Wednesday, April 22, 2009

REKOD LAMA: 16.4.2006, PBTM dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan gerai demontrasi/pameran makanan Siam dalam Program Merakyatkan Seni Peringkat Kebangsaan sempena Pesta Songkran 2006 di Wat Naka pada 16 April 2006.

PBTM membuat demontrasi dan pameran SOMTAM. Sebanyak 5 guni buah betik digunakan. SOMTAM diberi percuma kepada orang ramai.




Pemimpin PSK menyambut ketibaan Najib di Kuala Nerang.

Rekod lama: Pada 10.10.2008, YBhg. Datuk Ghazali Ibrahim telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Puasa di rumahnya di Kuala Nerang. Beliau merupakan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (sekarang Perdana Menteri).

Pihak PSK telah dijemput untuk bersama-sama menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Pada ketika itu, PSK baru berumur 3 hari iaitu didaftar pada 7.10.2008. Pihak PSK menyediakan sepanduk berbunyi "Masyarakat Siam Kedah, MENYOKONG PENUH PIMPINAN 'TOK' ".



Tuesday, April 21, 2009

Pertandingan Ratu Songkran dan Chedi Sai (Pagoda Pasir) sebagai penambah seri.

Pesta Songkran 2009 di Wat Thamkhiriwong, Kg. Wat Padang Pusing, Pendang, Kedah pada 11 April 2009 dimeriahkan lagi dengan pertandingan Ratu Songkran dan Chedi Sai (Pagoda Pasir).

Acara yang menjadi kewajipan setiap kali menyambut tahun baru juga diadakan iaitu merenjis air kepada sami-sami dan orang-orang tua untuk memohon restu.

Monday, April 20, 2009

Latihan tarian Menora di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam.

En. Chai selaku Jurulatih kumpulan tarian menora PEKEMAS sedang melatih para pelapis untuk memelihara kesenian tarian Menora di dalam masyarakat Siam supaya ia dapat kekal sehingga ke generasi akan datang.

Sekiranya usaha-usaha untuk memelihara kesenian tarian Menora ini tidak dititik-beratkan maka lama-kelamaan ia akan pupus ditelan zaman. Oleh itu, dengan tertubuhnya PEKEMAS maka usaha-usaha ke arah itu dapat dilakukan dengan lebih tersusun.






Persembahan Kebudayaan oleh PEKEMAS..

PEKEMAS telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan persembahan kebudayaan di Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009 di Wat Thamkhiriwong, Kg. Wat Padang Pusing, Pendang, Kedah pada 11.4.2009.

Persembahan gendang panjang untuk menyambut ketibaan dan mengiringi para VVIP ke Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009.

Persembahan seni gendang panjang Siam di Majlis Perasmian Pesta Songkran 2008 di Wat Padang Pusing pada 11.4.2009.

Persembahan Tarian Kebudayaan Siam sebagai pembuka selera Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009 di Wat Padang Pusing pada 11.4.2009.

Kumpulan Menora PEKEMAS membuat persembahan tarian Menora di Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009 di Wat Padang Pusing.

Kumpulan Menora PEKEMAS membuat persembahan Menora.

Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.

Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.

Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.

Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam

Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.

Thursday, April 16, 2009

Isu jawatan Senator hangat semula.

Baru-baru ini, isu jawatan Senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam hangat semula. Cadangan perlantikan senator yang diserahkan kepada Pak Lah secara automatik terbatal setelah berlakunya peralihan kuasa kepimpinan Negara.

Calon-calon senator perlu bekerja keras untuk menyerahkan semula permohonan tersebut kepada Perdana Menteri baru. Sesiapa yang dicalonkan oleh Persatuan Federal, perlu rujuk balik kepada persatuan tersebut. Sesiapa yang dicalonkan oleh Persatuan Negeri juga perlu rujuk balik kepada persatuan negeri.

Sesiapa yang menggunakan memorundum perlu draf semula memorundum tersebut. Sesiapa yang menggunakan broker untuk mendapatkan tandatangan semua tok-tok Ketua, haruslah mendapatkan semula tandatangan tersebut. Sesiapa yang menggunakan orang yang berpengaruh haruslah rujuk semula kepada orang tersebut.

Saya selaku pemimpin dan pengasas PSK mengambil pendirian berkecuali dalam pemilihan jawatan Senator bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen.

Saya doakan kepada semua calon Senator, semoga berjaya.

Wednesday, April 15, 2009

Pesta Songkran di Padang Pusing.

Sejak Ogos 2008, saya berpindah balik ke kampung halaman. Saya telah dinaikkan pangkat dan bertukar dari Perak ke Kedah. Setelah lama merantau lebih kurang 20 tahun di negeri orang, baru sekarang saya dapat balik ke kampung sendiri.

Saya tumpang di rumah orang tua iaitu rumah di mana saya dilahirkan. Semasa berada di kampung, saya nekad tidak mahu terlibat dalam apa-apa program di kampung sendiri. Saya khuatir ada orang tidak puashati, takut saya merebut jawatan. Maklum la jawatan JKKKP dan MKK ada gaji walaupun tak perlu bekerja keras.

