Sunday, June 6, 2010

Pemimpin UMNO Kedah kata Siam tu Bumiputera tapi ...

PENJELASAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DENGAN segala hormatnya, Kementerian ingin merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia pada 26 Mei 2010 (Rabu) mengenai berita bertajuk Dengarlah Luahan Vicsofee: "Berdosakah saya menjadi Siam Malaysia" berkaitan lima (5) orang pelajar cemerlang dalam SPM dan seorang pelajar dalam STPM berketurunan Thai tidak mendapat tempat di IPTA.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyemak status permohonan calon SPM tahun 2009, ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 seperti berikut:
1. Sukeht a/p Thavil
2. Vicsofee Sukahut
3. Maleewan a/p Perashot
4. Syalit Keowmani a/l Eh Sau
5. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan

Berdasarkan kepada rekod semakan, Bahagian ini mendapati empat orang calon berkenaan telah memohon secara Aplikasi Dalam Talian (on line) melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA. Pilihan program pengajian calon adalah Program Asasi di UIAM dan Program Pengajian di UiTM yang terbuka kepada bumiputera sahaja.

Berdasarkan semakan rekod dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), status kaum calon, ibu dan bapa merupakan kaum Thai. Calon tidak dapat ditawarkan kerana tersalah memilih program yang dikhaskan kepada bumiputera.

Takrif Bumiputera yang diguna pakai dalam proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 160 (2).

"Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama isle/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya dianggap seorang bumiputera.

"Dimaklumkan proses pemilihan pelajar ke IPTA adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Walaupun Elicesa Lalita a/p Ea Chuan memohon program diploma, berdasarkan kepada pengiraan, markah merit calon ialah 69.86. Markah potongan (cut off point) bagi program yang dipohon adalah tinggi kerana bilangan tempat yang disediakan bagi program pengajian tersebut adalah terhad.

Walau bagaimanapun, pelajar berkaitan layak mengemukakan permohonan rayuan untuk pertimbangan semula bagi kes rayuan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Tinggi juga mengesahkan hanya tiga daripada lima calon berkaitan, telah mengemukakan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-rayuan) untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan mulai minggu pertama Jun 2010 bagi Fasa 1 dan minggu ketiga Julai 2010 bagi Fasa 2 di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my/.

Kementerian Pengajian Tinggi juga mengesahkan bahawa calon Phisnukh Uttraphan A/L Pim No. KP 900904-03-5411 calon Lepasan SPM 2007, pernah mengemukakan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 dan berjaya ditawarkan pilihan pertama C2425 - Diploma Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Dikenal pasti calon tidak mendaftar di universiti berkenaan.

Justeru tidak timbul isu Kementerian menolak permohonan dan tidak pernah mendapat tawaran ke IPTA.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyemak rekod permohonan bahawa calon telah mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 di bawah Kategori STPM tahun semasa.

Calon akan dipertimbangkan berdasarkan syarat am dan khas program serta kriteria pemilihan yang ditetapkan. Pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Keputusan tawaran kemasukan ke IPTA boleh disemak melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my/ mulai minggu ketiga Jun 2010.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi MalaysiaSumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Pemimpin UMNO Kedah cukup lantang bersuara mengatakan masyarakat Siam di negeri Kedah adalah Bumiputera tetapi hakikatnya kita tidak diiktiraf sebagai Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 160 (2). Sampai bila masyarakat Siam ditipu kerana ingin mendapat undi semasa Pilihanraya Umum sahaja. Sedangkan tiada siapa yang sanggup membela kaum minoriti ini. Setiap perubahan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia tidak mengambil kira golongan minoriti seperti kaum Siam.

12 comments:

  1. ...Wasdee..
    Rasanya sudah sampai masanya untuk kita masyarakat siam malaysia sedar dan bangun melihat sendiri. Tengoklah apa yang kerajaan malaysia menipu kita sampai lebih 50 tahun.Kerajaan BN yang kita puja-puja rupanya teruk dari PAS di kelantan.Hemmmm kita masih puja BN lagi,tak mahu sedar ke? Tanya sendirilah
    SIAM MAlaysia

    ReplyDelete
  2. Bukalah matamu seluas-luasnya wahai kaumku...

