Sunday, May 24, 2009

Orang Siam mencatat sejarah bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

PENANTI 24 May - Penamaan calon Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Penanti telah diadakan di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam pada 23 Mei 2009 dan hari pembuangan undi pada 31 Mei 2009.

Seramai 5 orang telah menyerahkan borang pencalonan sebagai calon dalam pilihanraya kecil tersebut. Seorang calon telah ditolak pencalonannya oleh SPR kerana tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Antara calon yang bertanding ialah 1. En. Mansur Othman, 56 (PKR), 2. En. Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 (Bebas - Wau), 3. Pn. Aminah Binti Abdullah, 56 (Bebas - Kunci), 4. Kamarul Ramizu Bin Idris, 42 (Bebas - Payung). Calon yang ditolak pencalonan oleh SPR ialah En. Mohd. Saberi Bin Othman.

Pilihanraya kecil DUN Penanti mencatat sejarah negara apabila menyaksikan buat pertama kalinya calon berketurunan Siam warga Malaysia menyertai dalam pilihanraya. En. Nai Khan Ari a/l Nai Keow merupakan seorang Pengurus Kilang dan berasal dari Kg. Telok Wang. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Beliau memilih lambang wau bulan kerana melihat pendekatan warisan, kebudayaan dan kemasyarakatan. Objektif beliau ialah untuk membangunkan masyarakat setempat selaras dengan slogannya "Beri saya peluang berkhidmat untuk DUN Penanti". Pencalonan beliau dicadang oleh En. Boon Srisawang a/l Nai Choy dan disokong oleh Pn. Nah Lee a/p Boon Yoo.

Sebelum ini beliau merupakan seorang ahli parti GERAKAN. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli parti GERAKAN untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sebagai calon bebas. Apabila diajukan soalan oleh wartawan, adakah beliau ditaja oleh mana-mana pihak. Beliau menjawab beliau tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak. Beliau menggunakan duit sendiri untuk bertanding sebagai calon bebas.

13 comments:

  1. k.manit-info and pic hampir sama satu webblog noh

    ReplyDelete
  2. Memang la sama tak kira blog mana,, semua copy kat Internet. Saya pun copy dari internet. Nama kamu pun sama dgn org lain sebab guna Anonymous.

    ReplyDelete
  3. Kinda (Admin Hinghoi.blogspot)May 30, 2009 at 4:34 AM

    khun manit pic 3 hingga pic 5 hasil kreatif dan inisiatif wartawan dari hinghoi.blogspot,

    cenlyinter@yahoo.com
    blog admin

    ReplyDelete
  4. Jgn sembang besar Khun Manit..
    Memang copy pun..

    ReplyDelete
  5. Saya tak sembang besar.. awal-awal lagi saya mengaku bahawa saya copy gambar daripada internet termasuk blog hinghoi.

    ReplyDelete
  6. Alahi siam oh siam.perkara mengopy pun jadi issue. orang guna blog nak mempercepatkan penyebaran maklumat pun salah, abis blog ni untuk apa?. kalau sebar dan copy untuk kebaikan apa salahnya. Buka lah cikit minda tu wahai anonymous..he he he tapi aku pun anonymous juga tapi aku tak kutuk orang yang buat perkara baik.Tak dah issue lain ker? selain dari issue copy ni... maaf noh khun manit aku pun copy juga nama anonymous ni.;) he he he...

    ReplyDelete
  7. Saya tahu, ramai tunggu saya silap. Bila saya silap, mereka akan pijak saya habis-habisan dalam blog saya. Mereka sendiri langsung tak berani wujud blog. Mereka juga tak berani berdebat dengan saya dalam forum pekemas. Hanya berani dalam gelap.

    ReplyDelete
  8. Semua orang berani dalam gelap termasuk aku ;). kalau nama manit ker lo mo so ker kinda ker hinghoi ker prasert ker aku tak takut tapi aku takut golongan anonymous ni. sebab aku tak tau depa ni sapa jadi aku pun main gelap2 lah he he he...betul tak golongan anonymous?? kita bermain dalam gelap lah sebab tak ader elektrik kot kat blog manit ni..aku sebenarnya ader username dan blog sendiri tapi aku pun dah mula suka permainan gelap ni.kadang kadang lah tengok situasi..razzzzz:D

    ReplyDelete
  9. khon thai duai kan rak kan wai sih..jgn hal mcmni pun nak gaduh.bila nak charen?

    ReplyDelete
  10. tokkaten@hinghoi blog editorJune 2, 2009 at 7:18 PM

    dah tau kan semua,x pyh la maki2,jgn ambil nafsu sebagai sentaja pemusnah bangsa sendiri,sama2 kita publish masyarakat kita,kita pninong kan tang peah nih....

    cheers

    ReplyDelete
  11. Ha macam ni lah masyarakat yang ader kelas jangan perkara kecik pun nak besar2kan macam budak2 pulak daa..malulah kat bangsa lain kan..he he he ..;D

    ReplyDelete
  12. Copy maklumat dari Internet bukannya isu yg serius dan bukannya melanggar hakcipta mana-mana pihak. Kalau tak mau org copy, jangan upload masuk Internet. Tapi oleh kerana dalam masyarakat kita ni ada yg sudah tertutup mindanya utk berfikir maka bukan isu pun jadi isu.

    ReplyDelete
  13. Bersatulah orang Siam , demi generasi akan datang ornag Siam.................

    ReplyDelete