Monday, June 14, 2010

Kaum minoriti Siam Malaysia adalah kaum pribumi.



Kaum minoriti Siam Malaysia berjumlah lebih kurang 60,000 orang merupakan kaum pribumi di Malaysia. Kebanyakkan penempatan mereka terdapat di bahagian utara tanah air iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Kaum minoriti Siam ini wujud di Malaysia terutamanya di Kedah sejak zaman pemerintahan kerajaan "Kedah Tua" lagi dan ia tercatat dalam sejarah negeri Kedah. Kewujudan kaum minoriti Siam ni tidak dapat dinafikan lagi oleh pemimpin-pemimpin politik di negeri Kedah.

Dalam undang2 tanah Rizab Melayu di negeri Kedah juga tercatat bahawa kaum Siam juga boleh memiliki Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah. Ini bermakna kerajaan negeri Kedah mengiktiraf kaum minoriti Siam mempunyai hak sama rata dengan kaum Melayu.

Pada mulanya kaum Siam ini mempunyai 2 puak iaitu Siam Buddha dan Siam Islam. Siam Islam telah diserapkan sebagai Melayu Islam di negeri Kedah oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj semasa beliau bertugas sebagai Pegawai Kerajaan Negeri Kedah. Golongan ini dikenali sebagai 'Sam-sam' dan mereka diiktiraf sebagai kaum Bumiputera seperti kaum Melayu.

Sementara kaum Siam Buddha masih kekal dengan mengamalkan cara hidup, adat resam, kebudayaan dan agama asal mereka. Oleh kerana kaum Siam ni merupakan kaum minoriti maka ia tidak mempunyai kuasa penentu atau pendesak dalam urusan pengubalan perlembagaan di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan.

Di peringkat negeri, kerajaan telah mengubah dasar berkaitan tanah rizab Melayu iaitu kerajaan menetapkan kaum Siam boleh menjual tanah kepada kaum Melayu tetapi kaum Siam tidak boleh membeli tanah kaum Melayu. Inilah yang menjadi permasalahan dalam masyarakat Siam di mana tanah yang dimiliki semakin hari semakin kecil. Ini dapat menjelaskan bahawa hak-hak samarata antara kaum Siam dengan kaum Melayu mula ditarik balik sikit demi sedikit.

Ramai pemimpin politik dari bawah hingga ke peringkat Menteri selalu melaungkan Siam adalah Bumiputera tetapi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kaum Bumiputera telah dinafikan kepada kaum Siam seperti diskaun 5% pembelian rumah, lesen kontraktor kelas F, Sijil Kewangan dari kementerian kewangan, peluang ke IPTA dan sebagainya.


Kaum Siam diberi peluang melabur dalam ASN dan ASB adalah atas budibicara pemimpin politik ketika itu. Di mana pemimpin tersebut adalah ketua kaum Bumiputera yang mempunyai kuasa penentu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri. Tindakan memberi peluang kaum Siam melabur dalam ASB adalah untuk membantu meningkat taraf ekonomi kaum Siam yang masih mundur.


Bila dilihat dari segi politik pula, ketika itu UMNO mempunyai masalah dalaman sehingga UMNO pecah 2 dan wujudlah UMNO (baru) dan Parti Semangat 46. Untuk menarik sokongan rakyat terutama kaum minoriti Siam dalam pilihanraya Umum, maka kerajaan memberi kelonggaran kaum minoriti Siam melabur dalam saham ASB. Kaum Siam boleh melabur dalam ASB bukan bermaksud kaum Siam diiktiraf sebagai Bumiputera cuma atas dasar budibicara PM sahaja.

Di peringkat persekutuan pula, proses pengubalan undang-undang perlu dilakukan di Parlimen iaitu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh kerana, tiada seorang pun wakil rakyat dari kalangan kaum Siam maka kaum Siam tidak terlibat dalam pengubalan perlembagaan negara. Pihak ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat termasuk kaum minoriti Siam tidak cuba membawa suara kaum minoriti dalam pengubalan tersebut. Di mana pengubalan Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2) berkaitan taraf bumiputera tidak mengambil kira kaum minoriti Siam.

Pemimpin boleh melaungkan Siam adalah Bumiputera tetapi dalam bukti yang tercatit dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2) menunjukkan kaum Siam bukan Bumiputera. Sekiranya para pemimpin betul2 ingin membela masyarakat Siam di Malaysia kenapa mereka tidak bersuara dalam Parlimen supaya kaum minoriti Siam ini turut terbela.

