Saturday, April 4, 2009

Phrakhru Sophon Kitchathorn meninggal dunia semalam.

PENDANG - 4 April 2009: Ven. Phrakhru Sophon Kitchathorn (Than Ren), Ketua Sami Wat Lampam merangkap Ketua Sami Daerah Padang Terap telah meninggal dunia pada jam 1.30 petang kelmarin.

Beliau berumur 81 tahun dan 60 phansa. Beliau telah lama sakit dan beberapa kali masuk ke hospital. Saya dan AJK Persatuan Siam Kedah pernah pergi melawat beliau di hospital. Beliau adalah seorang yang baik dan sentiasa membantu serta menghulurkan derma kepada program-program belia Thai dan juga Ruamthai.

Majlis merenjis air mayat (Rot Nam Sop) sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada beliau akan dilakukan pada hari ini jam 4.00 petang.

Diharap semua anak murid beliau dan juga para Ruamthai yang terhutang budi kepada beliau dapat hadir beramai-ramai.

Saya telah meminta En. Bun Yin a/l Ai An pergi ke Wat Lampam bagi mewakili Persatuan Siam Kedah. Saya mohon maaf kerana tak dapat hadir bersama sebab ada urusan di Bukit Selambau. Mungkin selepas Pilihanraya Kecil Bukit Selambau saya akan pergi ke majlis kematian Than Phrakhru Sophon Kitchathorn.

No comments:

Post a Comment