Tuesday, November 17, 2009

Melawat kawasan banjir bersama Bang Sa Mo di Nathawi, Thailand.

Pada 4 November 2009, saya bersama keluarga telah pergi melawat Stesen Radio FM102MHz milik Bang Sa Mo. Tujuan asal kami hanya pergi sehari semalam untuk berbincang dengan jurulatih tarian bagi melatih penari-penari Pekemas. Oleh kerana hujan lebat pada sebelah malam maka kami tersangkut dengan kejadian banjir di daerah Nathawi. Selama 4 hari 4 malam, saya sekeluarga bermalam di rumah Bang Sa Mo.


Saya bersama Bang Sa Mo menaiki kenderaan pacuan 4 roda melawat kawasan banjir di sekitar daerah Nathawi, Thailand. Saya dapat pengalaman baru, bagaimana cara-cara pihak kerajaan Thailand mengatasi masalah banjir di negara mereka.
Bang Sa Mo sedang merakam video cam kejadian banjir di salah sebuah kampung di daerah Nathawi sebagai bahan beritanya. Boleh dikatakan semua orang di daerah Nathawi mengenali Bang Sa Mo lebih daripada wakil rakyat.
Menurut Bang Sa Mo, kejadian banjir kali ini adalah paling buruk sekali dalam sejarah daerah Nathawi. Tempat yang tidak pernah banjir pun tenggelam. Ini adalah kerana projek pembangunan di daerah ini tidak memikirkan soal perparitan sehingga menyekat pengaliran air yang datang mendadak.
Bang Sa Mo sedang menghubungi DJ yang berada di bilik konti untuk menyampaikan maklumat secara langsung kepada pendengar FM102MHz miliknya. Beliau juga mudah mendapatkan sumbangan daripada pihak swasta untuk membantu mangsa banjir. Di samping mendapat sumbangan, Bang Sa Mo dapat mempromosikan syarikat mereka melalui stesen radionya tanpa bayaran.

No comments:

Post a Comment