Wednesday, February 18, 2009

Misi mencari dan menyelamat adik Tan Hui Ming telah berjaya.

PSK telah berjaya menjalankan Misi Mencari dan Menyelamat adik Tan Hui Ming gadis Siam dari Kampung Chong, Sik, Kedah yang telah diculik oleh warga Myanmar sejak 30.12.2008. Mangsa telah berjaya ditemui di Myanmar manakala suspek telah ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar.

Dua hari lepas, pihak Wisma Putra Kuala Lumpur telah menghubungi bapa mangsa. Bapa mangsa telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapat maklumat lanjut. Saya dimaklumkan bahawa mereka telah berjaya menemui adik Tan Hui Ming dan dalam usaha untuk ektradisi balik ke Malaysia.

Bapa mangsa akan pergi ke Myanmar dalam waktu terdekat setelah semua dokumen dan prosedur telah siap. Saya juga difahamkan bahawa pihak YBhg. Datuk Abdul Azeez, Ketua Sekretariat Penyelamat Pemuda UMNO Malaysia akan membantu dalam perkara ini termasuk semua kos perbelanjaan.

2 comments:

  1. betul ke kau nih?...apa pula dicuri sejak 30.12.2009...Disember belum sampai lagi abang oi..

    peka

    ReplyDelete
  2. Sangat berharaplah adek THM dibawa balek kepangkuan keluarga dan kampung halamannya..kesian, dia terlalu muda dan maseh mentah lagi!

    ReplyDelete