Wednesday, October 28, 2009

Cadangan Pementasan Teater Perdana 1Malaysia.

Semalam saya menghadiri perjumpaan khas dengan Jawatankuasa Majlis Teater, Seni & Warisan Negara Kedah Darul Aman di Restoren Nasmir, Jitra pada jam 9.00 malam.

Perbincangan kami tentang penyediaan kertas kerja untuk memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan. Anggaran perbelanjaan tersebut sekitar RM250,000.00

Saya hadir ke perjumpaan khas tersebut mewakili Pekemas yang juga sebagai ahli gabungan majlis tersebut. Saya balik sampai di rumah sekitar jam 2.00 pagi tadi.

Esok saya dijemput untuk menjadi juruacara majlis perasmian Program Geraksaraf Gabungan Ke 7 Malaysia Thailand (CPP) di Mini Stadium Kuala Nerang, Kedah.

Monday, October 26, 2009

Menteri mana rasmi Pesta Loy Krathong di Sik.

Tadi saya mendapat panggilan daripada pegawai kerajaan di daerah Sik. Beliau memaklumkan bahawa beliau mendapat jemputan ke Majlis Perasmian Pesta Loy Krathong peringkat negeri Kedah di Wat Begia yang dirasmikan oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 November 2009.

Dia marah saya kerana saya tak maklum tentang kedatangan big boss mereka ke program tersebut. Saya jelaskan bahawa saya tahu program tersebut diadakan tetapi saya tak pasti betul ke YB Menteri datang. Untuk kepastian saya call pejabat Menteri, jawapannya YB Menteri tak datang dan tak ada wakil yang datang. Boss saya di ibupejabat negeri tak puashati sekiranya ada pihak menggunakan nama menteri dalam kad jemputan.

Keadaan ini merupakan perkara biasa dalam politik. Sebelum ini persatuan federal anjur AGM di Sungai Petani semasa pemilihan calon senator pada tahun lepas, mereka tulis YAB Timbalan Perdana Menteri datang. Rupa2nya YB T. Murugiah yang datang. Sebentar tadi, saya keluar dari bilik boss. Dia sedang berusaha menghubungi pihak urusetia Pesta Loy Krathong utk mendapat penjelasan mengenai nama Menteri ada dalam kad jemputan.

Jawapan drp pihak urusetia seorang cikgu mengatakan Menteri dah janji nak datang tapi bila boss saya minta surat.. jawapannya tak ada. Sebenarnya pada ketika itu, YB Menteri Dr. Rais Yatim berada di Loas. Kalau bukan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang datang, YB Menteri mana yang datang?

Sunday, October 25, 2009

Masalah dah selesai, kami tak akan layan sebarang bantahan.

Semalam, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pekemas Bil 5/2009 di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam, Kg. Padang Peliang, Pendang, Kedah. Mandat mesyuarat tersebut memutuskan pihak Pekemas tidak akan melayan sebarang bantahan daripada mana-mana pihak berkaitan peruntukan Loy Krathong RM43k.

Dalam mesyuarat tersebut kami memutuskan bahawa masalah RM43k telah selesai. Kami telah berjaya menganjurkan program penyerahan peruntukan tersebut kepada semua wat di Wat Titi Akar, Pendang, Kedah pada 25.9.2009. Tindakan ini diambil ekoran ada beberapa orang khonthai termasuk seorang sami yang berpengaruh pergi mengadu di pejabat YB EXCO pada 22.10.2009 yang lepas.

Dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan Pekemas akan menyertai program Suarasa TV9 pada 31 Oktober 2009 di perkarangan Stadium Darul Aman dan juga Program Merakyatkan Seni Budaya: 1Malaysia peringkat negeri Kedah pada 7 November 2009 di Dewan Budaya, Alor Setar. Penglibatan Pekemas dari segi persembahan gendang panjang, tarian menora dan demontrasi masakan Siam untuk mempromosikan kebudayaan Siam di pentas rasmi kerajaan.

Monday, October 19, 2009

Program Kathina di Padang Peliang.

