Tuesday, October 19, 2010

Imbas kembali sejenak..

Persatuan Siam Kedah (PSK) telah ditubuhkan pada 7 Okt 2008 di Wat Thepsuwannaram, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah. Tujuan penubuhannya adalah kerana majoriti veteran Siam Kedah berpendapat bahawa masyarakat Siam Kedah tidak ada NGO yang mewakili kaum Siam Kedah dengan pihak kerajaan negeri. Di mana sebelum ini, kita ada Persatuan Siam Kedah/Perlis yang telah dibubarkan pada 1997 selepas penubuhan Persatuan Siam Malaysia (PSM). Presiden PSM ketika itu, mahukan masyarakat Siam bersatu di bawah satu payung iaitu PSM. Semua persatuan Siam yang lain dinasihatkan untuk dibubarkan.

Oleh kerana pihak PSM tidak mempunyai cawangan di peringkat negeri kedah dan hanya mempunyai cawangan di peringkat kampung sahaja maka ia tidak merangkumi keseluruhan masyarakat Siam Kedah. Bila berlaku permasalahan di kalangan masyarakat Siam Kedah, agak sukar untuk masyarakat Siam Kedah berurusan dengan pihak kerajaan terutamanya kerajaan negeri Kedah. Maka wajarlah PSK ditubuhkan semula ataupun boleh dikatakan menghidupkan semula Persatuan Siam Kedah/Perlis yang telah dibubarkan dan kebanyakkan bekas pemimpinnya telah menyertai PSK.

Hasil perjuangan PSK yang pertama ialah mewujudkan "Gerakan Menyelamatkan Tan Hui Ming" yang telah diculik oleh warga Myanmar dan di bawa melepasi sempadan 3 buah negara. Ramai orang pandang sinis dgn hasrat PSK. Ramai org kata PSK lebih sudu dari kuah. Akhirnya tanpa disangka, perjuangan tersebut berjaya dan adik Tan Hui Ming telah diterbangkan balik dari luar negara ke pangkuan keluarga. Tetapi orang kita mudah lupa. Seperti kawan saya kata, "buat baik kepada masyarakat, tak lama mereka akan lupa".

PSK juga berusaha untuk menganggotai Jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi mewakili masyarakat Siam Kedah tetapi mendapat halangan yang hebat daripada pihak tertentu. Mereka berusaha agar PSK tidak dapat bergerak dengan lebih aktif di Kedah. Pihak PSK tidak kisah sebab kebanyakkan ahli jawatankuasanya daripada ahli UMNO. Suatu hari nanti pasti PSK dapat berdiri dengan gagah di negeri Kedah.

Pada 16 Okt 2010 setelah genap 2 tahun penubuhan PSK maka PSK telah berjaya menubuhkan Koperasi Kaum Siam Kedah Berhad (KKSKB) di bawah Biro Ekonomi yang diketuai En. Ai Cha Ran, seorang peguam. Beliau berpendapat sekiranya PSK tidak mempunyai kekuatan kewangan maka sukar untuk PSK bergerak. Untuk membela dan menjaga kebajikan ahli-ahli PSK maka kita mesti menceburi diri dalam dunia perniagaan maka dicadangkan penubuhan sebuah koperasi.

Penubuhan koperasi ini juga mendapat tentangan pihak tertentu. Tetapi dengan nekad untuk merealisasikan mandat jawatankuasa PSK maka akhirnya penubuhan koperasi tersebut telah mendapat kejayaan. PSK akan dijadikan saluran politik dan sosial manakala KKSKB akan dijadikan saluran ekonomi.

