Thursday, July 29, 2010

Pandangan pengunjung: Perancangan pembangunan masyarakat Siam.

Saya amat tertarik dengan pandangan salah seorang pengunjung blog saya. Mungkin beliau tulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri. Saya ingin paparkan pandangan beliau untuk kita renung bersama.

Fuel Less Power, said...

Apa yang orang Siam perlu adalah seorang pemimpin yang "persistent" dan tidak hangat-hangat tahi ayam. Kita selalu kena INGATKAN kerajaan bahawa kami wujud dibumi Malaysia dan kami masih mejunjung bumi ini dimana kami memijak.

Dari "observation" saya, saya boleh lihat bahawa ramai pemimpin yang "persistent" dikalangan orang-orang siam. So pemimpin itulah perlu selalu berkomunikasi dengan pemimpin kerajaan dari bawah hingga lah keatas.

Kita adalah kaum micro-minoriti di Malaysia, kita tidak boleh hanya menulis surat dan harapkan kerajaan tolong...kita kena follow-up, follow-up dan follow-up sehingga apa yang dijanjikan , ditunaikan oleh kerajaan.

Kita perlu adakan pusat pertadbiran orang-orang Siam di setiap kampung, dan mengumpul maklumat keluhan-keluhan orang siam dengan tandatangan-tandatangan dan hantartkan kepada wakil rakyat, copy kat Menteri-Menteri dan juga Senator Siam, dan juga hal ehwal luar bandar kat Menteri di Jabatan PM.

Kita kena kumpulkan keluhan-keluhan itu setiap 3 bulan dan rekodkan...so bila sampai waktu Pilihanraya, bila pemimpin hendak tahu apa keluhan-keluhan orang-orang Siam, kita ada ditangan kita pada bila-bila masa. Kita perlukan menyuarakan secara sistematik dengan strategik tertentu untuk merperingatkan kerajaan kewujudan ornag-orang Siam di Malaysia dan kita perlukan perhatian daripada kerajaan.

Apa kita perlukan buat adalah satu Kertas Cadangan yang mempunyai strategik bagaimana membangunkan masyarakat Siam. Kita mesti sediakan Kertas Cadangan Pembangunan Jangka Pendek Untuk Masyrakat Siam dan Pembangunan Jangka Panjang Untuk Masyarakat Siam. Dengan dedahkan professionalism/sistematik kita kepada kerajaan, kerajaan akan melihat kita sebagai aset kepada negara.

Dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah lihat apa-apa Kertas Cadangan yang Sistematik dan Komprehensif untuk Pembangunan Masyarakat Siam, tidak dari Senator kita, Tidak Dari PSM dan juga Tidak dari mana-mana pihak pemimpin-pemimpin masyarakat Siam. Kalau ada, saya sangat mengharapkan untuk membacanya dan ingin tahu ketahap mana pemimpin-pemimpin masyarakat Siam ingin membangunkan bangsa dia sendiri.

Saya mengalu-alukan pendapat-pendapat anda.

Monday, July 26, 2010

Ee Re Wan (Barn Maison) tenat kena simbah asid.

PENDANG - Seorang lelaki disyaki menyimbah asid ke badan seorang suri rumah kerana cemburu dengan tindakan wanita itu pulang ke rumahnya di Kg. Paya Mak Inson di sini bersama seorang lelaki lain semalam.

Ee Re Wan Abau, 42, cedera terkena simbahan asid ketika sedang berbual dengan anak perempuannya. Anak bongsunya, seorang lelaki, juga cedera di kaki, pergelangan tangan dan kening, akibat percikan asid itu.

Toi Lee Ah Kai, 29, saudara mereka yang tinggal kira-kira 50 meter daripada rumah mangsa, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari.Katanya, dia terkejut melihat anak bongsu Re Wan meluru masuk rumahnya, sambil menjerit dan menangis. "Lelaki yang pulang bersama ibunya itu berada dalam kereta ketika itu", katanya kepada Sinar Harian.

