Tuesday, February 24, 2009

Komen face to face mengenai forum website.

Semalam saya bersama orang tua saya mengedar surat jemputan ke majlis perkahwinan adik saya kepada saudara mara. Kami mengambil keputusan untuk ke kampung jauh dahulu iaitu Kg. Tas, Pegang, Baling dan Tasek.

Setibanya saya di Kg. Tasek, saya pun pergi la satu per satu ke rumah saudara mara saya termasuk rumah Tok Penghulu Mukim Belukar Semang. Setibanya di rumah Tok Ketua Kampung Kerajaan PR, kami dijemput untuk minum dulu. Maklumlah dah lama isteri tuan rumah tak berjumpa dengan saudaranya dari Kg. Padang Pusing. Sementara si suaminya memang saya dah lama kenal sejak sebelum saya bertugas di daerah Pengkalan Hulu lagi.

Kami pun bersembanglah bab-bab politik. Maklumlah dia juga orang politik setelah pencen sebagai guru besar. Beliau dilantik jadi JKKK kerajaan PR di Perak. Maka sembang pi sembang mai, dia mulalah komen bab forum dalam internet. Beliau maklum kepada saya bahawa beliau pernah baca komen dalam forum tersebut. Beliau menyatakan perasaan tak puashati tentang komen sesetengah ahli forumer yang tak mementingkan kesannya terhadap masyarakat kita. Saya tanya, ahli forumer mana yang beliau cukup tak puashati. Saya rasa beliau juga tak puashati dengan saya tapi segan nak cakap di hadapan saya.

Lalu beliau menjawab, beliau cukup tak puashati cara ahli forumer yang bernama Pek Lai komen melalui forum. Tambah beliau lagi, Pek Lai tu rasanya orang dari Perlis. Saya dengan rasa gatai mulut lalu memberitahu secara selamba, Pek Lai tu orang Kg. Tasek. Beliau terkejut dan tanya saya lagi, siapa Pek Lai. Saya gatai mulut lagi, lalu menjawab Pek Lai tu anak tuan la. Akhirnya kami tukar topik perbincangan. Oleh kerana hari semakin gelap maka saya pun minta diri untuk pulang ke Padang Pusing.

1 comment:

  1. I agree with your point. Nowsdays really too tired of these kind of political dramatics,i would really think dissolve and re-vote the best way to show khonthai's choice.haha kena mkn dia la mcm tu,tak kira apa saja idealogi atau fahaman politik yg kita bawa,yg penting komuniti kita mestilah bersatu.....

    http://hinghoi.blogspot.com/

    ReplyDelete