Wednesday, February 1, 2012

Sesuaikah wat Siam dijadikan tempat berpolitik?

Bila menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13), pelbagai pihak politik yang ingin bertanding akan giat aktif turun padang untuk berkempen dengan menganjurkan pelbagai program walaupun tempoh matang penggal pentadbiran kerajaan ini masih jauh iaitu sebelum Mac 2013.

Dalam masyarakat Siam di Malaysia, lazimnya semua program keramaian seperti ini akan dianjurkan di kawasan Wat Siam. Ini kerana Wat Siam merupakan kawasan rumah ibadat penganut agama Buddha khasnya untuk orang Siam dan juga sebagai pusat orang2 Siam berkumpul apabila terdapat sesuatu perkara yang akan dibincang dan diusahakan bersama.

Sejak kebelakangan ini, ahli-ahli politik kerap turun padang bagi mengambil hati para pengundi sebagai persiapan PRU13 yang akan tiba pada bila-bila masa dalam waktu terdekat. Kawasan yang menjadi tumpuan penganjuran program ialah di kawasan wat Siam kerana mudah untuk mengumpul masyarakat Siam dalam jumlah yang besar.

Pihak Pakatan Rakyat antaranya Mat Sabu dan Lim Guan Eng telah mengadakan Ceramah Perdana di Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada 17 Nov 2011. Sementara PM pula dijangka akan mengadakan program bersama masyarakat Siam di Wat Nanai dan Wat Titi Akar pada 25 Feb 2012.

Kedua-dua tempat pelaksanaan program tersebut merupakan kawasan wat Siam. Sebelum ini, pelbagai pihak kutuk hebat terhadap pemimpin PR kerana menggunakan kawasan wat Siam untuk penganjuran program politik. Adakah kita juga wajar kutuk pihak yang menganjurkan program PM bersama masyarakat Siam di Wat Siam Kg Tok Set dan Wat Siam Kg. Titi Akar pada 25 Feb ini?

Bagi pandangan peribadi saya, kawasan wat Siam tidak sesuai dijadikan medan politik oleh mana-mana pihak. Saya harap pihak kerajaan dapat membina sebuah kompleks besar di luar kawasan wat Siam khas untuk masyarakat Siam mengadakan program sebagai mengenang jasa kesetiaan pengundi-pengundi Siam terhadap UMNO sejak lebih 50 tahun dahulu.

1 comment:

  1. Bukan sekadar tidak sesuai, tetapi tidak boleh kerana wat tempat beribadat yang dianggap suci dan bebas daripada politik kepartian. Phra pun dilarang bercakap politik, takkan wat boleh dijadikan medan caci-mencaci dan kutuk-mengutuk oleh orang parti. Orang Siam harus sedar dan tidak benarkan aktiviti politik dilakukan di wat.

    ReplyDelete