Ah Kai berkata, dia cuba merawat remaja yang cedera itu dengan melumurkan lumpur dan pisang ke tempat yang terkena asid.Menurutnya, kejadian itu berlaku hanya beberapa minit selepas dia melihat wanita berkenaan bersama seorang lelaki menaiki kereta Kancil dekat rumahnya."Wanita itu tutup muka. Saya sangka dia malu kepada saya kerana pulang bersama lelaki itu. Kira-kira lima minit kemudian anaknya pula berlari sambil menjerit dan menangis menuju ke rumah saya," katanya.

Katanya, dia difahamkan lelaki itu membawa mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Lembu, namun memandangkan keadaan mangsa teruk, pihak klinik menghubungi ambulans daripada Klinik Kesihatan Pendang dan membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

Ah Kai berkata, suami wanita itu mengalami lumpuh sebelah badan sejak hampir lima tahun lalu. Dia boleh berjalan perlahan-lahan dan keperluan keluarga ditanggung wanita itu."Mangsa sudah hampir tiga tahun tidak tinggal bersama suami. Dia pulang dua kali setiap bulan untuk menjenguk anak-anak dan memberi wang belanja," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah mangsa mendapati rumah itu kosong dan suami mangsa, difahamkan telah dibawa abangnya ke tempat yang tidak diketahui. Pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis daerah Pendang sehingga kini belum menerima laporan mengenai perkara ini.

Sumber: Sinar Harian, 26 Julai 2010.

____________________________________________________________________

ALOR SETAR - Seorang jiran suri rumah, Ee Re Wan Abau, yang cedera disimbah asid menceritakan bagaimana dia melihat mangsa berumur 42 tahun itu meluru keluar rumah sambil menangis dan meminta tolong selepas kejadian itu di Pendang, semalam.

Menurut jiran yang mahu dikenali sebagai Tang, 26, dia lihat badan wanita itu kemerah-merahan akibat kesan simbahan asid."Selepas itu, kawan Re Wan membawanya ke Klinik Kesihatan Pendang, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah".

"Saya tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah itu sehingga menyebabkan dia jadi macam tu," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Anak mangsa, Ai Boon Sin Bun Lop, 21, dan Anuth Sorn, 14, berkata mereka pun tidak tahu bagaimana kecederaan itu berlaku.Menurut Anuth Sorn, ketika kejadian, dia dan abangnya berada di rumah datuk mereka, tidak jauh dari situ."Sebelum dibawa ke hospital, saya lihat kecederaan di muka, kaki, perut dan belakang emak saya," katanya.

Mangsa kini ditempatkan di unit kebakaran hospital tersebut dan sehingga laporan ini ditulis, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pihak keluarga mangsa.

Difahamkan, suami mangsa, Bun Lop a/l Lod, 50, lumpuh sebelah badan. Mangsa juga mempunyai anak perempuan, Wiranuth, 18.

Sumber: Sinar Harian, 26 Julai 2010

Thursday, July 22, 2010

Apa erti sebuah persahabatan?

Setiap orang pasti mempunyai seorang atau beberapa orang sahabat. Ada sahabat biasa, ada sahabat sehidup semati dan ada sahabat tumpang sekaki.

Aku juga mempunyai ramai sahabat. Aku cuma nak kongsi di sini tentang seorang sahabat sejati aku. Kira-kira 14 tahun dahulu semasa aku bertukar ke Pulau Pinang, aku jumpa seorang sahabat.

Dia tu orang biasa sahaja tetapi ada pandangan yang jauh. Kami dok sebilik, makan seperiuk dan tidur sebantai. Kisah peribadi dia aku tahu, kisah peribadi aku dia tahu. Kita sentiasa tolong menolong di kala susah dan senang.

Kita aktif dalam program belia bersama-sama. Kita selalu anjur BBQ bersama-sama dengan budak Ruamthai USM. Dia sangkut kat awek USM, aku juga sangkut dengan awek USM juga. Perhubungan dia hingga ke atas pelamin, perhubungan aku hancur berkecai di tengah jalan. Nasib kita bukannya sama walaupun mempunyai citarasa yang sama.

