Wednesday, July 7, 2010

Mengenang kisah lampau.


Kelmarin saya pergi ke Pejabat Penerangan Daerah Pendang untuk urusan Penubuhan Komuniti BESTARI Masyarakat Siam Pendang yg merupakan NGO di bawah Jabatan Penerangan Malaysia. Ini merupakan Komuniti BESTARI yang kedua yang saya tubuh selepas Komuniti BESTARI Mukim Belukar Semang di Kg. Tasek.

Pihak Ibupejabat Kuala Lumpur telah mengarahkan saya untuk mempercepatkan pembukaan akaun bank. Mereka nak masukkan peruntukan untuk tahun 2010 sebanyak RM7,500.00 untuk masyarakat Siam.

Saya bertolak dari pejabat di Alor Setar pergi ke Kg. Tok Set untuk berjumpa Nai Reang, Tok Ketua Kg. Tok Set selaku Pengerusi Komuniti BESTARI tersebut untuk mendapat senarai ahli jawatankuasa seramai 40 orang.

Lepas itu, saya pergilah ke Pejabat Penerangan Daerah Pendang untuk mendapat surat sokongan pembukaan akaun bank. Sambil saya menyiapkan beberapa dokumen kami pun bersembang tentang kisah lampau.

Tiba-tiba saya ditanya oleh salah seorang pegawai di situ, katanya "Kenapa saya dihalang untuk menjadi juruacara di majlis yg dianjurkan di kampung Siam". Terkejut juga saya mendengar pertanyaan tersebut. Saya pun minta penjelasan daripadanya lebih lanjut.

Kawan saya menceritakan bahawa pihak penganjur telah memohon perkhidmatan Juruacara daripada pejabat ini. Pihak jabatan merasakan saya lebih sesuai menjadi juruacara di majlis kampung Siam sebab saya adalah pegawai keturunan Siam yg lebih tahu tentang adat2 dan tatasusila dalam masyarakat Siam.

Tetapi pihak penganjur menegaskan jangan bagi saya jadi juruacara iaitu Program Pesta Songkran Peringkat Negeri 2007 di Kg. Tok Set yang dirasmikan oleh MB Kedah dan Program Rakan Muda Belia Siam di Kg. Padang Pusing pada tahun 2009 yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan.

Nampaknya ada juga orang macam ini. Kenapa mereka takut sangat apabila saya pegang microfon? Mereka usaha sedaya upaya untuk menghalang saya untuk lebih menonjol di dalam masyarakat Siam. Sebelum ini, mereka menghalang saya untuk balik ke negeri Kedah. Bila saya berjaya balik, mereka menghasut majikan saya pula sehingga saya dipanggil oleh majikan untuk memberi penjelasan.

Walau bagaimana pun, saya masih seperti dahulu.

8 comments:

  1. Bukan musuh tapi pemimpin kita sendiri yang takut kedudukan mereka tergugat kalau JST lebih menonjol. Oleh itu, hari2 la depa boh racun agar semua org benci sama JST. Kalau institusi sami, depa guna Cau Pat hasut golongan sami dan masyarakat Siam benci JST. Phutto Dhammo Sangkho...

    ReplyDelete
  2. Kalau takat pengacara/pengerusi majlis bukannya buleh ckp apa sgt....lain la kalau sebagai pemberi ucapan...so jgn dok kecik hati la...

    ReplyDelete
  3. Apa nak jadi dgn kamu JST oi...kadang2 rasa awak ni bagus..tapi kadang2 rasa awak ni macam gila posisi (ba tamneng).Buatlah yg baik untuk sangkhom Siam. Jgn dok tulis yg tak membina dlm blog awak... please...you ada talent...tapi gunakan dgn jujur dan ikhlas demi sangkhom Siam.

    Khon Thai wangdi

    ReplyDelete
  4. Hi,,Saya setuju dgn pendapat Khon Thai Wangdi di atas,,kenapa kebanyakan org ckp pasal benda2 buruk je pasal awak,mesti awak buat something yang tak kena atau menyakitkan hati org lain.Saya rasa awak study balik kenapa?Fikirkan balik dimana silapnya,awak ada talent..tp guna x kena tempat..Nasib baik org Siam kita ada akal fikiran,ada give and take,depa x kacau..

    sekarang Office Pekemas Kg Wat Pdg Peliang pun awak dah buat macam rumah sendiri..kenapa?Itu duit kerajaan utk bantu org Siam..awak selidiklah balik,kembali ke jln asal,kalu nak bantu org Siam kita buatlah cara ikhlas,betul,amanah,dan tak menyakitkan hati atau menyusahkan org lain..kita ni org Siam,jgn lupa yg org Siam & Sami Siam jugalah yg akan uruskan mayat kita nanti..

    Siam Wangdi

    ReplyDelete
  5. Teruskan bersuaralah JST, saya rasa anda dah berada dilandasan yang betul. Abaikan kritikan daripada Mha Wat atau Sami Parachik. Kami sentiasa bagi sokongan. Kalaulah kebanyakkan ketua kampung memilihkan anda sebagai Setiausaha PSK bermakna anda masih diterima dalam masyarakat Siam Kedah.

    ReplyDelete
  6. Anon July 16, Sami mana yang parachik tu?...Aku pun nak kenal juga......Nak tahu sami tu parachik dengan mak hang ke?......Pandangan yang melampau!!!

    ReplyDelete
  7. Jgn la gado-gado kat sini, malu kat org. Aku pon dengaq ada sami kat pekan ada itu pompuan simpanan.

    ReplyDelete