Tuesday, March 10, 2009

Bukan senang nak menyatupadukan masyarakat Siam yang berbeza ideologi politik..

Keahlian PSK terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan Kelab Penyokong PAS. PSK adalah salah satu NGO yang bertujuan untuk memaju dan menyatupadukan masyarakat Siam yang berpecah belah akibat perbezaan fahaman politik. Kami boleh duduk bersama untuk mesyuarat dan melakukan aktiviti kemasyarakatan. Ini menampakkan bahawa ada potensi untuk kita bersatu dan bersuara dengan satu nada mewakili masyarakat Siam melalui PSK tanpa mengambil kira ideologi politik masing-masing.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa PSK kali pertama telah memutuskan untuk mengadakan AGM buat kali pertama pada 13.3.2009 di Wat Padang Peliang. Saya selaku Pen. Setiausaha yang memainkan peranan dari mula hingga akhir dalam proses penubuhan PSK telah berjumpa dengan Ketua Sami Wat Padang Peliang untuk maklumkan tentang AGM tersebut. Saya juga telah menulis surat jemputan kepada YB Datuk Seri Mahdzir Khalid dan YB Suraya Yaacob dengan persetujuan Pengerusi PSK. Akhirnya kedua-dua YB tersebut dapat hadir, walaupun pada mulanya YB Datuk Seri Mahdzir Khalid dimaklumkan tidak dapat hadir.

Saya juga telah maklumkan kepada Ketua Sami wat tentang kehadiran VVIP tersebut. Saya meluahkan rasa bimbang saya kepada beliau tentang penerimaan Pengerusi MKK Padang Peliang terhadap kehadiran VVIP tersebut. Ketua Sami Wat minta saya berterus-terang dengan beliau terlebih dahulu. Apa pandangannya terhadap kehadiran VVIP kita bincang kemudian.

Dua hari lepas saya bersama kawan-kawan telah pergi berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras masyarakat Siam Pendang. Beliau tegaskan kepada saya, macam mana pun kena jemput Ketua UMNO bahagian Pendang sebab saya belum jemput kerana khuatir akan wujud masalah. Bila dengar ungkapan itu, saya terduduk tak terkata. Setahu saya, Pengerusi MKK Padang Peliang (bekas Ketua UMNO Caw) dengan Ketua UMNO Bahagian pernah bertikam lidah. Ketua UMNO Bahagian juga baru-baru ini tidak melantik Ketua UMNO Cawangan Kg. Cina sebagai JKKKP tetapi lantik orang lain.

Dengan perasaan tanggungjawab, semalam saya beranikan diri memaklumkan kepada Pengerusi MKK Padang Peliang tentang kehadiran VVIP dan juga cadangan nak jemput Ketua UMNO Bahagian. Beliau melenting dan macam-macam beliau membebel dengan saya. Saya seolah-olah dalam keadaan tersepit. Umpama luah mati pak telan mati mak. Bukan senang, nak menyatupadukan masyarakat Siam. Ramai orang menulis dalam internet terutama melalui forum PEKEMAS rata-ratanya nakkan masyarakat Siam bersatu tetapi berapa orang sangat yang berusaha ke arah itu.

Tambahan pula, ada pihak menghubungi Ketua Sami Wat agar jangan beri kerjasama kepada PSK. Ini merupakan satu lagi cabaran untuk kami berusaha membina satu lagi bangunan untuk masyarakat Siam berhimpun. Sebelum ini kami berjaya membina Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam yang akan dijadikan pejabat PSK dan PEKEMAS setelah berlakunya peristiwa di salah satu wat di daerah Sik suatu ketika dulu. Di mana pihak kami pernah meminta kebenaran pihak ketua sami wat menggunakan dewan wat untuk bermesyuarat. Ketua sami wat tersebut dihubungi seseorang alajji melarang jangan memberi kerjasama kepada pihak kami. Semasa kami sampai, seolah-olah wat tersebut tidak berpenghuni. Kami terpaksa teruskan mesyuarat di kawasan wat tersebut setelah kami bergotong-royong membersihkan sekolah bahasa Thai dalam wat tersebut. Tragedi ini seperti apa yang berlaku di DUN Perak baru-baru ini, apabila terpaksa bersidang di bawah pokok.

5 comments:

  1. Memang betul, sukar hendak menyatukan mereka yang berlainan ideologi termasuk orang Siam. Kerana ideologi manusia sanggup berperang, memerangi dan membunuh. Lihatlah di Kemboja pada era Khmer Rouge misalnya, jutaan nyawa melayang kerana perbezaan ideologi. PSK sudah berada di atas landasan yang betul, tetapi berapa panjang lantasan itu, keadaan dan masa menentukannya. Pendapat saya, kekalkan momentum "jalan tengah" hingga ke hujung landasan.

    ReplyDelete
  2. teruskan jgn putus asa,biar apa nak jadi asalkan kita ikhlas.

    ReplyDelete
  3. Biasalah saudara JST, orang SIAM ke bukan SIAM ke sama saja manusia ni.Ada nafsu, akal,pro dan kontra..
    Tekadkan usaha anda..,ingatlah kata orang tua-tua, BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JGN SEKALI.!

    ReplyDelete
  4. kdg2 sy rasa org kta ni bodoh pon ada...
    knp???????
    suka ikut cakap org...
    bl ada org susah2 utk majukan org kita..
    ada ja yg dengki.......
    sebab???nak kuasa...
    mcm la dgn politik skrg ni....
    senang ckp gla kuasa la...
    bkn nak pikir nak kepentingan bersama..nak senang sorang2 ja.....
    masuk syurga la senang org mcm ni..
    igt ckit kta ni xleh hidup lama...
    tp mcm mna dgn bangsa dan bangsa kta???
    nak ke trus dipijak ja..
    nak ke jd bangsa yg dikatakan bodoh?????

    mcm mana pon saya 'respect' dgn org yg bersusah payah utk memberi kta kesedaran tuk memajukan BANGSA kita.....syabas diucapkan.....

    ReplyDelete