Dulu, poket aku kurang sikit berbanding poket dia sebab income dia 2 kali ganda daripada aku. Kita masing saling bantu membantu tapi akulah yang kerap meminjam daripada dia. Bila dia nak kahwin, dia ajak aku sewa rumah 2 bilik. Dah ada bini mana boleh kongsi bilik dengan aku, kan?

Aku poket kering, dia dahulukan dengan bayar 2 bulan pendahuluan dengan sebulan sewa. Hujung tahun dapat bonus aku pun bayar balik hutang. Tiba2 aku pula yang kahwin dulu bukan dia maka hiduplah aku berkongsi rumah berasingan bilik dengan dia. Ikut kemampuan aku, langsung tak mampu sewa sebuah rumah walaupun 2 bilik. Kerana sahabat, aku boleh hidup di Pulau Pinang. Kita masih berkongsi periuk nasi walaupun aku beristeri manakala dia masih bujang.

Kita sama2 tubuh PBTM, Pekemas dan PSK. Sampai sekarang, kita masih akrab macam dulu. Baru2 ni aku menghadapi tekanan masalah peribadi. Aku call dia tengah malam, "boleh aku tumpang tidur rumah hang", kata ku. Lebih kurang jam 12 mlm, aku sampai rumah dia. Tilam, bantal dan selimut sudah disediakan. Keesokan pagi, dia pergi pekan beli nasi lemak untuk aku sebelum dia pergi kerja.

Bila dia jatuh sakit masuk hospital, hari2 aku pi jengok dia. Bila dia sakit, aku juga berasa sakit. Seolah-olah kita ni ada perhubungan talian persaudaraan sedangkan tidak ada langsung sebarang pertalian darah cuma sekadar seorang sahabat.

Dulu, pak mertuanya suruh anak (bini sahabatku) mendesak dia jangan berkawan dengan aku. Bapa mertuanya Pro-Senator ketika itu. Sahabatku tegas menjawab, "aku kenai sahabatku sebelum aku kahwin lagi, aku lebih tahu siapa dia", katanya.

Mungkinkah ini sahabat sejati aku? Ya, memang dia sahabat sejati aku selama ini.

Tetapi dalam politik masa kini sukar untuk mencari seorang sahabat sejati. Kebanyakkannya pentingkan diri sendiri. Oleh itu, nak kenal seorang sahabat sejati bukannya dinilai dalam masa sehari. Berhati-hatilah sebelum mempercayai seseorang jika kita belum pasti dia sahabat sejati atau tidak. Jika kita silap pilih sahabat, kita sendiri akan merana.

Wednesday, July 21, 2010

Perjalanan pemimpin Siam kerdil ke Putrajaya untuk membela nasib bangsa.


Pada malam 18 Julai 2010, saya bertolak dari rumah ke Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk menghadiri Mesyuarat Focus Group berkaitan Bajet 2011 di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 19 Julai 2010 jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dato' Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan I.

Dari Shahab Perdana, saya bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 mlm dan sampai di Stesen Bukit Jalil pada jam 6.00 pagi. Saya tinggalkan kereta di Shahab Perdana (risiko hilang agak tinggi tapi terpaksa). Dari Bukit Jalil saya bertolak ke pejabat En. Siri Neng Buah di Jabatan Warisan Negara di Jalan Conlay Off Jalan Raja Chulan dengan LRT dan sampai pada jam 7.30 pagi.

Saya ke kantin dulu sebelum saya ke pejabat En. Siri Neng Buah dan tunggu beliau di ruang tetamu sebab beliau belum sampai. Jam 9.00 pagi, baru dapat berjumpa En. Siri Neng Buah. Saya pun berbincang dgn En. Siri Neng Buah tentang keperluan masyarakat Siam dalam Bajet 2011.