Pada 15 Oktober 2009, keluarga saya telah pergi Thod Khathin (kathinna) di Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah. Semua saudara mara saya berhimpun di Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam untuk membuat persiapan yang berkaitan Khathin seperti pokok duit, bart, chiworn, peralatan dapur utk kegunaan wat dan sebagainya.

Kami membawa peralatan tersebut secara perarakan beramai-ramai ke wat dan dimeriahkan lagi dengan paluan gendang panjang. (Gambar di atas - Orang yang pikul pokok duit itu adalah sepupu saya manakala orang tua yang pegang bart berbaju biru adalah bapa saya)

Sebagai penganut agama Buddha, kita haruslah Thod Khathin sekiranya kita mampu yang bertujuan untuk memelihara agama kita dan seterusnya membuat pahala untuk roh saudara mara kita yang telah meninggal dunia.

Semasa membuat persiapan tersebut saya berada di Langkawi kerana urusan kerja. Oleh kerana ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan maka saya memohon izin daripada majikan untuk balik awal.


Sunday, October 18, 2009

Dilema seorang kakitangan kerajaan keturunan Siam.

Rata-rata percaya sukar untuk orang-orang keturunan Siam mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan. Kebanyakkan kakitangan kerajaan terdiri daripada orang-orang Melayu. Kenapakah keadaan ini berlaku? Di jabatan saya, hanya saya seorang sahaja pegawai berketurunan Siam. Adakah orang Siam tidak minat bekerja dalam sektor kerajaan? Inilah sebabnya saya menamakan blog saya "Jejaka Siam Terakhir".

Saya amat bernasib baik sebab dapat bekerja dalam sektor kerajaan. Pada mulanya saya ditemuduga oleh satu panel temuduga di Kuala Lumpur pada tahun 1994. Salah seorang panel temuduga tersebut yang saya masih ingat ialah En. Yu Am Ping yang menemuduga saya. Beliau adalah seorang pegawai keturunan Cina. Akhirnya saya berjaya dalam temuduga tersebut setelah 3 tahun saya asyik menghadiri temuduga dan gagal. Bila saya ditawarkan jawatan tersebut, saya ditempatkan di bawah beliau di Ibu pejabat, Kuala Lumpur. Saya tak pasti, adakah saya akan berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya saya ditemuduga oleh pegawai bangsa lain.

Setelah 1 tahun saya berkhidmat, saya mengalami masalah kesihatan. Saya telah menjalani pembedahan yang agak serius. Saya telah memohon pertukaran ke negeri Kedah kerana masalah kesihatan. Sekiranya saya berada di Kuala Lumpur, saya tiada saudara mara di sana. Apabila saya jadi apa-apa ketika itu, ia amat menyukarkan saya. Tetapi malangnya permohonan saya dipandang sepi.

Saya amat kecewa dan merasa seolah-olah saya sebagai pegawai keturunan Siam tidak diambil peduli oleh pihak atasan. Selama 14 tahun, saya tidak patah semangat untuk memohon pertukaran balik berkhidmat di negeri kelahiran di kawasan penempatan masyarakat Siam saudara sebangsa dengan saya. Saya tak pernah fikir untuk mengikut jalan pintas memohon pertukaran. Saya memohon pertukaran mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi malangnya permohonan saya tak pernah dipertimbangkan. Cuma sekadar ditukar ke Penang dan seterusnya ke Perak. Tak pernah sampai ke sasaran iaitu negeri kelahiran saya.

Pada tahun 2008, saya mengambil keputusan menalifon secara terus kepada pihak yang berkaitan untuk memohon pertukaran balik ke Kedah. Akhirnya cubaan saya berjaya walaupun saya tidak mengikut prosedur. Inilah dilema seorang pegawai keturunan Siam dalam sektor kerajaan. Seolah-olah saya tak wujud sekiranya saya tidak menalifon pihak atasan. Tak sampai 1 tahun saya berkhidmat di negeri kelahiran saya, ada juga pihak yang tidak puashati dan cuba menukar saya keluar dari Kedah. Nasib baik saya mendapat boss yang bertimbang rasa. Jika tidak, entah saya ditendang ke negeri mana selepas ini.

