Friday, May 10, 2013

Saya kalah dengan kad pengenalan palsu.


KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.

(Mohamad Sabu yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih...inilah yang beliau bimbangi selama ini dan beliau menjadi salah satu mangsanya.)

Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.

Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.

Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai.

"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.

Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.

Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.

Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.

Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.
Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19139-saya-kalah-dengan-kad-pengenalan-palsu-mohamad-sabu?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#.UYz496LPWU9


Aku rasa ramai masyarakat Siam yang bertungkus lumus membantu Mat Sabu untuk berkempen berasa amat marah dengan kenyataan ini. Kalau nak mengulas tentang peratusan keluar mengundi tinggi tu janganlah sampai menghina kaum Siam.

Jenis pemimpin yang tak kenang budi di atas bantuan yang diberi oleh pengundi Siam yang menyokong pakatan rakyat dalam PRU13 menunjukkan PAS bukan pilihan terbaik kepada pengundi Siam sekiranya menolak UMNO.

Pengundi Siam haruslah mencari parti lain yang lebih sesuai yang boleh membela kaum Siam dalam arena politik. Aku selaku pengundi keturunan Siam yang berada di kawasan Parlimen Pendang sepanjang tempoh berkempen yakin bahawa masyarakat Siam yang terdapat di daerah Pendang merupakan masyarakat asal negeri Kedah sejak pemerintahan kerajaan Kedah Tua. Mungkin lebih lama daripada kedatangan kaum Melayu lagi. Masyarakat Siam bukannya pendatang daripada Thailand yang dituduh disogok dengan kad Pengenalan palsu untuk datang mengundi.

Biadap sungguh pemimpin Pas yang bernama Mat Sabu. Kalau dah kalah terima je la kekalahan, jangan menudingkan jari kepada orang lain tanpa sebarang bukti dan hanya berdasarkan andaian sahaja.

Rugi saja berkawan dengan puak macam ni,.. Depa anggap Siam kafir,, sampai bila2 pun siam tetap kafir dalam pandangan mereka.

No comments:

Post a Comment