Bila En. Siri teliti beberapa dokumen yang saya bawa sebagai persiapan, beliau terus bersuara untuk ikut saya pergi ke mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama, saya terus lantik beliau sebagai Ahli Kehormat Pekemas untuk melayakkan beliau dapat serta atas nama Pekemas. Beliau sanggup membatalkan semua program beliau dan mewakilkan salah seorang pegawai untuk mengganti beliau dalam program rasmi jabatan. Sementara beliau pergi ke Putrajaya bersama saya demi untuk pembangunan masyarakat Siam seluruh Malaysia.

Kami sampai di Putrajaya pada jam 2.15 petang tanpa sempat untuk makan tengahari. Sebab En. Siri perlu mengendalikan mesyuarat di pejabatnya terlebih dahulu pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tghari.

Kehadiran ke Mesyuarat Focus Group tersebut seramai lebih kurang 20 orang pemimpin NGO yang mewakili kumpulan minoriti. Agenda mesyuarat tersebut ialah pihak Kementerian Kewangan Malaysia ingin mendengar pandangan dan cadangan NGO dalam peruntukan bajet. Setiap NGO diberi peluang meluahkan pandangan tanpa had masa.

Pihak Pekemas telah melontarkan beberapa pandangan dan cadangan, antaranya ialah:-
1. Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kaum Minoriti di bawah Jabatan Perdana Menteri.
2. Kekalkan jawatan Senator kepada masyarakat Siam.
3. Menyediakan kemudahan asas di perkampungan Siam.
4. Menyediakan dana komputer untuk masyarakat Siam.
5. Menyediakan kawasan riadah untuk masyarakat Siam.
6. Menyediakan peruntukan pembangunan dan pentadbiran Wat Siam.
7. Menyediakan peruntukan pembangunan dan pentadbiran Sekolah Bahasa Siam.
8. Menyediakan penempatan baru kepada masyarakat Siam ekoran kekurangan tempat utk membina rumah.
9. Membenarkan masyarakat Siam memiliki lesen kontraktor kelas F kerana Siam juga adalah kaum Bumiputera.
10. Sedaikan dana khas utk IKS di kalangan masyarakat Siam.
11. Sediakan pinjaman dan bantuan kewangan kepada peniaga keturunan Siam.
12. Membenarkan kaum Siam terlibat dalam program FELDA dan FELCRA. Sediakan sebidang tanah utk setiap keluarga kaum Siam.
13. Berikan biasiswa kepada pelajar Siam yang layak.
14. Benarkan pelajar Siam yang kurang berjaya di Sekolah Latihan Vokasional.
15. Sediakan peruntukan tusyen kepada pelajar Siam yang kurang mampu.
16. Mohon pengiktirafan pergerakan pelajar2 IPT Siam yang dikenali RUAMTHAI. Sediakan peruntukan untuk mereka menganjurkan aktiviti sosial bagi meningkatkan kemajuan pendidikan di kalangan pelajar Siam.

Inilah 16 perkara yang telah kami suarakan dalam mesyuarat tersebut dan satu salinan sebanyak 4 muka surat saya serahkan kepada YB Timbalan Menteri Kewangan I. Beliau juga memberi respon positif terhadap beberapa cadangan kami antaranya penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kaum Minoriti, jawatan Senator utk kaum Siam dan peruntukan kepada wat dan Sekolah Bahasa Thai.

Habis mesyuarat pada jam 4.30 petang, kami tumpang kereta Dato' Hj. Aliasak Hj Ambia, bekas Tim. Ketua Pengarah RISDA yg juga Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia ke stesen LRT di Putrajaya dan terus ke KL Central.

Pada jam 6.00 petang barulah kami menikmati jamuan makan tengahari bersama di KL Central sebelum saya dan En. Siri berpisah. En. Siri balik ke pejabat sementara saya ke Stesen bas Bukit Jalil untuk balik ke Alor Setar. Saya sampai di rumah pada jam 3.00 pagi. Kerana masyarakat kita perlu berkorban, tak perlu ambil kisah orang nampak atau tidak. Yang pasti kita tahu siapa diri kita sebenar.

