Sunday, August 16, 2009

Persembahan Gendang Panjang pada 15 Ogos 2009.

Kumpulan Gendang Panjang PEKEMAS sedang berlatih dan membuat persiapan untuk mengadakan persembahan di Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kedah oleh YAB Menteri Besar Perak di Simpang Empat, Kedah.

Pasukan Gendang Panjang PEKEMAS bergabung dengan gendang silat dan gendang India sedang membuat persembahan sementara menunggu ketibaan YAB Menteri Besar Perak.

Kumpulan Gendang Panjang PEKEMAS sedang membuat persembahan menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Perak yang diiringi oleh Datuk Latt Shariman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang juga merupakan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YAB Perdana Menteri.


Setelah selesai program di Kuala Kedah, kami bertolak pula ke Pedu di Majlis Pertandingan Rakit sempena Program Merakyatkan Seni. Tujuan kami adalah untuk menyokong (Kong Chia) kumpulan rakit Kg. Lamdin yang masuk bertanding. Seramai 20 kumpulan masuk bertanding, kumpulan Kg. Lamdin merupakan kumpulan tunggal mewakili masyarakat Siam daerah Padang Terap. Kami membuat persembahan gendang panjang menyambut ketibaan kumpulan rakit Kg. Lamdin di garisan penamat.

Kumpulan rakit Kg. Lamdin diuruskan oleh Sdr. Tang Edam yang juga merupakan Bendahari PSK. Kumpulan rakit Kg. Lamdin mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Sementara Johan dimenangi oleh kumpulan tentera. (gambar di atas ialah kumpulan rakit Kg. lamdin).

No comments:

Post a Comment