Saturday, April 4, 2009

Lembu terlepas kandang.

BUKIT SELAMBAU, 4 April 2009: Persatuan BOMBA Sukarela Pekan Bukit Selambau telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid. Turut hadir ialah Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai, Ong Tee Keat, Tan Cheng Liang, Aziz Shamsudin, Rawi Abdul Hamid, Lim Lai Huat, Teng Chang Yaw, Chia Soon Hai dan ramai lagi.

Tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan kehadiran YB Tian Chua. Beliau hadir tanpa diundang. Tambahan pula program tersebut adalah anjuran Parti GERAKAN bukannya PKR. Beliau pergi bersalam dengan semua hadirin tanpa segan silu. Beliau juga duduk di meja utama tanpa dipelawa oleh tuan rumah.

Semasa majlis bermula, YB Tian Chua sudah tidak kelihatan. Beliau dah meninggalkan majlis sebab hadir ke jamuan ringan tanpa diundang ibarat lembu terlepas kandang. Tidak kira kandang siapa dia masuk, asalkan dapat meragut rumput. Masyarakat Siam cukup pantang, hadir ke majlis jamuan tanpa diundang.

4 comments:

  1. ini menunjukkan Kaum Cina tidak lebih lembu (bodoh) dari kaum Siam. Dlm hal kebajikan masyarakat dia, mrk tak membezakan fahaman politik..
    Sayangnya Kaum Siam tak ikut trend Cina, tapi menyondol ikut trend meLAYU..tumpang layu selayunya..yg segar 2-3 ekor jer..yg LAYU tu ramai..dapt segar makan bihun semangkuk ketika kempen pilihanraya, lepas tu LAYU 4-5 tahun sehingga pilihanraya baru diadakan lagi..

    ReplyDelete
  2. Budaya cina boleh bezakan apa itu kebajikan apa itu politik.

    Masyarakat kita pun boleh bezakan juga:
    1. majlis perjumpaan politik
    2.majlis kematian
    3.majlis kenduri kahwin
    4.majlis thambun DI WAT
    5.majlis masuk rumah baru.
    6.majli masuk sami dll.

    Tak semestinya di undang, baru boleh menghadiri majlis tersebut.

    Tapi ada juga orang kita dan setengah pemimpin pilih bulu,pilih puak membelakangkan adat budaya sendiri.

    FAHAM POLITIK KONON..!

    Inilah puncanya berlaku perpecahan dalam masyarakat kita.

    DASAR LEMBU LUPA KAKI!!

    ReplyDelete
  3. kalu ini macam mentaliti manit, tak ada harapan la kita nak jemput menora dia main kat majlis Keadilan..dia sudi main kat majlis BN jer kot?
    Bomba sukarela tak sama dgn menora sukarela..tak kira rumah siapa terbakar, dia kena bantu..

    ReplyDelete
  4. Bukannya takleh main Menora di majlis keadilan. Kebudayaan tiada kaitan dgn politik. Pada 11.4.2009 ni team menora PEKEMAS akan mengadakan persembahan di Wat Dangsing dlm Majlis Perasmian Pesta Songkran anjuran Kerajaan Negeri dan Konsul Thailand di Penang.

    ReplyDelete