Sunday, July 18, 2010

UMNO pecah rekod sejak 64 tahun penubuhannya.




Usul minta takrif bumiputera masyarakat Siam

SIK 12 Julai - UMNO Bahagian Sik dalam mesyuarat perwakilannya kelmarin meluluskan usul meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan memberikan takrifan lebih jelas terhadap status masyarakat Siam negara ini sebagai kaum Bumiputera.

Ketua bahagiannya, Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, usul yang diluluskan sebulat suara itu juga akan dibawa ke persidangan pusat sempena Perhimpunan Agung UMNO, Oktober depan.

Katanya, usul itu dibuat ekoran masyarakat Siam yang kebanyakkannya merupakan ahli UMNO menghadapi kesulitan semasa berurusan dengan agensi kerajaan.

"Kita berhasrat mengemukakan usul ini ke peringkat lebih tinggi bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi kira-kira 60,000 masyarakat Siam di negara ini."

"Masalah utama yang dihadapi adalah berhubung kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelaburan dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan permohonan pemilikan tanah."

"Kita mahu minta status masyarakat orang Siam dikategorikan sebagai Bumiputera sepenuhnya bagi menikmati manfaat sebagai mana yang diperuntukan," jelasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini".

Sumber: Utusan Malaysia, 13 Julai 2010 m/s 8

Inilah UMNO Bahagian pertama yang telah memecah rekod membela masyarakat Siam di negeri Kedah sejak penubuhannya sejak 64 tahun dahulu. Sebelum ini, UMNO bahagian inilah juga yang bersuara untuk memberi jawatan Senator kepada masyarakat Siam Malaysia.

Saya pernah tanya seorang veteran salah satu UMNO Bahagian di negeri Kedah, "Pernahkah tuan bawa usul tentang permasalahan Siam dalam mesyuarat UMNO Bahagian?". Beliau jawab pernah tapi dicantas sebelum perbahasan Usul dibentangkan. Katanya lagi, semua usul diserahkan kepada urusetia sebelum mesyuarat dijalankan dan tidak pernah diluluskan oleh urusetia untuk dibahaskan. Wakil daripada UMNO cawangan Kampung2 Siam hanya mempunyai peluang berucap dalam agenda ucapan penangguhan sahaja.

Hanya UMNO Bahagian Sik sahaja yang berani bersuara bagi pihak masyarakat Siam. Terima kasih saya ucapkan.

Wednesday, July 14, 2010

Mesyuarat Focus Group - Inclusive Development.

Saya telah mendapat surat panggilan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Fokus Group - Inclusive Development pada 19 Julai 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. Saya hadir selaku Pengerusi Pekemas untuk mewakili masyarakat Siam. Tujuan mesyuarat itu lebih kepada proses penyediaan Bajet 2011 dan membincangkan secara terperinci pelbagai isu ekonomi dan pembangunan negara. Dipengerusikan oleh YB. Senator Dato' Ir Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan I.

Turut dijemput ialah:
1. Ketua Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi
2. Yang Dipertua, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)
3. Presiden Gabungan Persatuan Orang cacat Malaysia
4. Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia
5. Presiden Persatuan Peniaga dan Usahawan Malaysia
6. Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat)
7. Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
8. Chairman New Village Affairs Bureau, MCA
9. Presiden Persatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW)
10. Felo Penyelidik Utama, UKM
11. Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS)
12. Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS)
13. Pengerusi Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (Pekemas)
14. Pengerusi JKKK Portugis

Wednesday, July 7, 2010

Mengenang kisah lampau.


Kelmarin saya pergi ke Pejabat Penerangan Daerah Pendang untuk urusan Penubuhan Komuniti BESTARI Masyarakat Siam Pendang yg merupakan NGO di bawah Jabatan Penerangan Malaysia. Ini merupakan Komuniti BESTARI yang kedua yang saya tubuh selepas Komuniti BESTARI Mukim Belukar Semang di Kg. Tasek.

