Thursday, April 2, 2009

Pengundi Siam Bukit Selambau tetap undi BN.

Petang tadi, saya bersama wartawan Berita Harian dan Metro pergi interview En. Enudeng a/l Edin, Ketua Kampung Siam Kg. Padang Sekawan, Bukit Selambau. Beliau menyatakan bahawa pengundi Siam seramai 329 orang tetap akan mengundi BN.

Beliau berkata, masyarakat Siam ni merupakan kaum minoriti dan sudah lama bersama UMNO sejak merdeka lagi. Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama banyak berjasa kepada masyarakat Siam di negeri Kedah.

Walaupun negeri Kedah telah diperintah oleh parti pembangkang, masyarakat Siam yang meyokong BN masih terbela. Kerajaan persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah masih mempunyai kuasa untuk membantu masyarakat Siam sebab semua peruntukan ke Negeri Kedah dari Kerajaan Pusat diuruskan sendiri oleh kerajaan Pusat melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

Sementara kerajaan pembangkang di Kedah kekurangan peruntukan berbanding kerajaan persekutuan di Kedah. Tak silap pengundi Siam di negeri Kedah masih setia kepada kerajaan BN.

Kerajaan pembangkang hanya berjanji kosong seperti berjanji bagi lampu jalan kat wat Siam Bukit Selambau. Sedangkan lampu jalan di bawah TNB iaitu syarikat milik kerajaan persekutuan. Inilah tipu helah puak pembangkang. Pembangkang juga janji bagi geran tanah tapak kediaman di pekan Bukit Selambau. Katanya kerajaan Negeri dah lulus... ini juga satu pembohongan. Begitu juga tentang status tanah kubur Siam di Kg. Lengkuas. Mereka kata boleh diberi geran selepas PKR menang. Ini juga satu pembohongan, staus tanah tersebut yang dicerobohi oleh orang Melayu dah ada geran, menurut maklumat dari En. Nai Peroi, Ketua Kampung Lengkuas.

Tentang permintaan kami untuk mendapatkan wakil masyarakat Siam setaraf EXCO bukannya tinggi menggunung. Kita pernah tuntut wakil di Parlimen dan dah pun berjaya. Kerajaan BN dah lantik dua orang senator mewakili masyarakat Siam di Dewan Negara. Ini pulak tuntutan di peringkat negeri. Saya rasa kerajaan BN boleh tunaikan permintaan ini jika pengundi Siam terus menyokong BN.

Saya akan terus berusaha menerangkan kepada masyarakat Siam bahawa hanya BN yang mampu membela masyarakat Siam di Kedah.

No comments:

Post a Comment