Monday, April 6, 2009

Program Menora dan Anugerah Pelajar Cemerlang berjaya diadakan.

BUKIT SELAMBAU, 6 April 2009: Semalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan juga Pertunjukan MENORA berjaya diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Sekawan.

Antara tetamu yang hadir ialah Datuk Lat Shariman Abdullah (Pegawai Khas PM), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk I Ting Tan Ah Kee (bekas Pengarah LPP), Boonsom Inong (Setiausaha Akhbar Menteri Kerjaraya), JKKKP Kg. Padang, Kg. Chang Deng, Kg. Tas, Kg. Lengkuas, Kg. Chong, Kg. Kalai, Kg. Tok Set, Kg. Huma, Jitra, Kg. Batas Baru-Padang Sera, Kg. Padang Sekawan...

Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Persatuan Siam Kedah juga hadir. Boleh dikatakan ramai pemimpin-pemimpin masyarakat Siam negeri Kedah turun ke padang berganding bahu menjayakan program tersebut. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan, permohonan dan desakan kepada pihak kerajaan bagi menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat Siam negeri Kedah akan menjadi lebih mudah.


No comments:

Post a Comment