Selagi tiada catitan hitam putih, selagi itulah masyarakat Siam Malaysia bukannya Bumiputera. Hak-hak kaum minoriti Siam di Malaysia telah diketepikan oleh kerajaan yang memerintah negara yang telah mencapai umur 53 tahun merdeka. Sampai bila masyarakat Siam diperbodohkan oleh kerajaan.


Ditulis oleh;

Manit a/l See Nam

Setiausaha Persatuan Siam Kedah.

Tarikh: 14 Jun 2010

11 comments:

  1. Saya di Tingkatan Satu, di sekolah Menengah Sungai Tiang, saya masih ingat lagi tentang bicara hangat" Orang Siam Bumiputera". Sekarang saya dah berumur 41 tahun dan telah menjelajah lebih kurang 30 negara untuk mencari rezeki. Selama tu lah orang-orang Siam masih menagih simpati dari kerajaan untuk menjadi "bumiputera". Dan saya berani katakan dalam 50 tahun yang akan datang....orang-orang siam akan menagih simpati untuk menjadi "bumiputera". Kesilapan yang saya lihat ialah bukan kerajaan, ahli politik atau pak-pak menteri tapi orang-orang Siam sendiri. Kita mempunyai mata untuk melihat, teliga untuk didengar DAN kenapa tidak orang-orang Siam tanya diri sendiri: APAKAH BEZANYA BUMIPUTERA dan BUKAN BUMIPUTERA di Malaysia? Status ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera di Malaysia? Masanya untuk orang-orang Siam maju ke hadapan..dan lupakan "bumiputera" dan tingkatkan ilmu sendiri, jangan berada dibawah tempurung dan melihat dunia ini dengan membuka besar mata, hati dan minda.

    ReplyDelete
  2. Saya agak setuju dengan Fuel Lee Power,, buatpa kita rugi masa mengejar benda yg tak akan dapat. Rugi masa dan tenaga. Sekiranya dapat, adakah kemajuan akan kita capai seperti bangsa-bangsa lain. Lebih baik kita tumpu kepada kemajuan bangsa kita sendiri. Kita ni kaum minoriti, kenalah berjuang cara minoriti. Kita tak ada kuasa mendesak utk kerajaan mengubahkan sesuatu dasar. Terimalah hakikat bahawa kita bukan Bumiputera mengikut perlembagaan Malaysia perkara 160 (2) walaupun kaum Siam berada di negara ini sejak turun temurun.

    Dulu lain sekarang dah lain.. Dulu org Siam boleh keluar masuk istana Sultan Kedah dengan bebas, la ni susah. Dulu anak-anak raja selalu lepak di kawasan wat Pdg Sera(mengikut cerita bekas ketua sami Kedah/Perlis). Keakraban tersebut dah hilang. Pihak istana dengan kaum Siam pun dah berjauhan. Kali terakhir Sultan Kedah bersama kaum Siam ialah di Dusun Durian Hujung Ceduk (Prai Dok) dekat Kg. Cina sekitar 1993 - 1994. Saya ada bersama ketika itu. En. Chok sebagai wakil Siam bersembang dgn Tuanku. Sebelum ini, setiap tahun bila tiba musim buah, org Siam akan membawa buah mengadap Tuanku Sultan. Pada kali terakhir tu, Sultan ingin datang makan durian di dusun. Itulah kali terakhir.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin mengucapan terima kasih kepada Fuel Less Power dan JST yang memberi pandangan dan ulasan berhubungan dengan status kaum kita(Siam). Bagi saya bukan soal masyarakat siam adalah golongan minoriti atau tidak.Sebagai rakyat/warganegara kita mempunyai hak dan keistimewaan tertentu dalam perlembagaan negara. Kita tidak boleh menidakkan hak kita dan cepat putus harapan bila menghadapi sesuatu isu. .Persoalan bumiputra masyarakat siam adalah satu delima bagi kita semua. Status tidak menentu. Pak menteri atau pemimpin-pemimpin politik secara terbuka menyatakan masyarakat adalah kaum bumiputra dan berhad mendapat hak-hak yang sama seperti status bumiputra lain. Pada masa yang ada pihak khusus pentadbiran kerajaan pula menafikannya dengan merujuk kepada perlembagaan Persekutuan perkara 16o. seperti ulasan yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru berhubung dengan kegagalan pelajar siam mendapat tempat di kolej Matrikulasi atau IPTA tentang status bukan bumiputra. Disinilah delima kaum kita. Lawmaker menyatakan kaum siam adalah bumiputra dan badan eksekutif menyatakan bukan. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini dalam delima. Ia merupakan satu isu yang sangat penting dan serius yang perlu kita sama-sama fikirkan dan harus mencari jalan untuk penyelesaian. Kalau boleh mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada kerajaan lebih-lebih lagi daripada YB Menteri berkaitan seperti Menteri di Jabatan Pernada Menteri. Kita semua tidak boleh berdiam diri dalam isu ini. Orang lain tidak akan membantu kita melainkan kita sendiri membantu masyarakatnya.