    ReplyDelete
  3. Marilah kita sokong parti mana yg sanggup membantu kita. Elaklah sikap fanatik terhadap BN.

    ReplyDelete
  4. Org Siam wujud di Kedah sejak zaman kerajaan KEDAH TUA lagi. Kenapa kaum kami disama tarafkan dengan pendatang seperti Cina dan India? Pemimpin UMNO Kedah selalu menjerit di atas pentas, siam adalah BUMIPUTERA tapi apa yg dapat... Kami ditipu, diskaun 5% beli rumah pun tak dapat. Masuk IPTA tak boleh ambil bidang yg dikhas kpd Bumiputera. Cuma boleh la melabur dlm ASB je.. Apa guna taraf BUMIPUTERA, kalau semua kemudahan yg dinikmati BUMIPUTERA kita tak dapat.. Bahlol betul la org Siam ni. Bila lagi nak sedar bahawa selama ini dia kena tipu...

    ReplyDelete
  5. yang bodoh akan menjadi mangsa yang cerdik...fikir2kan lah orang siam...

    ReplyDelete
  6. jgn la bsikap hpokrit lg..kt org siam kna neutral..jgn asyk nk mnyebelahi phak yg mnang shj..

    ReplyDelete
  7. Sawaddee

    masa sudah sampai masanya, masyarakat siam berfikir yang mana-mana kata-kata ikhlas dan jujur. kata-kata harus seiring dengan perbuatan.

    ReplyDelete
  8. Merujuk kepada penjelasan Kementerian Pengajian Tinggi pada June 2010. Sekiranya YB Menteri,Di Jabatan Perdana Menteri sendiri menyatakan secara terbuka bahawa kaum minoriti siam adalah bumiputra, maka tiada alasan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan mempertikaikan kata-kata beliau. Secara pertadbirannya perkara ini(pertimbangan memasuki IPTA) boleh dilakukan sekiranya pegawai-pegawai yang dipertangjungjawabkan bersikap perhatian dan jujur dalam tugasnya.

    ReplyDelete
  9. Aku percaya pegawai kerajaan tu jujur sebab dia buat ikut peraturan dan perlembagaan. Org politik la tak jujur. Berani cakap kat luar tapi tak berani cakap dlm parlimen.

    ReplyDelete
  10. orang siam perlu bersatu jangan mementingkan habuan yang akan dapat dari mana-mana badan politik aja. dapat dua ringgit pun riuh sekampung, kata orang itu baik oarang ini baik sebab dia dapat habuan. orang alin dapat berbilion diam membisu sampai spr kena siasat. pemimpin-pemimpin kita buka mata, buka minda jangan terpedaya. kita oarang siam baik berbudi bahasa tapi kena ikut lar trend dia, buat baik berpada-pada.......

    ReplyDelete
  11. pemimpin orang siam kena galakan anak-anak kita belajar tinggi-tinggi. x dapat dapat ipta dalam negara hairan apa. datuk nenek kita kaya, boleh pi oversea.....satu hari toteh getah pun dapat beribu, sebulan berapa?, takkan tak mampu hantar anak pi india,AS, pi australia sana...tak da duit, watt banyak, orang siam suka derma, kenapa tak boleh minta derma pi belajar... di malaysia watt ada berapa?... setaakat rm100 000 tak dapat?... . jangan merayu tapi cari jalan majukan diri.

    ReplyDelete
  12. Aku rasa tak perlulah kita sokong mana mana parti.DEkat nak pilihanraya,janji mcm2..lps pilihanraya,habuk aaaapa pun tarak!!!!!!!!Pooorah!Meluat dah aku dgn puak2 gila pangkat,gila nama gila duit gila gila gilaaaaaaaaaaaarggh!

    ReplyDelete