6 comments:

  1. tahniah dan syabas keatas kerja keras veteran dan ahli pejuang PSK,

    Tetapi ingin saya tahu disini adakah KKSKB hanya dibangunkan untuk ahli2 PSK sahaja??,

    PSK ditubuhkan boleh dikata pembangkaitkan reformasi baru kepada kaum thai kedah.

    suatu yang keliru,adakah sebahagian/kesuruhan khonthai kedah bukan dikalangan ahli psk?

    mmg tidak kesemua kerana belum tahu kehalian,maka apakah persatuan mereka yang tertinggal ini atau ketinggalan ini??,siapa akan jaga kebajikan mereka??,kerana PSK untuk ahli sahaja.percaya masih mereka yg tidak tahu tentang kehalian PSK.

    terbalik kepada perkara KKSKB,hanya untuk ahli sahaja,maka mereka yang bukan dikalangan keahlian tetapi atas nama siam kedah,automatik akan kehilangan tiket keistimewaan itu.

    Memang logik KKSKB dibawah penuang oleh ahli2 lembaga dikalangan ahli PSK,memandangkan PSK ada badan organisasi dibawah golongan berbwibawa,jikalau dibawah individu memang jauh agak hendak seimbang.

    apabila sampai masa PSK hulurkan bantuan kepada siam kedah,tetapi adakah keistimewaan yang ada hanya untuk ahli.

    saya cadangankan atas tiket nama-nya orang siam kedah automatik dinamakan ahli psk,bkn untuk kemasukkan ahli....jikalau melihat balik semula KKKSB mereka perlu menjadi ahli terlebih dahulu maka yang bukan ahli tu siam tak tulen lah.

    apakata psk cadangkan JKKKp dan MKK senaraikan nama anak buah kg kepada PSk untuk senaraikan,bukan sahaja psk dapat list siam kedah tetapi menunjukkan kekuatan psk mata orang siam kedah.


    best regards
    Anak siam kedah II

    ReplyDelete
  2. PSK adalah sebuah NGO yang mewakili semua kaum Siam Kedah. PSK akan membantu semua kaum Siam Kedah jika mampu. Tetapi tanpa sokongan kaum Siam Kedah maka PSK tak ada kekuatan ke arah itu.

    Sementara ahli PSK pula mempunyai kelebihan berbanding kaum Siam yang tidak menjadi ahli. Tidak adil kepada ahli-ahli PSK sekiranya PSK layan samarata dengan bukan ahli.

    Sementara KKSKB ditubuhkan untuk membantu PSK dan ahli-ahli koperasi dari segi kewangan. Tidak adil kalau kita agihkan keuntungan kepada bukan ahli. Semua ahli PSK boleh menjadi ahli koperasi sebab pihak kami inginkan PSK dan Koperasi jalan seiring.

    Sekiranya anda tidak membantu mengaktifkan PSK dan koperasi maka anda tidak layak utk mempertikaikan PSK dan koperasi. Dalam dunia serba canggih sekarang, mustahil kaum Siam Kedah tidak tahu mengenai penubuhan PSK. Setiap ketua kampung di Kedah tahu tentang hal ini.

    Marilah sama-sama menjadi ahli PSK dan Koperasi. Suara anda dalam PSK dan Koperasi akan dapat membantu kaum Siam Kedah. Kita hulurkan dulu bantu sebelum mengutip hasilnya. Jika tak hulur bantuan dan hanya tunggu hasil, sampai bila pun masyarakat kita tidak akan maju.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin tahu berapa ramai Ahli PSK sekarang?
    Kalu ikut gambar perasmian,nampak macam kurang sgt sambutan dari Khonthi Kedah.Kalu ditolak AJK,rasanya tak sampai 10 org ahli yg hadir.Ini adalah masalah besar.
    Saya rasa ada yg tak kena dan perlu ada post mortem utk cari punca kurang sambutan.Apakah kurang promosi tentang KKSKB?apakah khonthai tidak memahami maksud koperasi?apakah PSK semakin dijauhi?
    Semua ini perlu dirungkai demi masa depan PSK. It's not an easy management.It's need a full commitment from both AJK and Ahli PSK.
    Harap komen peribadi saya akan mendapat perhatian PSK dan PSK akan terus maju kedepan.

    ReplyDelete
  4. PSK baru ditubuhkan pada 2008 dan hanya 2 tahun sahaja penubuhannya. Sekiranya kita lihat pencapaiannya, rasanya dah banyak bantu dgn keupayaan yang ada. Ada RM1000 macam mana nak bina bangunan Menara warisan 100 tingkat mcm PNB. Itu mustahil.

