Thursday, August 27, 2009

Kerajaan Persekutuan juga tak pinggirkan orang-orang Siam.

Majlis Penyerahan Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada mangsa ribut Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah pada 26 Ogos 2009. Duduk dari kiri En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi PSK, YB Tajudin Abdullah, ADUN Belantek, YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Pegawai KEDA dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi PSK sedang menyampaikan ucapan alu-aluan bagi mewakili masyarakat Siam.

YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri Kedah sedang menyampaikan ucapan beliau. Berdiri di belakang beliau ialah En. Chiang, Pengerusi JKKKP Kg. Chong.

Orang ramai yang menghadiri majlis tersebut termasuk orang-orang Melayu yg juga terlibat dengan bencana ribut. Lebih kurang 200 orang hadiri.

Orang ramai yang menghadiri majlis tersebut termasuk orang-orang Melayu yg juga terlibat dengan bencana ribut. Lebih kurang 200 orang hadiri.
YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sedang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa ribut Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah. Sejumlah RM8,600 daripada JKM dan RM1,000 sumbangan peribadi beliau kepada tabung bencana yang dipegang oleh En. Prasert. Sumbangan ini tidak termasuk peruntukan 5 buah rumah baru bernilai RM33 ribu sebuah dan kos memperbaiki rumah-rumah yang selebihnya. Dianggarkan lebih daripada RM100 ribu.


En. Chiang, Pengerusi JKKP Kg. Chong menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada penduduk Kg. Chong kepada mangsa ribut melalui YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah.

En. Nai Anek a/l Ai Nam, Pengerusi JKKKP Kg. Kalai menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada orang-orang Kg. Kalai kepada mangsa ribut melalui YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah.


Sidang media yang dilakukan oleh YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah selepas melawat kawasan yang terlibat dengan bencana tersebut.

4 comments:

  1. awat orang yang hang begambaq semua kalah?

    ReplyDelete
  2. Bagus tu Khun Manit info tentang masyarakat kita yang mendapat kesusahan tidak diabaikan hak kebajikan mereka oleh kerajaan persekutuan.

    Bagaimana pula dengan PR terutamanya Kerajaan Negeri Kedah.Saya tak percaya tidak ada bantuan dari kerajaan Negeri.

    Harap K Manit dapatkan info klu ada hebahkan juga dalam blog khun.

    Sekurang kurangnya dapatlah kita semua tahu apa YB yang bertanggung jawab hal ehwal Orang Siam dan AJK Penyelaras hal ehwal Orang Siam Kedah berikhtiar dan dah lakukan.
    Terima Kaseh.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ada Anon 11:50Am sekoq ni dapat menghidupkan suasana ceria dlm blog ni. Nasihat saya cari la ide bagus sikit nak komen pun. Jgn tunjuk kita ni bodo.

    Kpd Lo mo so pulak, mungkin kerajaan negeri juga akan beri dana kpd semua ketua sami2 di Kedah pd 25 September ni.

    ReplyDelete
  4. Saya kenal benar YB Tajuddin Adun Belantik tu.Dia tu class mate saya sewaktu di Sekolah Menengah Sik dulu.Dia seorang YB yang bagus walaupun menjadi pembangkang dalam kerajaan negeri.Beliau nampaknya rajin turun padang membantu masyarakat tak kira bangsa.Dalam kawasan beliau terdapat ramai orang Siam.Saya harap orang-orang Siam dapat memberi sokongan kepada beliau. TAHNIAH KEPADA PSK,TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.

    ReplyDelete