Monday, June 28, 2010

Remaja Siam menderita sakit kulit, buah pinggang rayu sumbang


PENGKALAN HULU - Seorang remaja Siam yang menderita akibat penyakit kulit, buah pinggang dan gastrik sejak setahun lalu hanya bergantung kepada bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar setiap bulan selain untuk menampung kehidupannya.

Anutsara a/p Ai Sawang, 20, dari Kampung Tasik di sini juga terpaksa mengharapkan pendapatan ibunya Thong Noi a/p Imdiam Phuang, 54, seorang ibu tunggal, yang tidak seberapa pendapatannya dari hasil upah menoreh getah.

Anutsara, anak bongsu daripada lima beradik, yang kini hampir hilang penglihatan memberitahu Bernama di sini hari ini, dia hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM150 untuk menampung kehidupannya.

Ibunya, yang mengidap penyakit sendi akibat demam Cikungunya sebelum ini, mengambil upah untuk menoreh getah dengan pendapatan tidak sampai RM200 sebulan, itu pun jika hari tidak hujan.

Bapa Anutsara sudah meninggal dunia empat tahun lalu.

Katanya, dia kini hanya duduk di rumah dan memerlukan bantuan dalam semua hal kerana penglihatannya sudah kabur manakala penyakit kulit yang teruk menyebabkan mukanya menjadi hitam serta lebam termasuk pada tangan, kaki dan badan.

Anutsara bagaimana pun berterima kasih kepada pihak Hospital Sultanah Bahiyah yang memberikan rawatan percuma kepadanya dan
ubat bagi penyakit yang dihidapinya.

Katanya, apabila dia perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah, dia meminta bantuan keluarganya untuk membawanya ke hospital.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Tasik Prawat a/l Din Cheeron, 49, berkata usaha membantu remaja itu dan keluarganya sudah dilakukan termasuk usaha mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)tetapi gagal.

Beliau turut merayu mana-mana pertubuhan termasuk Persatuan Siam Malaysia supaya membantu remaja itu dalam meringankan beban yang ditanggung.

Bagi mereka yang bersimpati dengan remaja ini bolehlah menghulurkan bantuan melalui akaun Maybank: 108075080391 (Anutsara A/P Ai Sawang, No. K/P: 901126-02-5034) atau di talian 019-5030695.

Sumber: http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=509103 dan http://www.sinarharian.com.my/bterkini/4726.asp

6 comments:

  1. Perkara begini yang patut diperjuangkan oleh pemimpin/ persatuan Siam. Sami juga boleh berikan sumbangan.

    ReplyDelete
  2. Sami tak ada duit. Depa pun minta dari kita.

    ReplyDelete
  3. dua komen yg kurang bijak dari pena reformasi dan jst. nampak sgt dengki kamu berdua pada institusi sami..... cukuplah .....

    ReplyDelete
  4. Dua orang ni memang dah lama dengki dengan institusi sami. Yang JST kata sami minta kat depa tu, nak tanya dalam satu tahun JST ada thambun berapa. Dengak kata kampung sendiri pun tak ada orang nak ambik dia. Janganlah dengki sangat dengan sami nanti mati pun kena jemput sami pi kusala bagi. Perkara macamni kena bersatu kalau nak tolong orang, bukan ambik kesempatan ini duk kutuk orang lain.

    ReplyDelete
  5. Bukan semua sami yg menjadi kritikan Pena Reformasi dan juga JST cuma seorang dua je Sami yg bertindak macam ahli politik. Aku respek mana2 sami yg dapat bantu budak Siam yg malang tu.

    ReplyDelete
  6. Sesiapa tolong siasat keadaan adik kita yang sakit, apa yang diperlukan, so pemimpin -pemimpin orang Siam tolong adakan TABUNG untuk dia....saya pun boleh tolong beri sikit kalau tak banyak.....

    ReplyDelete