Dalam penilaian prestasi perkhidmatan untuk mendapat cemerlang, menegak dan melintang,, kakitangan keturunan Siam jangan harap. Saya dah bekerja selama 15 tahun dalam sektor kerajaan, tak pernah ada bayang-bayang saya akan mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Tetapi kalau bangsa lain, saya rasa tak sukar untuk mendapat anugerah tersebut sekiranya dah sah dalam jawatan dan menunjuk prestasi yang baik.

Macam mana pegawai keturunan Siam nak dapat cemerlang. Apabila kami membuat kerja pihak atasan tak pernah nampak. Sekiranya kami melakukan sedikit kesilapan, akan heboh satu pejabat. Saya tidak mengharapkan semua itu tetapi sekurang-kurangnya berilah sedikit pengiktirafan untuk pegawai keturunan Siam supaya tidak terasa tersisih.

Walau bagaimana pun, saya akan tetap setia kepada kerajaan yang memerintah. Harapan saya agar konsep Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri memberi keadilan kepada semua kakitangan kerajaan pelbagai kaum dalam sektor kerajaan dan juga mendapat perhatian yang samarata daripada pihak atasan.

ลอยกระทง

ลอยกระทงประเพณีลอยกระทง เป็นประเพณีโบราณของไทย แต่ไม่ปรากฏหลักฐานชัด เจนว่าทำกันมาตั้งแต่เมื่อไร เท่าที่ปรากฏ กล่าวได้ว่ามีมาตั้งแต่สุโขทัยเป็นราชธานี พระบาทสมเด็จพระจุลจอมเกล้าเจ้าอยู่หัวทรงสันนิษฐานว่า เดิมทีเดียวเห็นจะเป็น พิธีของพราหมณ์ กระทำเพื่อบูชาพระผู้เป็นเจ้าทั้งสาม คือ พระอิศวร พระนารายณ์ และพระพรหม ต่อมาได้ถือตามแนวทางพระพุทธศาสนา มีการชักโคมเพื่อบูชาพระ บรมสารีริกธาตุพระจุฬามณีในชั้นดาวดึงส์ และลอยโคมเพื่อบูชารอยพระพุทธบาท ซึ่งประดิษฐาน ณ หาดทรายแม่น้ำนัมมทา ในสมัยสุโขทัย นางนพมาศพระสนมของ พระร่วงได้คิดทำกระทงถวายเป็นรูปดอกบัวและรูปต่างๆให้ทรงลอยตามสายน้ำไหล พระร่วงเจ้าทรงพอพระราชหฤทัยกระทงดอกบัวของนางนพมาศมาก จึงโปรดให้ถือเป็นเยี่ยงอย่าง และปฏิบัติสืบต่อกันมา จนถึงสมัยกรุงศรีอยุธยาและสมัยกรุงรัตนโกสินทร์ ด้วยเหตุนี้ กระทงรูปดอกบัวจึงปรากฏมาจนทุกวันนี้ แต่เปลี่ยนชื่อเรียกว่า "ลอยกระทงประทีป" ครั้นถึงสมัยรัชกาลที่ 4 ได้ทรงตัดพิธีต่าง ๆ ที่เห็นว่าสิ้นเปลืองออก ต่อมาในรัชกาลที่ 5 และรัชกาลที่ 6 ได้ทรงฟื้นฟูพระราชพิธีนี้อีก ปัจจุบันนี้ การลอยพระประทีปของพระบาทสมเด็จพระเจ้าอยู่หัว ทรงกระทำเป็นการส่วนพระองค์ตามพระราชอัธยาศัย แต่พิธีของชาวบ้านยังทำกันอยู่เป็นประจำตลอดมา ระยะเวลา ประเพณีลอยกระทงของไทยนั้น ตรงกับวันขึ้น 15 ค่ำ เดือน 12 ของทุกปี

Dilema tarikh sebenar pesta Loy Krathong.