    Hendak mengurus sekumpulan manusia bukannya senang. Nak memaksa orang menjadi ahli persatuan bukannya jalan yg baik. Jemput org datang ke program persatuan tak sama dgn jemput orang datang ke program konsert.

    Dalam Persatuan tidak ada kepentingan hanya ada niat utk bantu khonthai. Siapa hadir mesyuarat kena keluar duit minyak sendiri. Siapa pemimpin akan menjadi tempat khonthai melepaskan geram apabila mereka menghadapi masalah. Inilah nasib seorang pemimpin Siam.

    Anda lihat dari segi gambar anda dah berpandangan begitu sedangkan mesyuarat tersebut sudah cukup kuorum dan disahkan oleh pegawai yang hadir. Itu sudah cukup.

    Bagi saya, ada 10 orang ahli yang berkualiti lebih baik daripada 1,000 orang ahli Persatuan.

    Syarat penubuhan NGO cuma 7 orang ahli sahaja.
    Syarat penubuhan Koperasi pula 50 orang ahli sahaja.
    Saya rasa tidak mempunyai masalah utk kami terus berjuang dalam persatuan dan koperasi.

    Persoalannya kenapa anda tidak menjadi ahli? Kenalah jawab sendiri, apa yg anda mahukan daripada persatuan. Saya hanya ingin memberi sumbangan kepada masyarakat setakat mampu bukannya mengharapkan apa2 daripada Persatuan. Saya rasa penjelasan saya ini sudah cukup utk persoalan yg anda bangkitkan.

    Sebelum ini ada persatuan mengadakan mesyuarat agung menjemput penyanyi popular datang dari Thailand. Org datang 5 hingga 6 ribu, tapi mesyuarat sebenar cuma beberapa org sahaja. Adakah anda mahu begitu? Kalaulah anda tanya diri anda, apakah yang saya boleh bantu sangkhom.. itu sangat wajar sekali.

    Terima kasih kerana mengambil berat hal sangkhom. Saya rasa persoalan anda, sama seperti kebanyakkan org. Tetapi anda tidak akan memahami sekiranya anda sendiri tidak terlibat dalam PSK dan Koperasi.

    ReplyDelete
  5. Maaf kiranya komen saya menyentuh perasaan saudara.Sebenarnya saudara salah faham.Saya cuma nak memberi input supaya ada kemajuan dalam PSK walaupun saya tak layak menjadi ahli PSK. Untuk pengetahuan saudara,saya tak sertai PSK sebab saya bukan kelahiran Kedah.
    Tapi saya kagum dgn usaha PSK untuk tubuhkan koperasi untuk khonthai.Ia langkah positif.Sebab itulah saya cuba nak bagi input.Mungkin input saya disalah ertikan oleh saudara.Saya mohon maaf.
    Saya harap kita harus terima input atau kritikan demi kemajuan persatuan kita.Saya harap janganlah kita ikut perasaan bila berhadapan dgn sesuatu masalah dalam perjuangan persatuan. Nak maju kita kena ada kesabaran.Anyway saya doakan PSK berjaya dan terus berjaya terutama sekali KKSKB.Saya tumpang berbangga sebenarnya walaupun saya bukan khonthai Kedah tetapi jangan lupa bahawa kita adalah khonthai 1MALAYSIA.Sawaddee

    ReplyDelete
  6. Saya tak berniat begitu. Saya rasa bagus juga ada org bagi input. Saya cuma ingin terangkan kepada anda dr pandangan saya pula. Komen saya berdasarkan pengalaman yang saya hadapi selama ini. Memang input anda berguna utk kita kaji balik keberkesanan NGO. Anda tahu input tapi belum tentu anda pernah merasainya atau terlibat secara langsung dalam perkara ini. Umpama org main bola dan org yg menonton bola, persepsinya amat berbeza. Terima kasihlah di atas perhatian anda. Pihak kami akan cuba sedaya upaya setakat mampu sahaja.

    ReplyDelete