Thursday, April 16, 2009

Isu jawatan Senator hangat semula.

Baru-baru ini, isu jawatan Senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam hangat semula. Cadangan perlantikan senator yang diserahkan kepada Pak Lah secara automatik terbatal setelah berlakunya peralihan kuasa kepimpinan Negara.

Calon-calon senator perlu bekerja keras untuk menyerahkan semula permohonan tersebut kepada Perdana Menteri baru. Sesiapa yang dicalonkan oleh Persatuan Federal, perlu rujuk balik kepada persatuan tersebut. Sesiapa yang dicalonkan oleh Persatuan Negeri juga perlu rujuk balik kepada persatuan negeri.

Sesiapa yang menggunakan memorundum perlu draf semula memorundum tersebut. Sesiapa yang menggunakan broker untuk mendapatkan tandatangan semua tok-tok Ketua, haruslah mendapatkan semula tandatangan tersebut. Sesiapa yang menggunakan orang yang berpengaruh haruslah rujuk semula kepada orang tersebut.

Saya selaku pemimpin dan pengasas PSK mengambil pendirian berkecuali dalam pemilihan jawatan Senator bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen.

Saya doakan kepada semua calon Senator, semoga berjaya.

2 comments:

  1. bodoh...parlimen takde senator lah

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak pasti, siapa bodoh. Parlimen ada 2 dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat terdiri daripada ahli-ahli parlimen yang menang pilihanraya. Manakala Dewan Negara terdiri daripada senator-senator yang dipilih oleh Agong. Maknanya Senator juga merupakan ahli di Parlimen.

    ReplyDelete