Thursday, April 2, 2009

Pemimpin PSK turun padang bantu calon BN.

Pada 30.3.2009, Puan Giam, AJK PSK dari Kg. Chong datang ke Pekan Bukit Selambau. Saya membawa beliau berkempen di Kg. Tanah Lincin (Seluang). Di kampung ini mempunyai seramai 44 orang pengundi Siam.

Selepas itu, saya bawa beliau ke sekitar pekan Bukit Selambau dan seterusnya ke Bilik Gerakan BN dan merupakan pusat operasi UMNO Bahagian Padang Terap. Kawasan ini merupakan kawasan angkat UMNO Bahagian Padang Terap. Beliau balik lebih kurang jam 12.30 tgh/malam.

Pada 31.3.2009, En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi PSK, En. IKian (Ajk PSK), En. Nai Anek, JKKKP Kg. Kalai datang berkempen di Pekan Bukit Selambau dan Kuala Sin. Mereka juga balik lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sementara saya sudah pasti tiap-tiap malam sehingga hari pembuangan undi. Sehingga Pen. Setiausaha Agung Persatuan mempertikaikan kehadiran saya di sini. Katanya kepada orang kampung, kenapa saya masuk campur urusan kampung mereka? Dia tak tau bahawa saya ada surat dari SPR untuk bertugas di kawasan ini sepanjang pilihanraya kecil.

Pada 5 April ini, semua jentera PSK akan sekali lagi berkumpul untuk menjayakan program Menora di Kg. Padang Sekawan. Dijangka calon BN turut hadir.

7 comments:

  1. Anda kata anda memperjuangkan hak minoriti Orang Siam melalui NGO. Anda tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

    Nampaknya seakan-akan anda menjilat ludah anda sendiri, membawa pemimpin-pemimpin PSK berkempen untuk calon PARTI POLITIK.

    sEORANG KAKITANGAN KERAJAAN..PEMIMPIN SEBUAH ORGANISASI NGO..MENGAKU DIRI TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PARTI POLITIK..

    POooraahh..!..dey.. SIAM ke INDIA..?

    Nampaknya saudara ni cakap tak serupa bikin..,lebeh SUDU DARI KUAH, LEBEH INDIA DARI INDIA..

    Ini kah jenis manusia lidah bercabang..?

    MANUSIA ULAR..Jenis SIAM BERLIDAH ULAR..!

    ReplyDelete
  2. NGO adalah satu persatuan bukannya agensi politik. Untuk membela masyarakat Siam kita harus berpaut kepada mana-mana agensi yg boleh membantu masyarakat Siam. Di samping itu, kita tetap tidak akan menentang pihak lain. Sekiranya pihak satu lagi beri peluang kami pun akan terima. Pendirian neutral yg tidak mengambil sebarang tindakan akan merugikan masyarakat kita sendiri. Kita harus pilih mana-mana peluang yg ada demi kemajuan masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak mempertikaikan tentang peranan NGO pimpinan saudara.

    Cuma mempersoalkan lafaz individu yang saudara ucapkan kat penjuru kanan blog saudara aja.!

    Adakah tindakan membawa pemimpin PSK berkempen untuk PARTI POLITIK tertentu adalah keputusan NGO pimpinan saudara,ataupun cuma ikhtiar saudara sendiri sahaja.

    Alasan saudara bahwa saudara bersedia mengenepikan maruah diri sendiri demi kebaikan masyarakat Siam adalah satu pengorbanan yg terpuji.

    Tetapi harus diingat juga bahwa MARUAH, KEJUJURAN, KETELUSAN,AKHLAK dan JATIDIRI seorang pejuang dan pemimpin adalah sangat diperlukan.

    Sifat-sifat begini harus ada pada diri seorang pemimpin, barulah ia diterima, disegani dan dihormati bukan sahaja dikalangan kaum kita saja, malah juga kaum-kaum lain.

    Walau bagaimanapun jangan patah hati..
    Saudara memang seorang yang berani..

    TERUSKAN KEJE ANDA..TERUS MEMBLOG..!

    ReplyDelete
  4. Tindakan beberapa pemimpin PSK datang ke Bukit Selambau bukannya keputusan PSK atau saya. Mereka datang atas tiket individu selaku ahli parti UMNO. Saya pula turun ke Bukit Selambau atas arahan tugas khas oleh pihak atasan saya. Cuma kami memegang jawatan dalam PSK.

    Saya sedia menerima sebarang kritikan daripada sesiapa sahaja. Utk membantu masyarakat, kadang-kadang kita kena ketepikan pendirian kita. Itupun hanya demi kebaikan masyarakat kita. Pendirian tetap pendirian, tapi perlu sesuai dengan keadaan supaya masyarakat kita tidak terlepas peluang.

    ReplyDelete
  5. Saudara Manit,

    Tolng cerita sikit bagaimana cara nak jadi ahli PSK.

    Menubuhkan cawangan di KAMPONG atau terus mendaftar keahlian di ibu pejabat PSK.

    Sehingga sekarang, PSK dah ada berapa cawangan..

    Sudah berapa ramai ahli PSK sekarang..

    Ramai orang tanya tentang PSK..

    tERIMA KASEH.

    ReplyDelete
  6. Nak jadi ahli PSK perlulah isi borang keahlian PSK berserta yuran masuk dan yuran tahunan. Borang ada kat saya atau memohon melalui email. PSK tak ada cawangan, anda boleh daftar terus kepada ibupejabat PSK d/a Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Wat Padang Peliang, 06750 Pendang, Kedah.

    Kebanyakkan ahli PSK terdiri daripada ketua-ketua kampung dan pemimpin-pemimpin masyarakat Siam.

    Tentang maklumat lain PSK, anda masuk jadi ahli dulu barulah anda dapat tahu. Bukan semua maklumat PSK boleh didedahkan kepada umum kecuali ahlinya sahaja.

    ReplyDelete
  7. S M,

    Terima kaseh..

    ReplyDelete