Sunday, November 8, 2009

Melawat Konti Bang Sa Mo di Nathawi, Thailand.

Pada 4 Nov 2009, saya bersama keluarga telah pergi melancong di Nathawi, Thailand. Kami melawat bilik konti radio FM102 milik Bang Sa Mo di pekan Nathawi. Nama sebenarnya Bang Sa Mo ialah Mr. Loh Chehim merupakan pemilik Sa Mo Media yang mempunyai stesen radionya sendiri. Beliau amat popular sekali di kalangan pendengar daripada masyarakat Siam di Kedah.

Saya juga tertarik dengan kehebatan beliau dan ingin datang melihat sendiri bagaimana beliau mengendalikan stesen radio tersebut. Beliau mempunyai rangkaian Samo Shop di Pekan Nathawi, Pekan Chanak dan Bandar Hadyai. Beliau juga memiliki Resort di Hadyai.

Tujuan saya ke Nathawi adalah bertujuan untuk berbincang dengan jurulatih tarian tradisional Thai untuk melatih penari-penari pekemas. Jurulatih tersebut adalah cadangan daripada salah seorang DJ radio Bang Sa Mo iaitu DJ Lung In Thong. Kami bermalam di rumah Bang Sa Mo.

Bang Sa Mo sedang mengendalikan rancangan Radio FM102 Mhz, daerah Nathawi. Beliau seorang yang baik hati dan amat mesra dengan kami. Sebelum ini, saya hanya guna nama beliau sebagai Nick Name dalam forum beliathai. Tak disangka, sekarang saya betul-betul dapat berkenalan dengan beliau sekeluarga.

Ini adalah DJ Lung In Thong. Beliau sedang melayan karenah peminat melalui telefon on-air. Beliau juga seorang yang baik hati dan mesra. Beliau juga telah membawa saya melawat di kawasan pekan Nathawi dan minum di sebuah restoren pelanggannya (customer iklan). Kami berkaraoke sampai jam 3.00 pagi, dia yang menyanyi bukan saya, heheheheee.


Gambar kenangan bersama-sama anak-anak saya di bilik konti Bang Sa Mo FM102 Mhz.

No comments:

Post a Comment