Monday, November 9, 2009

Melawat Terowong Komunis di Thailand.

Pada 5.11.2009, saya bersama keluarga telah pergi melawat terowong komunis daripada Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Chin Peng di Phukhau Nam Khang (Gunung Embon), Daerah Nathawi, Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. Kami ditemani oleh Phi Chot, Pegawai Polis Sempadan Thailand.

Phi Chot memaklumkan kepada kami bahawa penduduk di sekitar adalah bekas ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) dan keluarga yang berasal daripada Malaysia. Kebanyakkannya berketurunan cina. Mereka cukup benci kepada orang Malaysia. Sekiranya mereka tahu kami adalah orang Malaysia maka mereka akan mengenakan tiket masuk ke dalam terowong tersebut sebanyak RM12 seorang. Sementara orang lain mereka dikenakan tiket sebanyak RM2 seorang sahaja.

Saya bersama 2 orang anak lelaki saya berdiri di hadapan pintu masuk terowong.

Isteri saya sedang mendukung anak bongsu semasa berjalan dalam terowong bawah tanah.


Lebih kurang 50 meter berjalan dalam terowong, kami terpaksa menaiki tangga yang dibina dalam terowong yang jauhnya sekitar 100 meter. Letih bukan main...


Anak-anak saya sedang melihat gambar-gambar lama yang dipamerkan di bilik mesyuarat dalam terowong.


Ini adalah bilik mesyuarat dalam terowong yang boleh memuatkan lebih kurang 30 orang anggota komunis.


Ini adalah bilik telegram untuk menerima maklumat daripada luar.


Ini adalah gambar lama yang dipamerkan dalam terowong.


Anak ke 2 saya, berada di kawasan latihan senjata api di dalam terowong.


Ini adalah bilik kawalan. Menurut Phi Chot, dalam terowong tersebut juga terdapat tempat latihan menaiki motor dan mempunyai 16 pintu keluar. Di atas puncak gunung terdapat padang bola, dapur, tandas, rumah ketua, bilik pengantin taraf 5 bintang (nama bilik) dan bermacam-macam lagi. Memang saya kagum dengan kegigihan pasukan komunis membina terowong ini tanpa sebarang upah. Kebanyakkannya melakukan kerja2 ini atas semangat perjuangan yang tinggi. Kebanyakkan tanah-tanah hasil mengorek terowong ini di bawa ke dalam sungai supaya tidak dapat dijejaki oleh pihak tentera.

No comments:

Post a Comment