Friday, May 10, 2013

Bukan semua kaum Siam setuju dengan kenyataan Senator.


Bukan semua pengundi Siam sokong BN. Mungkin dulu ya, memang orang-orang Siam setia kepada UMNO kerana Pas parti berlandaskan agama Islam. Sedangkan orang2 Siam beragama Buddha, tidak sesuai dengan idealogi Pas. Boleh dikatakan hampir 100% kaum Siam sokong UMNO pada waktu dahulu sehingga sukar Pas utk menembusi tembok ini utk mewujudkan jaringan politik dalam penempatan kaum Siam.
 
Tapi sejak kebelakangan ini, tahap sokongan pengundi Siam semakin berkurangan. Ini adalah kerana suara-suara Siam tidak didengari oleh pemimpin atasan. Pihak kerajaan menganggap kawasan orang-orang Siam merupakan kawasan Putih dan tidak perlu diberi keutamaan. Tambahan pula kaum Siam merupakan kaum minoriti. Tapi mereka silap, beberapa Kapar dan Kadun amat bergantung kepada undi daripada kaum Siam.
 
Golongan muda Siam masa kini dah celik IT, mereka dah boleh berfikir sendiri. Pendedahan melalui IT mengenai penyelewengan yang berlaku saban hari di sektor kerajaan dan kelemahan perlaksanaan dasar kerajaan di peringkat bawahan menyebabkan mereka mahu menukarkan kepimpinan negara yang lebih baik..
 
Semakin hari semakin bertambah sokongan generasi muda terhadap Pakatan Rakyat. Misalan semasa PRU12 sokongan Siam kepada BN sebanyak 10% dan amat yakin dalam PRU13 yang baru lepas sokongan Siam meningkat 30%. Kemungkinan besar dalam PRU14, sokongan Siam kepada PR akan semakin bertambah lagi.
 
Sebagai buktinya, sebelum ini jarang kita lihat markas PR di perkampungan Siam. Tetapi dalam PRU13 yang baru lepas, boleh dikatakan hampir semua perkampungan Siam lebih kurang 48 kampung mempunyai markas PR.
 
Oleh itu, boleh dikatakan bukan semua pengundi Siam sokong BN. Kenyataan Senator tersebut menyentuh perasaan generasi muda kaum Siam. Kerana kenyataan tersebut mungkin akan menjejaskan mata pencarian yang kebanyakkannya bekerja di bawah Taukeh Cina.
 
Seperti yang kita sedia maklum, kaum Cina amat tak puashati apabila PM melabelkan PRU13 adalah 'Tzunami Cina'. Biasanya kaum Cina kebanyakkannya adalah taukeh, jika dapat tahu kaum Siam sokong BN, Apa akan terjadi kepada pekerja2 mereka yang berketurunan Siam. "Berpolitik biarlah cerdik, jangan sampai menjejaskan periuk nasi orang lain"

No comments:

Post a Comment