    ReplyDelete
  4. Buat masa kini, wakil-wakil rakyat sedang bersidang di Parlimen khususnya dalam perbahasan RMK 10. Marilah kita sama-sama pengikuti persidangan tersebut, hanyatilah mana-mana wakil rakyat samada pihak kerajaan mahupun pembangkang terutamanya kawasan parlimen yang mempunyai ramai masyarakat siam seperti Arau(Perlis0, Baling, Pendang, Padang Terap, Sik, Baling Padang Serai di Kedah, Pengkalan Hulu(Perak) dan Tumpat(Kelantan) membangkitkan isu-isu orang siam. Mereka hanya membangkitkan semasa kempen pilihanraya sahaja.

    ReplyDelete
  5. Contact la YB Datuk Seri Mohd Nazri diakan Penaung PSM dan juga menteri menjaga parlimen. Minta dia cakap dlm parlimen. Jgn berani kat luar je.

    ReplyDelete
  6. Saudara manit,
    Kalau boleh, minta YB Wakil Rakyat kawasan yang mewakili kawasan ramai kaum siam membangkitkan status bumiputra kaum siam yang dibangkit oleh YB Menteri, Di Jabatan Perdana Menteri baru-baru yang dinafikan oleh Pentadbiran Kementerian Pelajaran berkaitan isu kemasukan pelajar cemerlang siam di institusi Pengajian Tinggi di Parlimen

    ReplyDelete
  7. Kenapa kaum-kaum minoriti di Sabah dan Sarawak selalu mendapat perhatian..anda boleh sebut berapa nama etnik di Sabah dan Sarawak?? Yang kita tau Iban dan Kadazan... Tau tak yang Kelabit telinga panjang pun ada wakil berpangkat Menteri di peringkat persekutuan??Sesetengahnya kaum berjumlah tak sampai separuh siam kita...kenapa mereka mendapat perkatian????? minta JST cari jawapannya...

    ReplyDelete
  8. statistik adalah sangat penting sebagai maklumat untuk kajian atau bahan rujukan. Sehubungan itu, bilangan masyarakat siam sebanyak 60,000 orang yang disebut-sebut itu kalau tak salah angka ini diambil sejak Senator Dato' Charen Intracat menjadi Senator lagi (Tahun 2000) . Masyarakat siam perlu ditengok kembali angka tersebut. Sekiranya kita ambil mengiraan secara rambang kenaikan minima 2 % setahun, mungkin sekarang kita sudah mencecah 75,000 orang. Perkara ini kita semua perlu sama-sama ambil perhatian dan kalau boleh buat kajian terperinci supaya mendapatkan bilangan sebenar.Kita tidak mahu angka-angka yang ditonjolkan tidak releven lagi.

    ReplyDelete
  9. Anonymous.....satukan kaum kita(siam)dahulu kalau nak minta kerajaan tolong kita. 60k orang, kita dah berpecah belah, walaupun dikampung yang kecik, PSM, Belia Thai la, tu la , ni la.......Macamana kita nak bandingkan dengan orang Sarawak dan Sabah, sedangkan diaorang kaum majoriti (Iban , Bidayuh, Melanau dan Kadazan). Kita di Kedah, berap peratus?, Di Perlis berapa peratus? Mat Saleh kata , it is different ball game. Kalau nak banding...Mat Saleh kata Apple to Apple ... Pikiaq2 lah....

    ReplyDelete
  10. yg lepas2 asal hari dpt makan cukup

    ReplyDelete
  11. zz....dok pikir mcm ni le....yg org siam m'sia semakin pupus, convert kpd bangsa lain. tanah semakin dirampas, diberi kpd imgiran dr sumatera

    conclusionya,
    1. berjuang dgn apa cara skalipun utk dptkn taraf bumi sepenuhnya

    2. sampai masanya, perkuatkan bidang ekonomi tanpa bergtg kpd kerajaan...sbb nak dpt tender, kena convert

    skrg ada org yg memperjuangkan isu bumiputera dgn caranya tersendiri & dlm masa yg sama, x perlu bantuan kerjaan & big networking group spt org cina....

    ReplyDelete