Pihak mana yang tak ada kesungguhan? Menteri Dalam Negeri atau PDRM atau Wisma Putra?
Pihak yang selalu membuat sidang media tetapi lambat mengambil tindakan. Laporan melalui media jauh ke depan tetapi tindakannya belum dilaksanakan lagi.
Apa yang hendak dikesalkan? Menteri bukan Tuhan yang boleh selesaikan masalah dalam sekelip mata.
Memang kesal sebab cakap tak serupa bikin. PSK akui Menteri bukan Tuhan sekurang-kurangnya cakap biarlah betul. Buat kata buat, tak buat kata tak buat. Nak tolong ke tak mau tolong ke, terus terang aje la. PSK boleh minta tolong pihak lain pula. Datuk Azeez juga sudi nak tolong tapi tak mau bertindih dengan tindakan pihak lain.
Amboi, remaja hilang pun nak jumpa Timbalan Perdana Menteri! Buat macam TPM tak ada kerja lain. Banyak lagi kerja besar yang sedang menunggu TPM.
Selaku pemimpin Siam perlu berfikir di luar kotak pemikiran. Jangan hanya fikir perkara yang biasa berlaku sahaja. Ia tak akan mendatangkan idea-idea baru yang boleh membantu. Bukannya bagi TPM buat kerja cuma bagi beliau pulas/tekan sikit minyak tu barulah jentera mula bergerak laju. Lagipun Bun Yin dah hubungi kawannya selaku pegawai tugas-tugas Khas kepada TPM.
Seseorang yang tidak bernama hantar e-mail kepada aku mengatakan PSK sengaja nak cari publisiti murahan. Nak jadi hero Siam Kedah. PSK nak memalukan Persatuan Siam Malaysia (PSM), kononnya tak prihatin dengan masalah orang Siam. Penubuhan PSK semata-mata nak bersaing dengan PSM.
PSK tak pernah berniat untuk bersaing dengan mana-mana pihak. PSK hanya melakukan perkara yang boleh membantu masyarakat Siam sahaja. PSK juga tidak merebut tugas mana-mana pihak. Pihak PSK hanya melakukan tugas yang tidak dilakukan atau tidak diberi perhatian oleh pihak lain sahaja. Pihak PSK tidak ada niat untuk menjatuhkan sesiapa. Hanya ingin membantu keluarga adik Tan Hui Ming sahaja.
Tan Hui Ming ialah remaja Cina. Walaupun ibunya keturunan Siam, tetapi bapanya Cina. Keturunan seseorang dikira daripada sebelah bapa. Namanya pun Tan Hui Ming. MCA, Gerakan dan puluhan persatuan Cina tak rasa apa-apa pun dengan kehilangan remaja ini, sebaliknya Persatuan Siam Kedah yang panas buntut jadi seperti cacing kepanasan. Sifat keprihatinan PSK, kata penghantar e-mail itu lagi, kalau betul-betul ikhlas adalah dipuji tetapi janganlah sampai lebih senduk dari kuah. Nampaknya PSK betul-betul akan jadi lawan PSM.
Kalau begitu, tak payah lagi kita bantu anak Senator ke 2 jika ada masalah. Tak payah la kita bantu anak Presiden PSM jika diculik atau dirogol. Kita tengok dalam wat kita di seluruh Malaysia siapa yang sponsor, bukankah kebanyakkan orang Cina. Dalam wat Cina pula, ada tak nama Siam tertera sebagai penyumbang? Kenapa nak bezakan Cina dan Siam. Sesiapa ada masalah, PSK akan bantu jika mereka memerlukan pertolongan PSK. PSK tak ada niat nak lawan PSM. PSM dah kukuh dari segi kewangan, pengaruh Sami, pengaruh menteri dan sebagainya. PSK hanya baru belajar merangkak. Merangkak untuk membantu masyarakat Siam negeri Kedah setakat mampu.
HARAP MAAF KEPADA MEREKA YANG TIDAK SENANG DENGAN TINDAKAN PSK MENYELAMATKAN ADIK TAN HUI MING.
janganla dok jaga tepi kain orang banyak sangat pentingkan keluarga diri sendiri terlebih dahulu seperti pepatah melayu burung dihutan diberi makan burung disangkar mati kelaparan kenapa manit suka sangat dengan kes sami sami yg tak berdosa
ReplyDeletekenapa dia bukan orang buddha mka
dengar kata manit dah tak boleh masuk dengan orang kg betulka dengan mak mentua pun dia maki gituaja apa lagi debgan orang lain,ta\k dapat masuk campur dengan orang lain tubuh psk pula manit manit
Para penulis memang tulis tentang hal orang. Semua berita dalam paper pun hal orang tapi kami masih nak baca. Begitu juga penonton TV, hanya tengok cerita orang. Keluarga saya ok. Org lain tak akan tahu lebih detail selain saya dan ahli keluarga saya sebab itu kisah hidup saya. Terima kasih kerana beri komen. Saya boleh agak, siapa siamkedah yg bukan orang dari kedah.