Semalam saya menghadiri Mesyuarat Penganjuran Pesta Loy Krathong di Wat Padang Peliang. Saya hadir selaku Pengerusi Pekemas. Dalam kita bincang tentang pemilihan tarikh nampaknya ada 2 pandangan yang berbeza. Satu pihak mahu tarikh Loy Krathong pada Wanpen Dean Sipsong iaitu 2 November 2009. Satu pihak lagi mahu tarikh Loy Krathong tidak sama dengan pihak lain yang menganjurkan pesta tersebut.

Maka berbahaslah di antara 2 pihak yang berbeza pendapat ini. Ada yang kata, kita haruslah menganjur pesta Loy Krathong untuk memelihara kebudayaan kita supaya tidak hilang. Mereka memilih tarikh 2 November supaya tidak mencemarkan unsur2 kebudayaan kita.

Pihak satu lagi berkata tujuan kita anjur pesta Loy Krathong adalah untuk mencari duit bagi membiayai kos sekolah bahasa Thai. Kalau kita turun modal dan tak ada orang datang, buat apa kita rugikan duit yang kita ada. Puak ini tidak setuju anjur pada 2 November tetapi mereka setuju anjur pada tarikh yang tidak sama dengan pihak lain.

Bila mereka tanya saya, saya jawab saya lebih setuju pilih wanpen dean sipsong. Bila mereka tanya Phra dari Thailand (guru sekolah bahasa Thai) yg hadir dalam mesyuarat tersebut, Phra tersebut berkata Loy Krathong boleh buat dalam tempoh 1 bulan macam Thod Khathin. Beliau kata ada tulis dalam Kitab Tripitaka. Dia cerita la bab buddha dan asal wujudnya Loy Krathong. Ramai juga percaya kata-kata Phra. Ada orang bisik kat saya, betul juga Phra tu terangkan. Saya jawab, Phra tu terang dari segi agama Buddha. Memang betul berdasarkan kitab. (Saya tembak je, saya sendiri pun tak tahu dalam kitab itu ada tulis tentang asal-usul Loy Krathong)

Kata saya lagi, ini bukan berkaitan agama Buddha. Pesta Loy Krathong adalah salah satu kebudayaan kita. Ia bermula pada malam bulan purnama semasa nang Nopphamar iaitu gundik Raja Thailand mula Loy Krathong di sebatang sungai berhampiran istana. Bila dilihat oleh raja maka beliau mengistiharkan Pesta Loy Krathong merupakan salah satu kebudayaan di Thailand. Ada juga pihak percaya Loy Krathong ini merupakan budaya pengaruh hindu bertujuan menghargai peranan Dewi Gangga (Mea Khongkha atau Dewi Air). Dan ada ramai pihak lagi mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza tentang asal-usul Loy Krathong. Untuk masyarakat Siam saya rasa sesuai kita pilih 2 November 2009 (wanpen dean sipsong).

Akhirnya Ketua Sami Wat Padang Peliang membuat keputusan pilih tarikh 2 November 2009 menganjurkan Pesta Loy Krathong 2009 di Wat Padang Peliang. Saya pula selaku wakil Pekemas memberi sponsor menyewa band untuk pemuzik-pemuzik Siam Padang Peliang menunjukkan bakat mereka pada malam tersebut.

Wednesday, October 7, 2009

Rumah PPRT utk mangsa ribut masih belum dibina.

Pada 28 September 2009, sekumpulan penduduk Kg. Batu Seketul datang ke rumah saya di Kg. Padang Pusing. Mereka datang bukannya mengadu hal ehwal masyarakat kampung mereka kepada saya tetapi kehadiran mereka untuk meminang adik perempuan saya.

Semasa kami bersembang sambil meneguk air kopi, mereka pun membangkitkan isu kampung mereka dilanda ribut besar, seluruh kampung mereka terlibat. Mereka berkata pada 26 Ogos 2009, Datuk Paduka Ahmad Bashah, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah pergi memberi sumbangan dari JKM dan berjanji nak bagi 5 buah rumah PPRT dan lain-lain mangsa hanya bantuan untuk baiki rumah sahaja di bawah peruntukan KEDA.

