Thursday, September 3, 2009

Majlis Thod Phapa Samagghi di Wat Batu Seketul.

Pihak Majlis Sami Negeri Kedah (Khanaksong) akan mengadakan Majlis "Thod Phapa Samagghi" di Wat Batu Seketul, Sik, Kedah pada 6 September 2009 jam 9.00 pagi. Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul sumbangan daripada penganut agama Buddha seluruh negeri Kedah bagi membantu masyarakat Siam Kg. Batu Seketul yang dilanda ribut pada 19 Ogos lalu.

Keseluruhan wat dan kampung rosak teruk. Oleh itu, marilah kita ramai-ramai menghadirkan diri ke majlis tersebut. Bersama-sama kita memberi sumbangan bagi meringankan beban masyarakat kita yang dilanda bencana. Saya tidak dapat hadir pada hari itu kerana ada tugas penting di pejabat. Kepada sesiapa yang hadir, sampaikanlah salam saya kepada semua.

No comments:

Post a Comment