Pihak Ibupejabat Kuala Lumpur telah mengarahkan saya untuk mempercepatkan pembukaan akaun bank. Mereka nak masukkan peruntukan untuk tahun 2010 sebanyak RM7,500.00 untuk masyarakat Siam.

Saya bertolak dari pejabat di Alor Setar pergi ke Kg. Tok Set untuk berjumpa Nai Reang, Tok Ketua Kg. Tok Set selaku Pengerusi Komuniti BESTARI tersebut untuk mendapat senarai ahli jawatankuasa seramai 40 orang.

Lepas itu, saya pergilah ke Pejabat Penerangan Daerah Pendang untuk mendapat surat sokongan pembukaan akaun bank. Sambil saya menyiapkan beberapa dokumen kami pun bersembang tentang kisah lampau.

Tiba-tiba saya ditanya oleh salah seorang pegawai di situ, katanya "Kenapa saya dihalang untuk menjadi juruacara di majlis yg dianjurkan di kampung Siam". Terkejut juga saya mendengar pertanyaan tersebut. Saya pun minta penjelasan daripadanya lebih lanjut.

Kawan saya menceritakan bahawa pihak penganjur telah memohon perkhidmatan Juruacara daripada pejabat ini. Pihak jabatan merasakan saya lebih sesuai menjadi juruacara di majlis kampung Siam sebab saya adalah pegawai keturunan Siam yg lebih tahu tentang adat2 dan tatasusila dalam masyarakat Siam.

Tetapi pihak penganjur menegaskan jangan bagi saya jadi juruacara iaitu Program Pesta Songkran Peringkat Negeri 2007 di Kg. Tok Set yang dirasmikan oleh MB Kedah dan Program Rakan Muda Belia Siam di Kg. Padang Pusing pada tahun 2009 yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan.

Nampaknya ada juga orang macam ini. Kenapa mereka takut sangat apabila saya pegang microfon? Mereka usaha sedaya upaya untuk menghalang saya untuk lebih menonjol di dalam masyarakat Siam. Sebelum ini, mereka menghalang saya untuk balik ke negeri Kedah. Bila saya berjaya balik, mereka menghasut majikan saya pula sehingga saya dipanggil oleh majikan untuk memberi penjelasan.

Walau bagaimana pun, saya masih seperti dahulu.

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Penyempurnaan Mayat Phorthan Ren pada 3 Julai 2010.

Upacara Pembakaran Jenazah Phrakru Sophonkitjathon (Pho Than Ren) Ketua Sami Wat Lampam, Pendang, Kedah merangkap Ketua Sami Daerah Padang Terap, di Wat Lampam pada 3hb Julai 2010 jam 10.00 malam.































































































































































































Thursday, July 1, 2010

Penjelasan JPN tentang istilah bangsa Siam/Thai.

Kepada: xxxxxx@tm.net.my
Daripada: raslina@jpn@jpn.gov.my
Salinan kepada: mohdazmin@jpn.gov.my dan pro@jpn.gov.my
Tarikh: 30 Jun 2010 (Rabu) jam 10:55 am

Tajuk: Pertanyaan perbezaan 'Siam dan 'Thai' dalam kategori bangsa di dalam Surat Beranak.

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman tuan, keturunan siam bermaksud keturunan Thailand yang ibu bapanya dilahirkan di Malaysia manakala keturunan Thai adalah ibu bapanya pemegang passport Thailand dan lahir di Thailand. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan ingin menukar keturunan anak tuan mengikut keturunan tuan dan isteri, tuan boleh memohon cabutan sijil kelahiran yang baru dengan keturunan siam di JPN berhampiran.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.
Raslina bt Yahya
Penolong Pengarah
Bhg. Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Jabatan Pendaftaran Negara
DL : +603-8880 7835
Fax : +603-8880 7870
Email : raslina@jpn.gov.my