Sunday, May 31, 2009

Serah sumbangan daripada Tabung Komuniti Forum Pekemas.

SUNGAI PETANI, 28 Mei 2009: Persatuan Siam Kedah (PSK) yang diwakili oleh Puan Giam a/p Aim, Ketua Biro Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita telah menyampaikan sumbangan daripada Komuniti Forum PEKEMAS kepada En. Sharin a/l Nai Yeen, 33 bapa kepada pesakit jantung berlubang.

Pada 25 Mei 2009, En. Nai Peroi, Pengerusi JKKKP Kampung Lengkuas menghubungi saya selaku Setiausaha PSK untuk mohon bantuan bagi meringankan keluarga pesakit jantung berlubang.

Saya telah menghubungi ramai para VVIP untuk mohon bantuan disamping itu juga saya memohon bantuan member-member media untuk memaparkan kes ini di dalam akhbar untuk merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai kos perubatan yang mencecah RM17,000.00 ketika itu.

Akhirnya berita penderitaan adik Yanakphart a/l Shirin disebarkan melalui Utusan Malaysia dan Sinar Harian pada 27 Mei 2009. Berita ini juga mendapat perhatian Ybhg Datul Abdul Azeez, Ketua UMNO Bahagian Baling. Beliau telah melapangkan masa melawat pesakit di hospital pada 28 Mei 2008. Beliau telah berjanji membiayai semua kos perubatan sehingga pesakit tersebut sembuh sepenuhnya.

Inilah hasil usaha PSK walaupun PSK kesempitan dari segi kewangan tetapi boleh membantu masyarakat Siam setakat yang mampu. Terima kasih kepada para penyumbang melalui Tabung Komuniti Forum PEKEMAS.




4 comments:

  1. Berapa jumlah sumbangan drp PSK/Tabung Komuniti Forum Pekemas?

    ReplyDelete
  2. Sikit je,,,, kalau nak tau call la bapa pesakit. Nombor hp ada kat paper utusan Malaysia dan sinar harian.

    ReplyDelete
  3. Lazimnya sumbangan orang Siam dalam hal begini tak banyak.

    ReplyDelete
  4. Banyak atau sikit sumbangan yang penting ianya ikhlas....ikut kemampuan. Dalam hal2 kebajikan ni tak boleh main paksa paksa. ;D ( wink )

    ReplyDelete