Thursday, May 14, 2009

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2009

Esok 15 Mei 2009 merupakan Hari Belia Negara 2009 dan akan disambut di Ayer Keroh, Melaka. Dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Setiap tahun saya akan membawa satu kontinjen belia Thai seramai 40 orang ke Perhimpunan Belia Negara setiap tahun selaku Presiden PBTM.

Sekarang PBTM tidak didaftar semula mengikut Akta Pendaftaran dan Pembangunan Belia 2007 dan pihak PSM telah menubuh PBSM. Saya tak pasti samaada kontinjen belia Siam Malaysia menyertai perhimpunan tersebut atau tidak. Harap-harap belia Siam Malaysia dapat sertai perhimpunan tersebut.

7 comments:

  1. saya tidak tau fakta dari mana, mengatakan bahawa anda orang terakhir dari masyarakt siam kerja denagn kerajaan, kawan saya sendiri dari siam kelantan rami kerja dengan kerajaan sebagai nurse dan guru atau kakitangan kerajaan, anda seharusnya celik siam bukan sahaja berada di kedah...nak diabndingkan dengan thailand, kerajaan malaysia tidak pernah menzalimi bangsa minoriti...malah senator pun diwujudkan khas untuk masyarakat siam...

    ReplyDelete
  2. Itu dulu saudara,lanie dan masa depan saudara boleh jamin ka..?

    Jawatan senator tu dah masuk angin 5 bulan dah...siam tak layak lagi ke...?

    ReplyDelete
  3. Kinda sukriwadthanakMay 15, 2009 at 8:43 AM

    Bahasa yg dikatakan terlaluan,nak panggil hantu raya anonymous rasa sesuai kot,penguasaan bahasa agaknya baru belajar type.rasanya dia dari hulu kampong kot tgk gopoh sakan, baca bagi lelok sebelom buat komen,1st time view kot rasanya.nasib dia x pakai nama kalau tak malu mak pak kau.

    nak hurai bg dgr,dengar bebaik nah hantu raya anonymous,Khun Manit kata dia pengawai salah sebuah!!jabatan kerajaan bukan yg awk faham org siam terakhir dalam kerajaan.org kedah kata lecea btui mu nih,bt malu org kelete je,kolah rugi duit tambang bas je!!hahah,kat kedah org siam jadi juruterbang,professor,Dokkator,jururawat hinggalah moo nuat pon ada byk nak bg tau,bkn sekadar cikgu dan bici je.hahahahah...!!

    ReplyDelete
  4. kenapa tak daftarkan PBTM tidak mendaftar di bawah RoY?? maknanya, terus kekal bersama RoS lah ye.. apa2 pun selamat meneruskan perjuangan.. dan apa pula PBSM itu??

    ReplyDelete
  5. Jawapan tentang kenapa nama jejaka Siam terakhir. Sekarang hanya saya seorang yg bekerja dlm jabatan saya. Sebelum ini ada 3 org, dua orang dah pencen. Yang pencen hanya seorang masih hidup dan seorang lagi dah mati. Dalam keadaan sekarang rasanya sukar utk khonthai masuk ke jabatan tersebut yg 100% terlibat politik.

    Jawapan ke2 kenapa tak daftar PBTM dgn ROY. PBTM mempunyai halangan dlm masyarakat utk bergerak. Oleh itu PBTM memberi laluan kepada para pemimpin Siam utk tubuh PBSM. PBSM dan PBTM adalah sama. Belia Siam masih bernaung di bawah ROY melalui PBSM.

    ReplyDelete
  6. Jawapan kpd rakan dari ABIM, Hisham... PBSM ialah Persatuan Belia Siam Malaysia. Ditubuh baru bukannya lanjutan drp PBTM. PBTM telah dibubarkan.

    ReplyDelete
  7. ooo terima kasih atas penjelasan..InsyaAllah, nanti ABIM bertemu dengan PBSM dalam program2 belia di peringkat kebangsaan..

    ReplyDelete