Sunday, April 5, 2009

Pemimpin kita mengelupur kerana dituduh belot.

Dato' Badri Hj. Yunus sedang berbincang dengan kami di sebuah kedai makan di Pekan Bukit Selambau. Puan Yuni a/p Echeng sedang asyik mendengar luahan daripada Dato' Badri.

BUKIT SELAMBAU, 5 April 2009: Pagi ini saya bertemu dengan YBhg Dato' Badri Bin Hj. Yunus, Ketua Penerangan MUBARAK. Beliau pernah menjadi ADUN Bukit Selambau sejak 1986 - 1995 dan ADUN Tanjung Dawai pada 1995 - 1999. Bersama-sama dengan Dato' Badri ialah Puan Yuni a/p Echeng, Wanita parti GERAKAN.

Dato' Badri menceritakan kepada kami bahawa ada seorang pemimpin Siam mengadu kepada beliau mengatakan orang-orang Siam di Bukit Selambau cop dia sebagai pembelot. Sedangkan dia masih setia pada BN dan juga UMNO.

Dato' Badri tanya kepada saya, cerita sebenarnya macam mana? Saya jawab, saya tak berapa pasti cuma dengar daripada orang kampung sahaja.

Dulu semasa BN kecundang di Kedah, satu jawatankuasa Persatuan Pusat yang diketuai oleh Presidennya bertemu dengan YAB Menteri Besar Kedah. Gambar pertemuan mereka tersebar luas di dalam internet.

Saya juga dengar khabar, salah seorang pemimpin Siam di Bukit Selambau membawa YB Arumugam melawat kawasan sekitar Bukit Selambau. Memperkenalkan YB Arumugam sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah mewakili orang-orang Siam Kedah kepada penduduk Bukit Selambau.

Oh, begitu,, keluhan Dato' Badri. Memang la betul orang-orang Siam sini kata dia belot. Kita orang politik mesti la ada pendirian, mesti la ada kesetiaan terhadap parti dan pemimpin. Jangan jadi ular 2 kepala.

Bila BN menang kita kata kita orang BN. Bila BN kalah kita pulak beralih angin berpaut kepada pembangkang. Orang macam ini bahaya walaupun berada di dalam mana-mana parti.

Saya juga dapat call daripada En. Bau semalam, beliau memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Persatuan Federal. Beliau juga memaklumkan mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Persatuan Cawangan Bukit Selambau dengan serta-merta. Beliau mengakui telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya lagi, Presiden memaklumkan kepada beliau bahawa nama beliau, nama Ko Chu Liang dan nama saya ada dalam senarai polis SB.

Ini satu lagi tamparan hebat kepada Persatuan Federal, setelah cawangan KL dah dibubarkan dan akan diikuti cawangan Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, kembalilah amalan Demokrasi dalam persatuan kepada ahli-ahli Persatuan. Bulan April ini merupakan penggal terakhir bagi semua jawatan dalam Persatuan untuk tempoh 1 penggal 2 tahun. Benarkanlah masyarakat Siam memilih pemimpin Persatuan secara demokrasi sekiranya ingin menyatupadukan masyarakat kita di Malaysia.

No comments:

Post a Comment