Thursday, September 17, 2009

Pesta Rakit Berhias Kg. Pong.

Masyarakat Siam Kg. Pong, Pengkalan Hulu, Perak akan menganjurkan Pesta Rakit Berhias dalam sungai di Kg. Pong pada 10.10.2009 ini.

Kg. Pong merupakan sebuah perkampungan Siam yang berada jauh dalam hutan tebal di negeri Perak. Than Sook merupakan ketua sami di Samnaksong Kg. Pong yang berasal dari negeri Kelantan. Beliau tinggal di dalam gua seperti orang zaman batu. Beliau merupakan sami senior daripada Thanbun, Wat Uttamaram, Kg. Teresek, Repek, Kelantan.

Beliau suka tinggal di kampung tersebut kerana suasana aman dan bebas daripada unsur-unsur kilesa. Beliau tidak pernah memiliki duit walaupun sesen. Semua keperluan diuruskan oleh Jawatankuasa Wat. Beliau hanya mempunyai dhamma dalam dirinya. Ramai anak murid beliau datang dari seluruh Malaysia untuk belajar agama daripada beliau.

Marilah kita beramai-ramai kunjungi Kg. Pong untuk sama-sama memeriahkan Pesta Rakit Berhias di Kg. Pong pada 10.10.2009 (sabtu) depan.

Aturcara majlis
9.10.2009
5.00 petang - Perarakan pokok duit untuk majlis Thod Phapa.
8.00 malam - Joget orang asli + joget orang Siam.

10.10.2009
7.00 pagi - sarapan pagi.
8.00 pagi - Perarakan patung Buddha dari samnaksong ke gua tempat penginapan Ketua Sami.
9.00 pagi - Pesta Rakit Berhias (fasa 1) bermula dari depan gua ke samnaksong.
11.00 pagi - Pesta Rakit Berhias berhenti di hadapan Samnaksong untuk majlis Thod Phapa dan makan tengahari.
2.00 petang - Pesta Rakit Berhias (fasa 2) bermula dari samnaksong ke gua keramat.
4.00 petang - Pesta Rakit Berhias (fasa 3) bermula dari gua keramat ke samnaksong.
5.00 petang - Pesta tersebut selesai.

2 comments:

  1. Ini sami contoh, tak pegang duit, hidup terpencil, tak bergaul dengan benda-benda yang boleh datangkan kilesa. Respek sami macam ni tak rugi walaupun tak ada gelaran Phra Kru atau Chau Khun. "Tambun" dengan sami ada "sila" (phu mi sin) dapat "bun" berganda!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.

    p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community

    ReplyDelete