Semasa AGM UMNO cawangan Padang Pusing diadakan pada tahun lepas, saya hadir sebagai pemerhati. Hanya sekadar ingin mengambil tahu hal-hal dalam kampung sendiri. Ini pun ada orang tak senang duduk.

Pada 11 April 2009 lepas, Wat Thamkhiriwong telah mengadakan Pesta Songkran 2009 peringkat negeri Kedah. Pihak konsul Thailand di Pulau Pinang membiayai peruntukan sebanyak RM25,000.00 dengan persetujuan kerajaan negeri Kedah kerana khuatir akan di dakwa mencampuri hal ehwal dalam negara asing.

En. Ong Lim selaku Pengerusi MKK Kg. Padang Pusing telah dipertanggungjawabkan sebagai Projek Manager. Bagi mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat Siam Kg. Padang Pusing beliau telah melantik semua pihak tak kira fahaman politik dalam jawatankuasa penganjur. Beliau juga mengajak saya untuk membantu beliau.

Pada mulanya saya enggan masuk campur kerana beberapa sebab antaranya ialah program tersebut melibatkan kerajaan negeri Kedah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sedangkan saya merupakan kakitangan kerajaan persekutuan. Kehadiran saya juga tidak disukai oleh puak baju kuning kerana kritikan saya terhadap puak "Alajji" yang mencemarkan agama Buddha melalui internet.

En. Ong Lim menasihat saya supaya jangan ambil kisah hal-hal begitu. Utamakan pembangunan kampung sendiri dahulu. Masyarakat kampung perlukan kita untuk membangunkan kampung halaman. Ini merupakan kampung kelahiran kita tanggungjawab kita bersama. Wat merupakan hak orang awam bukannya hak persendirian. Ketua-ketua dalam wat juga umur sebaya dengan kita sedangkan wat ini dibina sejak nenek moyang kita lagi.

Akhirnya saya mengalah dan bersetuju membantu. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengurus persembahan kebudayaan dan juga Stage Manager. Terdapat 3 persembahan kebudayaan iaitu Menora, Tarian Tradisional Siam dan Paluan Gendang Panjang. Semua pakaian atau costium persembahan adalah milik PEKEMAS antaranya 10 set pakaian tradisional Siam, 12 set pakaian gendang panjang termasuk 1 set gendang panjang dan 5 set pakaian Menora termasuk 1 set alat musik Menora.

Semasa majlis perasmian Pesta Songkran diadakan, saya sentiasa berada di atas pentas selaku Stage manager. Saya percaya ada orang yang tak senang hati terhadap penglibatan saya dalam program tersebut. Saya akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat kampung saya sendiri sekiranya perkhidmatan saya diperlukan.

Sebelum ini ada orang mengata, saya tidak diterima oleh orang-orang kampung saya sendiri. Ini merupakan satu pembohongan yang tidak berasas.

Untuk mendapat maklumat lengkap tentang Pesta Songkran, sila kunjungi website PEKEMAS. Maklumat di sini cuma luahan hati berdasarkan pengalaman saya sahaja.

Tuesday, April 14, 2009

Bila lagi pihak BN lantik wakil Siam di Kedah..

Kerajaan Negeri Kedah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah melantik YB S. Manikumar, ADUN Bukit Selambau sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Sebelum ini portfolio tersebut dipegang oleh En. V. Arumugam yang telah meletakkan jawatan sebagai EXCO dan ADUN Bukit Selambau pada 5 Feb 2009. Maka pilihanraya kecil di DUN Bukit Selambau terpaksa diadakan pada 7 April 2009 dan dimenangi oleh YB S. Manikumar.

Persoalan saya di sini, bilakah Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN melantik wakil masyarakat Siam di Kedah sebagai penghubung antara kerajaan BN dan masyarakat Siam Kedah supaya kesetiaan masyarakat Siam terhadap BN selama ini terbela.

Tindakan bagi mengambil hati pengundi Siam haruslah dilakukan secepat mungkin bagi memastikan pengundi Siam kekal setia kepada parti BN. Sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan tugas yang kecil seperti ini, saya rasa lama-kelamaan kesetiaan pengundi Siam terhadap BN semakin berkurangan. Fikirlah semasak-masaknya, sekiranya ingin merampas semula kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun masyarakat Siam merupakan kaum minoriti, satu undi pun boleh menentukan kalah atau menang kepada calon yang bertanding.

Monday, April 6, 2009

Persembahan Menora di Bukit Selambau.

Persembahan Tarian Menora mendapat sambutan daripada penduduk Siam Kg. Padang Sekawan, Bukit Selambau dan orang-orang Melayu di sekitar kampung tersebut. Program ini diadakan pada 5 April 2009 di Kg. Padang Sekawan sempena Kempen Pilihanraya Kecil N25 DUN Bukit Selambau.