Thursday, March 12, 2009

Habuan untuk pemimpin.

Semalam selepas balik dari pejabat, saya terus ke Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam untuk melihat ahli-ahli PEKEMAS berlatih gendang Menora. Inilah rutin saya hari-hari bila ada kelapangan.


Hinggakan anak ke 2 saya yang kurang sempurna ditinggalkan di Padang Pusing mencari saya sehingga berada ditengah-tengah jalan raya besar tanpa disedari emaknya. Dia tak hirau sesiapa walaupun lori datang, dia kaku di tengah-tengah line putih tak bergerak walaupun lori membunyikan hon. Sehingga ada orang kampung yang nampak, penik terus pergi tahan lori supaya berhenti. Mereka ajak anak saya balik dia tak mahu kecuali emak dan bapanya sahaja boleh pujuk dia. Tujuan utamanya hanya mencari bapanya.

Semasa di Pusat Kebudayaan, saya telah dimaklumkan oleh seorang ahli PEKEMAS berkaitan AGM PSK yang akan diadakan pada 13.3.2009 di Wat Padang Peliang, katanya.. ada orang cakap tujuan kami tubuh PSK adalah untuk kepentingan diri sendiri. Beliau tanya saya kenal tak orang itu.

Saya jawab kenal sebab dia merupakan seorang pegawai kanan dalam syarikat Telekomunikasi terkemuka. Sebelum ini dia pernah bertugas di Taiping dan Penang dan tumpang tidur dan makan nasi wat tapi tak pernah sumbang apa-apa kepada sangkhom.

Saya maklumkan kepada ahli saya bahawa penubuhan PSK umpama kita menebas hutan. Orang yang mula-mula menebas akan menghadapi bermacam-macam risiko seperti dimakan harimau, dipatuk ular, pijak duri, demam panas, dirasuk hantu dan sebagainya. Selepas tebas, barulah kita tanam. Lepas tanam kita akan menjaga, membaja dan sebagainya sehinggalah mengeluarkan hasil.

Bila dah keluar hasil maka kita nikmati hasil itu bersama. Jika orang yang mula-mula tebas tu menikmati hasilnya adakah ia wajar dikatakan untuk kepentingan diri sendiri. Itupun kalau mereka sempat. Kalau tak sempat maka hasil itu akan dinikmati oleh anak cucu kita dan seterusnya generasi akan datang. Adakah hasil itu kita beri kepada mereka yang cuba menghalang kita tebas dulu? Adakah kita beri hasil itu kepada mereka yang peluk tubuh tanpa melakukan apa-apa?

Jawapannya tidak, kita harus utamakan ahli kita dulu. Biarlah apa orang kata tujuan penubuhan PSK seperti kita tebas hutan untuk keselesaan di kemudian hari. Persoalan saya, bagaimana pula dikatakan untuk kepentingan umum? Bila kita tak ada NGO seperti PSK, bagaimana pula kita boleh berunding dengan kerajaan.

Tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan merupakan habuan untuk seseorang pemimpin. Sesiapa yang ingin menjadi pemimpin maka habuan ini tetap akan diberi walaupun kita tidak minta. Bersabarlah, bila kita mati nanti maka sumbangan kita akan dinilai jika kita ikhlas untuk membantu masyarakat. Nasihat dari Than Phem, semasa era kita, kita harus lakukan yang terbaik untuk masyarakat Siam. Era seterusnya biarlah generasi baru kita yang menentukannya pulak.

2 comments:

  1. Sabar dan buat sekadar yang mampu.
    Biarlah orang lain mengata, lakukan apa yang anda fikir betul kepada masyarakat.
    Jangan mudah putus asa dan kejayaan menanti anda.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan penubuhan PSK walaupun saya tak tahu apa tu PSK.Tapi saya agak kemungkinan besar Persatuan Siam Kedah.Tak salah kita ada banyak Persatuan untuk membantu kita.Tak perlu kita hanya bergantung kepada satu kumpulan atau golongan yang belum tentu berjaya.Contohnya PSM,selamat ini belum nampak hasilnya.Sekurang-kurang ROMTHAI yang diangkotai budak-budak pun nampak hasilnya juga.Carry on brother. Step by step.Hasilnya akan dapat juga akhirnya. Ibarat tanam pokok durian, ia menggambil masa yang panjang tetapi kalu betul caranya akan berbuah juga.

    Sawaddee

    Niran

    ReplyDelete