Friday, May 10, 2013

Apa kaum Siam Kedah mahu selepas PRU13?

1. Kaum Siam mahu memilih Ketua Kampung/JKKK sendiri melalui proses demokrasi yang melibatkan semua penduduk kampung tersebut yang berumur 21 tahun ke atas. Kebiasaannya ketua kampung/JKKK dipilih di kalangan ketua cawangan UMNO oleh UMNO Bahagian. Dimana ketua cawangan UMNO pula dipilih oleh ahli2 UMNO yang jumlah secukup kuota iaitu 50 orang, sedangkan jumlah penduduk hampir seribu untuk sekampung. Kemasukan ahli baru UMNO cawangan pula disekat oleh ketua cawangan supaya kedudukannya tidak tergugat. Oleh itu, wajarlah Ketua kampung/JKKK dipilih oleh orang2 kampung bukan Ketua UMNO Bahagian.

2. Sijil Pertanian Orang2 Siam yang menjadi duri dalam daging masyarakat Siam selama ini dalam proses permohonan tanah baru kerajaan berstatus Tanah Rizab Melayu. Dicadangkan agar sijil ini dimansuhkan atau dipermudahkan.

3. Dibenarkan membeli tanah yang telah menjadi hakmilik orang2 Melayu. Masalah sekarang orang2 Siam boleh menjual tanah kepada orang2 Melayu tetapi orang2 Siam tidak boleh membeli tanah orang-orang Melayu. Ini mengakibatkan lama-kelamaan keluasan tanah yang dimiliki oleh orang-orang Siam di Kedah semakin berkurangan dan kemungkinan besar menjadi orang asing di negeri kelahirannya sendiri.

4. Masalah pemegang IC merah di kalangan kaum Siam Kedah masih belum selesai sepenuhnya. Harap pihak kerajaan dapat pertimbangkan masalah ini terutamanya kepada kaum Siam yang lahir di Kedah dan asal-usulnya dari Kedah.

5. Kaum Siam amat memerlukan seorang wakil kaum Siam di peringkat Kerajaan Negeri Kedah daripada kalangan kaum Siam sendiri bukannya kaum lain yang tidak memahami kehendak kaum Siam. Sebelum ini pemimpin Cina iaitu Fong Chok Gin dan pemimpin India S. Manikumar menjadi wakil kaum Siam. Lantiklah seorang wakil Siam menjadi Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah dan seterusnya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah. Manakala MB atau EXCO sebagai Penaung/Penasihat.

6. Mohon lantik ahli majlis daripada kaum Siam di dalam Jawatankuasa Majlis Daerah di setiap daerah yang mempunyai penempatan kaum Siam di Kedah seperti Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Perbandaran Sg Petani.

7. Mohon diberi peluang kepada kaum Siam berkhidmat dalam sektor Awam dengan kerajaan Negeri Kedah terutamanya di pejabat-pejabat tanah dan daerah. Sekurang2nya dapat membantu masyarakat Siam berurusan dengan pejabat tersebut.

8. Tunaikan akujanji PRU13 spt memberi geran tahunan untuk pentadbiran 31 buah Sekolah Bahasa Siam dan juga 13 NGO-NGO Siam seluruh Kedah.

9. Selesaikan isu tanah wakaf Wat Siam dan Kubur Siam seluruh Kedah.

10. Elakkan menggunakan institusi keagamaan (Buddha) untuk tujuan politik.

No comments:

Post a Comment