ReplyDeletehi.., siapa yg jaga tepi kain siapa ni,kita mahu individu yg berani mendedahkan kepincangan dlm masyarakat kita..berapa ekor sangat yg berani menghadapi risiko ini?Tentang pengangguk dan pekenyeh,mat angguk mat kenyeh-kenyeh tu ramai dah..uar..uark..nak muntah..tengok beruk pak mentua lagi sedap hati..he..he..
ReplyDeleteYang ini saya sokong. Tak kira dia Siam atau China kalau kita betul-betul nak tolong, teruskan. Jangan pula ada agenda lain disebalik pertolongan itu. Kalau buat dengan hati yang iklas, harus dipuji..
ReplyDeleteJANGAN HARAP SANGAT DENGAN MENTERI NI BUKAN BOLEH HARAP SANGT.CUMA PANDAI BERMANISKAN KATA KATA TAPI DUIT MASUK POKET SENDIRI..RAKYAT YANG MERANA..EEEEEEEE...GERQM TQW...MUAXHZ...TENGOKLAH KELMRIN DUIT 7 BILIION BOLEH GUNA BUAT LRT TAPI X SANGGUP NAK TOLONG ORANG SUSAH DULU,..CAKAP JE KATA NAK TOLONG RAKYAT TAPI DAH 52 TAHUN MERDEKA TAPI MASIH ADA YANG MISKIN...
ReplyDeleteMasyarakat siam kena usaha dahulu sebelum meminta bantuan sesiapa.Janganlah selalu hendak tunggu bantuan sahaja.Sedar sedikitlah bahawa mereka pun mahu di tolong banyak lagi.
ReplyDeleteTuan manit ..saya ada dengar khabar Komuniti Siam Baru itu pun pernah menjadi sami juga.Dulu dia masuk sami sebab hendak belajar dan masuk U.nasib tidak menyebelah jadi terpaksa keluar sami.Dia kata sami tidak boleh terima duit,apa pasal dia dulu belajar pakai duit siapa.Duit kusala yang orang cina derma kat dia juga.Apa nie?Cakap lain buat lain.
ReplyDeleteKalau Tuan Pena KSB dah betul-betul insaf kenapa masih pakai percakapan yang kasar dan biadap.Tidak sepatutnya menjadi seorang penulis timur yang beriman.Sedikit komen dia akan keluarlah ayat-ayat hanyir yang kotor dan bernajis.Insaf dulu...kata orang jahil tetapi sendiri dah baca KITAB TIPITAKA pun masih mentah dan kurang garam lagi
ReplyDeleteTuan kumpas ( blog kumpulan syam bebas) kalu tuan mahu tahu tentang riwayat Komuniti Siam baru boleh cari saya.Saya ada member lebih dari 50 orang yang tahu riwayat hidup dan perangainya.Tuan tak perlu risau banyak cerita yang kita boleh share.
ReplyDeleteTentang Komunti Siam Baru zaman kecik sampai besar,zaman masuk phra dan zamam kahwin hingga ke zaman kena cerai dan kini.
Boleh cerita2 yang di boleh korek dan sebar ke masyarakat tentang penulis ini.
Jika Tuan Kumpas mahu tumpaskan dia carilah saya.sekian terima kasih.
asam jawa.
Cuba kita semua berbalik kepada ajaran buddha. Jalan belok jauh sangat dari apa yang buddha ajar kita dalam dhammmanya.
ReplyDeletepnulis ksb 2 hnya pndai cri publisiti murahan je...mana da org sggup cemarkan agama sndiri dgn bereotorikkn kta2 nk slamatkn institut sami buddha..org kalau buat btul xkan tapis pnya pndangan org lain dlm blog dia..tapi ny takut org tau dia 2 pakai tukis je smpai bgi alasan mcm2..klu btul brani biar je blog 2 utk org kritik bkn stkat nk bg org puji...
ReplyDelete