Sunday, May 17, 2009

Tugas Khas Pilihanraya Kecil DUN Penanti.

Sebentar tadi saya baru terima surat arahan daripada pihak atasan di KL. Setiba di pejabat setelah keluar makan tengahari, kawan saya telah menyerahkan surat arahan daripada KL kepada saya. Apabila diteliti betul-betul, rupa-rupanya surat arahan untuk Tugas-tugas Khas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti bermula pada 19 Mei 2009 hingga 31 Mei 2009.

Maknanya saya ada peluang lagilah untuk bermesra dengan masyarakat Siam Kampung Telok Wang. Kampung Telok Wang terdapat satu wat siam iaitu Wat Rajaphohong. Kampung tersebut merupakan sebuah perkampungan Siam tunggal di DUN Penanti.

Walau bagaimana pun, arahan ini berkuatkuasa setelah BN mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Saya akan tunggu pengumuman BN esok, samada bertanding atau tidak. Sekiranya bertanding, saya kena lapor diri pada 19 Mei 2009. Sekiranya BN tak bertanding maka saya tak akan pergi... Pendirian saya ialah tetap sokong kerajaan yang memerintah.

4 comments:

  1. tu rahsia,...tak perlu cerita dalam blog...

    ReplyDelete
  2. Brother Manit..

    Congratulation for having more than 10,000 hit for your blog.

    Best regards
    p/s - good luck to you and BN team in DUN Penanti.
    - Semoga semua chao Thai Teluk Wang & Arakuda akan sokong dan bantu manit disana.

    ReplyDelete
  3. Klu ada pertandingan bagus juga, sekurang-kurangnya saudara dapat claim OT.Pendapatan halal bagi "orang orang" kerdil macam kita ni.

    Klu tak pertandingan pun bagus gak..banyak penyakit bahaya lanie, apa itu chikukunya la' H1N1 la, gerun betoi bahayanya.

    Walaubagaimanapun jangan pandang remeh tentang bab kesihatan, ia boleh berjangkit ke anak isteri.

    Selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  4. Kpd Mr. TAIPINGMALI, rasanya bukan rahsia kot. Saya tak dedah pun hasil tugas saya. Saya ke sana bukan secara sulit atau rahsia.

    Saya cuma cerita aktiviti saya sahaja. Saya ada 2 tugas penting... iaitu 1. Saya kena berkhidmat kepada kerajaan Persekutuan dengan penuh taat setia dan 2. Saya kena berkhidmat kepada masyarakat saya sendiri demi untuk kemajuan bangsa saya sendiri.

    Pihak kerajaan mesti faham bahawa selain setia kepada kerajaan, saya juga perlu setia kepada bangsa saya sendiri.

    ReplyDelete