Wednesday, April 15, 2009

Pesta Songkran di Padang Pusing.

Sejak Ogos 2008, saya berpindah balik ke kampung halaman. Saya telah dinaikkan pangkat dan bertukar dari Perak ke Kedah. Setelah lama merantau lebih kurang 20 tahun di negeri orang, baru sekarang saya dapat balik ke kampung sendiri.

Saya tumpang di rumah orang tua iaitu rumah di mana saya dilahirkan. Semasa berada di kampung, saya nekad tidak mahu terlibat dalam apa-apa program di kampung sendiri. Saya khuatir ada orang tidak puashati, takut saya merebut jawatan. Maklum la jawatan JKKKP dan MKK ada gaji walaupun tak perlu bekerja keras.

Semasa AGM UMNO cawangan Padang Pusing diadakan pada tahun lepas, saya hadir sebagai pemerhati. Hanya sekadar ingin mengambil tahu hal-hal dalam kampung sendiri. Ini pun ada orang tak senang duduk.

Pada 11 April 2009 lepas, Wat Thamkhiriwong telah mengadakan Pesta Songkran 2009 peringkat negeri Kedah. Pihak konsul Thailand di Pulau Pinang membiayai peruntukan sebanyak RM25,000.00 dengan persetujuan kerajaan negeri Kedah kerana khuatir akan di dakwa mencampuri hal ehwal dalam negara asing.

En. Ong Lim selaku Pengerusi MKK Kg. Padang Pusing telah dipertanggungjawabkan sebagai Projek Manager. Bagi mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat Siam Kg. Padang Pusing beliau telah melantik semua pihak tak kira fahaman politik dalam jawatankuasa penganjur. Beliau juga mengajak saya untuk membantu beliau.

Pada mulanya saya enggan masuk campur kerana beberapa sebab antaranya ialah program tersebut melibatkan kerajaan negeri Kedah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sedangkan saya merupakan kakitangan kerajaan persekutuan. Kehadiran saya juga tidak disukai oleh puak baju kuning kerana kritikan saya terhadap puak "Alajji" yang mencemarkan agama Buddha melalui internet.

En. Ong Lim menasihat saya supaya jangan ambil kisah hal-hal begitu. Utamakan pembangunan kampung sendiri dahulu. Masyarakat kampung perlukan kita untuk membangunkan kampung halaman. Ini merupakan kampung kelahiran kita tanggungjawab kita bersama. Wat merupakan hak orang awam bukannya hak persendirian. Ketua-ketua dalam wat juga umur sebaya dengan kita sedangkan wat ini dibina sejak nenek moyang kita lagi.

Akhirnya saya mengalah dan bersetuju membantu. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengurus persembahan kebudayaan dan juga Stage Manager. Terdapat 3 persembahan kebudayaan iaitu Menora, Tarian Tradisional Siam dan Paluan Gendang Panjang. Semua pakaian atau costium persembahan adalah milik PEKEMAS antaranya 10 set pakaian tradisional Siam, 12 set pakaian gendang panjang termasuk 1 set gendang panjang dan 5 set pakaian Menora termasuk 1 set alat musik Menora.

Semasa majlis perasmian Pesta Songkran diadakan, saya sentiasa berada di atas pentas selaku Stage manager. Saya percaya ada orang yang tak senang hati terhadap penglibatan saya dalam program tersebut. Saya akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat kampung saya sendiri sekiranya perkhidmatan saya diperlukan.

Sebelum ini ada orang mengata, saya tidak diterima oleh orang-orang kampung saya sendiri. Ini merupakan satu pembohongan yang tidak berasas.

Untuk mendapat maklumat lengkap tentang Pesta Songkran, sila kunjungi website PEKEMAS. Maklumat di sini cuma luahan hati berdasarkan pengalaman saya sahaja.

5 comments:

  1. Pesta dan perayaan masyarakat siam penuh dengan warna warni dan nampak meriah.Diharap dengan adanya blog ini dapat menyebarkan kehadiran dan tanggapan positif masyarakat lain dimalaysia keatas masyarakat siam terutama di dua buah negeri di Malaysia yg terletak di Pulau Borneo. Sekalung tahniah kerana masyarakat minoriti ini masih dapat merayakan perayaan mereka.Teruskan perjuangan anda untuk memertabatkan kedudukan masyarakat siam ini di mata Malaysia.

    ReplyDelete
  2. dari dulu lagi,katanya pesta songkran dimasukkan dalam kalender kedah,mungkin seklinitr masyarakat kita terdengar ayat itu,tapi hampa skali sehingga kini belum berbuat apa2,cuma nak dengar pun perak di kampong tasek tapi itu pun khabar2 donggeng je...VIP siam harus buat sesuatu?.

    Regards

    ReplyDelete
  3. wartawan sinar skuad pendang terkeluar dari ranting...boleh tgk dlm web sinar,tiada wartawan dah kat daerah pendang selapas buat berita pas dtg wat siam,adakah sinar penang di burn mcm harakah ari tu.wakakakkkk

    ReplyDelete
  4. Tak baik fitnah orang... saya baru je call dia (wartawan sinar), dia best friend saya. Sekarang dia demam.. Katanya dalam web sinar tu maklumat lama ada nama Izlizan Othman, itu dulu sekarang dia bukannya Izlizan. Dia masih bertugas dalam Skuad Pendang namanya Cik Ku Noor Faizah, orang Jitra. Kesian kat dia..

    ReplyDelete
  5. kaum siam hruslah bersatu dan jmput saudra saudri dtg ke pesta songkran kg tasek..memandangkan perhubungan sesama bangsa smkin nipis...jdikan lah pesta songkran sbg seutas tali yg merangkaikan semula hati masyarkat siam di slruh malaysia supya dpt kembali mnjdi satu rumpun..

    ReplyDelete