Friday, April 3, 2009

Adik Tan Hui Ming didenda RM3.00

Adik Tan Hui Ming, berasal dari Kg. Chong, Sik, Kedah yang telah diculik oleh warga Myanmar pada 30.12.2008 telah berjaya ditemui di Myanmar oleh pihak berkuasa Myanmar. Sejak itu, adik Tan Hui Ming telah ditahan di Pusat Tahanan di Myanmar kerana kesalahan memasuki Myanmar tanpa dokumen perjalanan.

Dengan bantuan pihak Wisma Putra yang mengutus surat kepada pihak kerajaan Myanmar menjelaskan keadaan, maka adik Tan Hui Ming telah dikenakan denda sebanyak RM3.00. Adik Tan Hui Ming akan dibebaskan pada 6.4.2009 ini. Pihak wisma Putra telah memaklumkan perkara ini kepada ibubapanya.

Saya bagi pihak Persatuan Siam Kedah mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam menjayakan Misi Mencari dan Menyalamat Adik Tan Hui Ming. Walaupun pada mulanya kami dikecam hebat dengan kritikan pedas tetapi dengan kesabaran yang ada akhirnya misi ini berjaya.

No comments:

Post a Comment