Friday, February 13, 2009

Siapakah layak, digelar pemimpin belia Siam?

Pada 6.2.2009 YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah merasmikan Program Pelancaran Rakan Muda Kg. Etnik Siam di Wat Padang Pusing. Dalam majlis tersebut YB Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan Sijil Pendaftaran Persatuan Belia Siam Malaysia kepada wakilnya.

Semalam, seorang Jawatankuasa Penaja PBSM menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang program penyerahan sijil pendaftaran PBSM di Wat Padang Pusing. Mereka juga mendakwa bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin federal. Pemimpin Federal telah mewakilkan Bendahari Agungnya menerima sijil itu daripada YB Menteri Belia dan Sukan agar kepimpinan belia Siam berada dibawah pengaruh mereka.

Tujuan sebenar kepimpinan PBSM baru adalah membantu aktiviti Ruamthai untuk menganjurkan seminar tetapi telah dirampas oleh ahli politik. Dengan peruntukan RM30,000 setahun akan memudahkan Ruamthai menganjurkan Seminar tahunannya tanpa perlu minta derma daripada mana-mana pihak. Kebanyakkan Jawatankuasa Penaja PBSM adalah bekas ahli Ruamthai yang bermesyuarat di Kg. Olak Madu. Sekarang mereka hanya boneka sahaja.

Saya dah berundur daripada pergerakan belia. Golongan seterusnya haruslah berani bersuara, jangan biarkan pihak yang berkepentingan mempergunakan belia Siam hari ini.

6 comments:

  1. Huh..betul ke nie? kenapa budak2 ruamthai masih tak tau pasal ni?

    ReplyDelete
  2. Tanya P' Sutam bekas ahli Ruamthai fasa 1. Mungkin dia Pengerusi Penaja PBSM.

    ReplyDelete
  3. yang sudah berundur tu menyibuk apsal...
    biar lah presiden psm yang uruskan.
    u pun dulu presiden belia tetapi tibe2 je
    tutup belia tanpa beritahu cawangan yang
    berusaha utk belia kg masing2.

    ReplyDelete
  4. betul..............ke
    la macam mana boleh jadik
    macam itu. takkan dia tak
    wariskan belianya untuk adik2
    dibelakang.....nasib baik ada
    yb siew chun presiden PSM
    yang prihatin terhadap belia
    yang ada.

    ReplyDelete
  5. ye la...selfish juga la presiden
    PBTM yang lepas. Adik2 ruanthai
    tolong fikir yang positif ok...
    At kalau i, mesti i lantik dan
    train presiden PBTM yang baru untuk
    ganti i, ini tidak terus set port
    lain...............huh..huh,,,,
    pekemas pun harus waspada lah kalau
    macam tu................

    from positif thinker
    tq

    ReplyDelete
  6. betul ke macam tu. siapakah presiden persatuan beliathai yang dahulu. bukan ABANG MANIT yang tubuh pekemas tu kan? ataupun memang dia? klau macam itu ABANG MANIT ni ada something wrong lah.................

    ReplyDelete