Tuesday, May 5, 2009

Aktiviti Bulan 6, Khummo Tayai.

Setiap tahun pada bulan 6 mengikut kalender lunar Thai iaitu di antara bulan April dan Mei, masyarakat Siam akan mengadakan Menora Rongkru (Kummo), Tayai dan Silat Rongkru. Aktiviti ini berkaitan roh-roh tok nenek kita yang telah lama meninggal dunia. Roh-roh tersebut akan menjadikan salah seorang cucu cicitnya sebagai song (perantaraan) untuk berkomunikasi dengan cucu cicit generasi keturunannya.

Roh tersebut dikenali sebagai Khummo yg darjatnya lebih tinggi sikit daripada hantu dan berada di bawah saksit dan thep, menurut kata menora Chai.
Persembahan Menora Rongkru di Kg. Dondang, Pendang, Kedah pada 24 - 27 April 2009. Menora Chai merupakan ketua kumpulan Menora Rongkru Kg. Wat Padang Peliang sedang mengetuai persembahan tersebut.
Menora Chai (memakai selendang merah) sedang duduk ditempat ketua Menora Rongkru iaitu di tengah-tengah pentas di sebelah atas sedang mengawal para khummo yang hadir pada malam tersebut. Orang yang duduk di hadapannya adalah song yang telah dirasuk oleh roh-roh Khummo.
Menora Chai dalam upacara memanggil roh-roh Khummo untuk hadir ke upacara tersebut dan diringi dengan musik Menora.


Ini pula ialah Silat Rongkru. Upacara ini diadakan di rumah Tok Bomoh Ruai, Kg. Kura, Sik, Kedah pada 30 April 2009. Khummo silat nak mencari song baru maka anak gadis Tok bomoh Ruai dipilih untuk menjadi song. Tetapi Khummo silat memilih orang lain, akhirnya Sdr. Boon drp Padang Pusing menjadi song baru.
Lelaki baju biru tu merupakan song khummo silat belah datuk bomoh Ruai yang datang membantu khummo silat sebelah nenek bomoh Ruai untuk mendapat song baru.
Khummo silat telah mendapat song baru tetapi bukan anak gadis bomoh Ruai. Song baru yang dicari mestilah di kalangan keturunan bomoh Ruai sahaja termasuk saya. Baju putih sedang pegang lilin di sebelah kiri sekali tu ialah bomoh Ruai. Beliau juga merupakan song kepada Khummo Thuad Khiaw yang selalu mengikutinya menjadi bomoh. Khummo Thuad khiaw akan membantu bomoh Ruai bila berdepan dengan tempat keras semasa berlawan dengan hantu jahat.
Baju putih yang duduk disebelah hujung adalah Song Thep (Dewa) yang juga dijemput untuk datang membantu. Song tu merupakan anak kepada kakak bomoh Ruai.

Khummo silat yg baru mendapat song sedang membuka gelanggang silat.

3 comments:

  1. Apa tujuan utama nak panggil roh. adakah hanya sekadar aktiviti dan adat tradisi saja. suasana nampak agak menyeramkan.

    ReplyDelete
  2. ini siam keturunan mana pulak nih..jawa ka? patut la selalu pertahan bahawa Siam tu bukan Thai..

    ReplyDelete
  3. Hi desbil, hi manit, hi semua..

    manit dah banyak hari menghilang.saya ingat anda pun kena macam yang kawan kita sorang tu (SS).entah apa sudah jadi,menghilang terus.kesian, harap sihat-sihat ok.

    BULAN 6 SIAM NI BANYAK UPACARA SEMBAHYANG ROH TOK NENEK.BANYAK LAH MAKAN-MAKAN.NASIHAT SAYA JAGA-JAGALAH KESIHATAN.

    ELAK MAKAN MAKANAN YG TERDEDAH,MINUMAN ALKOHOL TU KLU BOLEH ELAKKAN LAH.

    PELIK JUGA SETENGAH ORANG KITA.BULAN-BULAN LAIN TAK MINUM (MABUK). MAI BULAN 6 NI TAK BOLEH PANTANG..NAK AMBIL HATI ROH-ROH TOK NENEK...KONON!!

    RASA-RASA MACAM TAKUT TOK NENEK LEBIH DARIPADA AJARAN AGAMA..!

    INI ADALAH CETUSAN RASA HATI SAYA,TAK NIAT NAK AJAR ATAU MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA.

    KLU SESIAPA KATA INI ADALAH MOMEN BODOH..BIAR LAH SAYA TERIMANYA SORANG SAJA.

    SAWADDEE KRAB...!

    ReplyDelete