Thursday, February 4, 2010

Peguam panggil saya utk bincang kes tanah Kg. Dangsing.

Tadi saya telah dipanggil oleh seorang peguam. Beliau adalah peguam kepada tuan tanah dan merupakan isteri kepada Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Kedah. beliau berunding dengan saya kes tanah tu. Beliau kata nak bawa kes ini ke mahkamah. Macam2 dia goreng kat saya. Saya kata simple je, lebih baik kita bincang di mahkamah. Saya kata lagi saya tak percaya peguam, peguam banyak putar belit utk membantu pelanggannya.

Dia kata nak selesai cara baik tanpa perlu pergi mahkamah. Minta saya bincang dgn org kampung utk beli tanah tu dengan harga semasa. Saya kata org kg memang sedia berbincang tapi tuan tanah tak mau berbincang nak heboh dalam paper, nak tuntut harga gila2. Dia kata org kampung salah ceroboh tanah org. Saya kata kamu masuk sebelah pelanggan memang org kg saya salah. Tapi bagi saya org kampung saya tak bersalah kerana mereka di arah oleh pihak kerajaan semasa darurat. Last2 dia minta saya buat surat drp PSK kepada Kerajaan negeri minta penempatan baru kepada org kampung Padang Pusing dan juga minta kerajaan negeri beli tanah tu utk orang Kg. padang pusing. Dia suruh saya pi jumpa YB Manikumar. Saya kata selagi Manikumar tak bayar hutang saya semasa program di Wat Titi Akar, saya tak akan jumpa dia.

Dia masuk nama saya sebagai wakil org kampung padang pusing utk selesai kes ini. Selepas itu saya contact peguam (kawan saya), dia suruh saya maklum kpd org kampung jangan pindah. Dia kata ikut undang2 tanah tu dia punya tapi rumah kita punya. Nilai tanah RM70,000 je tapi nilai rumah anggaran RM200,000 X 22 keluarga dah berapa. Mahkamah akan arah kita serah balik tanah tu kepada tuannya dengan syarat tuan tanah kena bayar pampasan kepada tuan punya rumah.

Apa kita nak buat? Sila bagi pandangan.

1 comment:

  1. Sorry, mungkin lambat baca isu ini. Kalau nilai tanah RM 70,000 dibahagi dengan 22 buah rumah = Satu rumah kena bayar RM3181.81. Saya rasa kalau tuan tanah mahu lebih, satu rumah bagi jer RM5,000 (1250Kg getah sekerap) = RM 5,000 x 22 = RM 110,000. Maka tuan tanah dah dapat lebih dari nilai tanah, manakala 22 isi rumah itu boleh mendapatkan 1250kg getah sekerap dalam masa sebulan ke 2 bulan sahaja (andaian RM 4/kg). Tuan tanah pun tak teraniaya, tuan rumah pula dapat hidup dengan aman dan tidak mengambil hak orang lain. Win win situation lah kot..:-)

    bbbbbb

    ReplyDelete