Thursday, July 1, 2010

Penjelasan JPN tentang istilah bangsa Siam/Thai.

Kepada: xxxxxx@tm.net.my
Daripada: raslina@jpn@jpn.gov.my
Salinan kepada: mohdazmin@jpn.gov.my dan pro@jpn.gov.my
Tarikh: 30 Jun 2010 (Rabu) jam 10:55 am

Tajuk: Pertanyaan perbezaan 'Siam dan 'Thai' dalam kategori bangsa di dalam Surat Beranak.

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman tuan, keturunan siam bermaksud keturunan Thailand yang ibu bapanya dilahirkan di Malaysia manakala keturunan Thai adalah ibu bapanya pemegang passport Thailand dan lahir di Thailand. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan ingin menukar keturunan anak tuan mengikut keturunan tuan dan isteri, tuan boleh memohon cabutan sijil kelahiran yang baru dengan keturunan siam di JPN berhampiran.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.
Raslina bt Yahya
Penolong Pengarah
Bhg. Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Jabatan Pendaftaran Negara
DL : +603-8880 7835
Fax : +603-8880 7870
Email : raslina@jpn.gov.my

4 comments:

  1. Untuk makluman tuan, keturunan siam bermaksud keturunan Thailand yang ibu bapanya dilahirkan di Malaysia manakala keturunan Thai adalah ibu bapanya pemegang passport Thailand dan lahir di Thailand....

    ...penjelasan yang x jelas...anak buah aku yang baru lahir..mak bapak dia warganegara malaysia tapi ruangan keturunan dlm sb ialah thai..yg Thais plk lagu mana?

    ReplyDelete
  2. kawe raso samo jah... ape kate law korg soh die bw sb anak die tu pi jpn. snang je!!!

    ReplyDelete
  3. Siam atau Thai tak ada masalah sebenarnya.Walaupun dalam sijil kelahiran tercatat keturunan Thai,saya tidak menghadapi sebarang masalah pun semasa mendaftar anak di sekolah dan memohon kad pengenalan anak.Di dalam sijil kelahiran anak kita ada ruangan maklumat ibu bapa yang membuktikan kita ini warganegara.Tidak ada pihak yang boleh mempertikaikan status kewarganegaraan anak kita hanya kerana dalan sijil kelahiran anak kita tercatat keturunan thai atau siam

    ReplyDelete
  4. yang kawe peliknya...siapa la yang pandai-andai main tukar dari siam yang dah berkurun kita guna ni kepada thai?????apakah jadahnye semua ini????

    ReplyDelete