Monday, August 24, 2009

Majlis penyerahan bantuan kepada mangsa bencana ribut.

PSK akan menyertai Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa bencana ribut di Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah pada 26 Ogos 2009 jam 9.00 pagi. Semua pemimpin masyarakat Siam negeri Kedah dijemput hadir beramai-ramai.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan YB En. Tajudin Bin Abdullah, ADUN Belantek dan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

Pada 6 September 2009, pihak Majlis Sami Negeri Kedah (khanaksong) akan mengadakan Majlis "Thod Phapa Samagghi" untuk mendapatkan dana membantu mangsa yang terlibat.

1 comment:

  1. d harapkan sumbangan semusa pihak akan dapat meringankan beban mangsa2 tersebut...

    ReplyDelete