Monday, August 17, 2009

PSK menarik diri daripada Jawatankuasa Khonthai.

Sebelum ini PSK bercadang menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Orang-orang Siam Kedah untuk memudahkan pihak PSK menyuarakan permasalahan masyarakat Siam Kedah kepada pihak kerajaan negeri terutamanya berkaitan pemilikan tanah rizab melayu di Kedah.

Bila saya teliti senarai nama jawatakuasa yang terdapat dalam surat jemputan mesyuarat, rasanya senarai nama ahli Jawatankuasa yang dilantik sudah cukup ramai untuk mewakili masyarakat Siam Kedah.

Setelah berbincang di kalangan pemimpin tertinggi PSK, maka kami mengambil keputusan menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa tersebut di bawah Kerajaan Negeri Kedah. Seterusnya pihak PSK akan berusaha untuk mendapat saluran lain bagi menyuarakan pandangan masyarakat Siam Kedah iaitu melalui Kerajaan Persekutuan di negeri Kedah.

Saya akan membawa usul ini ke Mesyuarat Jawatakuasa PSK akan datang untuk mencadangkan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

4 comments:

  1. Apa ni PSK? cepatnya merajuk! org Praimai dah kata.... jangan pentingkan diri sendiri atau individu tetapi pentingkanlah BANGSA kita iaitu bangsa SIAM.Kalau betul pejuang bangsa Siam,tak tersenarai pun kita masih boleh berjuang untuk bangsa Siam.Mana letaknya pendirian dan semangat semua pemimpin PSK????Inikan penjuang bangsa???

    ReplyDelete
  2. Saya tak faham langsung apa Khun Anon 3:15 komen. Bila pula merajuk.. Ish.. kira hentam je tak tengok kiri kanan. Org PSM dah 23 org dalam kerajaan negeri.. PSK juga dijemput tapi tarik diri. PSK pi join dengan BN dalam kerajaan persekutuan la pulak. 23 orang dah cukup. Takkan asyik dok dalam satu lubuk, apa pun takleh buat. Semangat dan pendirian PSK masih kental, tak mudah digugat.

    ReplyDelete
  3. Kalau PSM dah masuk ketiak PAS, eloklah PSK kekal di bawah ketiak Umno.

    ReplyDelete
  4. memang bijak tindakan PSK..sekurang2nya kita ada 2 saluran antara kerajaan negeri dan persekutuan selepas ini...kepada khun anon berfikaranlah terbuka..ingat sambil menyelam sambil minum air bukan nya asyik fkir dari 1 sudut je....

    ReplyDelete