatakan saya banyak bercakap juga.

Mesyuarat tersebut tamat pada jam 5.00 petang. Memandangkan masa untuk naik bas masih lagi panjang, saya pun pergi la lepak dengan member di pejabat di tingkat 11. Selepas itu, ada seorang kawan pergi beli nasi lemak bersama petai. Tak lama kemudian, datanglah YBhg Datuk Timbalan Ketua Pengarah untuk melihat anak buahnya buat kerja OT.

Kami makan nasi bersama-sama dengan YBhg Datuk Timbalan Ketua Pengarah pada malam itu. Pada jam 10.30 mlm, saya minta diri untuk balik ke hotel dan terus naik bas balik ke Alor Setar. Inilah kali pertama saya makan bersama YBhg Datuk Timbalan Ketua Pengarah iaitu Big Boss saya nombor 2.

Monday, February 8, 2010

Penglibatan Pekemas sepanjang lawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pekemas telah terlibat secara langsung acara sambutan lawatan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 6 dan 7 Feb 2010.

Pada 6.2.2010 jam 8.30 malam, Pekemas mengadakan persembahan di Sungai Petani dalam Program Juara Rakyat peringkat UMNO Bahagian Sungai Petani dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pada 6.2.2010 jam 3.00 petang, pekemas mengadakan persembahan di paya Mak Inson dalam Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Pendang yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Afdal.

Pada 7.2.2010 jam 8.30 pagi, Pekemas mengadakan persembahan di Rumah Malaysia, Jalan Putra, Alor Setar dlm program perasmian koleksi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan pameran bergerak dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Pada 7.2.2010 jam 3.00 ptg, Pekemas mengadakan persembahan di SK Charok Kudong, Pendang, Kedah dalam Program Sepakat Bestari 1Malaysia dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Rais Yatim sumbang satu set gendang panjang kepada Pekemas.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim telah menyumbangkan satu set gendang panjang berharga RM1,600.00 kepada Pekemas dalam Majlis Sepakat Bestari 1Malaysia di Sek. Keb. Charok Kudung, Pendang, Kedah.

Walaupun beliau tak dapat hadir ke program bersama masyarakat Siam di Wat Padang Peliang, beliau masih menyumbangkan satu set gendang panjang kepada kita dan beliau juga mohon maaf kerana kesuntukan masa. Beliau terpaksa berlepas ke Jelebu dengan flight jam 5.40 petang setelah 2 hari beliau berada di Kedah.
Saya juga telah membawa Nai Reang, Penyelaras Masyarakat Siam Daerah Pendang untuk berjumpa secara peribadi dengan YB Menteri. Nai Reang menyampaikan sepucuk surat memohon penganjuran Pesta Songkran setiap tahun di Kedah dengan kos RM30,000 setahun daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Nampaknya respon YB Menteri agak positif dalam perkara tersebut setelah Nai Reang memberi penjelasan tentang pesta tersebut kepada YB Menteri.

Friday, February 5, 2010

Akibat kuasa pemimpin melebihi kuasa ahli.


Sebentar tadi saya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PSM Cawangan Baling Bagi tahun 2008 di Wat Phrasrimahapho, Kg. Simpang Empat, Baling, Kedah pada 5.2.2010 jam 8.30 mlm.

Mesyuarat tersebut tidak dapat diadakan kerana tidak cukup korum. Hanya 17 orang ahli yang hadir drp hampir 200 orang ahli. Oleh itu, para pemimpin PSM perlulah melihat balik dimanakah kesilapannya sehingga kebanyakkan ahli PSM menjauhkan diri.

Bukan hanya Cawangan Baling sahaja, sebelum ini cawangan Kedah Selatan di Kg. Olak Madu juga tak cukup korum. Ini tidak dikira lagi dengan cawangan lain yang buat secara "atas meja" je dan juga cawangan yang langsung tidak mengambil tahu dan membiarkan cawangan tersebut mati tak berkubur.

Inilah akibat daripada kuasa pemimpin melebihi kuasa ahli. Suara daripada para ahli tidak dihiraukan. Usul daripada ahli tidak didengari, perlembagaan tidak patuhi. Hanya seorang pemimpin sahaja yang boleh menentukan hala tuju PSM. Keadaan ini berlaku bukan sahaja di peringkat pusat malah juga berlaku di peringkat cawangan-cawangan.

Bersiap sedialah untuk kita kehilangan PSM buat selama-lamanya.

Thursday, February 4, 2010

Peguam panggil saya utk bincang kes tanah Kg. Dangsing.

Tadi saya telah dipanggil oleh seorang peguam. Beliau adalah peguam kepada tuan tanah dan merupakan isteri kepada Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Kedah. beliau berunding dengan saya kes tanah tu. Beliau kata nak bawa kes ini ke mahkamah. Macam2 dia goreng kat saya. Saya kata simple je, lebih baik kita bincang di mahkamah. Saya kata lagi saya tak percaya peguam, peguam banyak putar belit utk membantu pelanggannya.

Dia kata nak selesai cara baik tanpa perlu pergi mahkamah. Minta saya bincang dgn org kampung utk beli tanah tu dengan harga semasa. Saya kata org kg memang sedia berbincang tapi tuan tanah tak mau berbincang nak heboh dalam paper, nak tuntut harga gila2. Dia kata org kampung salah ceroboh tanah org. Saya kata kamu masuk sebelah pelanggan memang org kg saya salah. Tapi bagi saya org kampung saya tak bersalah kerana mereka di arah oleh pihak kerajaan semasa darurat. Last2 dia minta saya buat surat drp PSK kepada Kerajaan negeri minta penempatan baru kepada org kampung Padang Pusing dan juga minta kerajaan negeri beli tanah tu utk orang Kg. padang pusing. Dia suruh saya pi jumpa YB Manikumar. Saya kata selagi Manikumar tak bayar hutang saya semasa program di Wat Titi Akar, saya tak akan jumpa dia.

Dia masuk nama saya sebagai wakil org kampung padang pusing utk selesai kes ini. Selepas itu saya contact peguam (kawan saya), dia suruh saya maklum kpd org kampung jangan pindah. Dia kata ikut undang2 tanah tu dia punya tapi rumah kita punya. Nilai tanah RM70,000 je tapi nilai rumah anggaran RM200,000 X 22 keluarga dah berapa. Mahkamah akan arah kita serah balik tanah tu kepada tuannya dengan syarat tuan tanah kena bayar pampasan kepada tuan punya rumah.

Apa kita nak buat? Sila bagi pandangan.