Kata mereka, sampai sekarang masih belum nampak bayang-bayang pembinaan rumah PPRT tersebut dilakukan. Manakala mangsa yang terlibat masih tinggal dalam khemah. Ada juga yang menumpang adik-beradik yang tinggal berhampiran.

Ada juga yang ingin membuat rumah sendiri dengan meminjam duit daripada adik-beradik dan kawan-kawan. Kalau tak buat nak tinggal kat mana. Tapi mereka pula khuatir pihak kerajaan akan menganggap mereka sudah kaya dan peruntukan rumah PPRT tersebut mungkin ditarik balik.

Kepada pihak berwajib cepat-cepatlah tunaikan janji yang telah dilafazkan di hadapan penduduk kampung pada 26 Ogos lalu. Supaya mereka lebih yakin dengan keprihatinan kerajaan BN terhadap mangsa ribut.

Mesyuarat Agung MKNK ke 17.

(Saya berbaju kuning berada di belakang YB Dr. Hj. Hamdan yg berbaju hijau)


Saya bersama 4 orang lagi wakil daripada Pekemas menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Kedah (MKNK) yang ke 17 di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Kedah pada 1 Oktober 2009 jam 3.00 petang.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dr. Hj. Hamdan Bin Muhamed Khalib, EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan. Beliau adalah Pengerusi MKNK atas lantikan YAB Menteri Besar Kedah mengikut perlembagaan MKNK.

Saya hadir ke mesyuarat tersebut selaku ahli majlis MKNK dan juga mewakili pengarah saya sebagai Ex-Officio. Walaupun mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Kedah tidak semestinya saya menyokong kerajaan negeri dan membelakangkan kerajaan persekutuan.

Saya bertindak sebagai seorang pemimpin NGO yang bergiat aktif dalam kebudayaan dan juga mewakili majikan saya. Pekemas hanyalah satu-satunya NGO yang mewakili kebudayaan masyarakat Siam di negeri Kedah. Kita haruslah dapat bezakan mana politik dan mana kebudayaan.

Saya ingin melepaskan jawatan Setiausaha PSK.

Saya sedang pertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PSK. Setelah saya berbincang dengan beberapa orang kawan-kawan dalam PSK. Reaksinya ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.

Tujuan saya melepaskan jawatan adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada aktiviti Pekemas. Saya tidak berkemampuan untuk mengendalikan kedua-dua persatuan ini dalam satu-satu masa. Sekiranya saya aktif dalam PSK, Pekemas terpaksa diabaikan. Sekiranya saya aktif dalam Pekemas maka PSK terpaksa dilupakan.

Oleh itu, wajarlah saya memilih hanya satu sahaja NGO yang perlu saya kendalikan. Sementara PSK saya serahkan kepada ahli Jawatankuasa yang lain untuk memikul tanggungjawab ini. Selepas ini, kita akan bekerjasama memajukan NGO masing-masing demi untuk mewakili masyarakat Siam dalam bidang yang berbeza ke arah tujuan yang sama.

Masalah yang saya hadapi sekarang ialah masih ramai ahli PSK yang mahukan saya memegang jawatan Setiausaha PSK. Mereka akan turut serta meletakkan jawatan apabila saya melepaskan jawatan tersebut. Pening kepala saya memikirkan masalah ini. Biarlah AGM PSK tahun hadapan menjadi penentu.

Tuesday, October 6, 2009

Ibu kepada En. Utai, Pengerusi JKKKP Kg. Olak Madu meninggal dunia.

Sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon dan dimaklumkan bahawa ibu kepada En. Utai, Pengerusi JKKKP Kg. Olak Madu telah meninggal dunia pada pagi tadi. Mayat mendiang disimpan di rumah beliau.

Mayat mendiang akan disempurnakan pada hari sabtu, 10.10.2009. Kepada sanak saudara yang mengenali beliau harap dapat hadir.