Saya sedang pertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PSK. Setelah saya berbincang dengan beberapa orang kawan-kawan dalam PSK. Reaksinya ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.
Tujuan saya melepaskan jawatan adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada aktiviti Pekemas. Saya tidak berkemampuan untuk mengendalikan kedua-dua persatuan ini dalam satu-satu masa. Sekiranya saya aktif dalam PSK, Pekemas terpaksa diabaikan. Sekiranya saya aktif dalam Pekemas maka PSK terpaksa dilupakan.
Oleh itu, wajarlah saya memilih hanya satu sahaja NGO yang perlu saya kendalikan. Sementara PSK saya serahkan kepada ahli Jawatankuasa yang lain untuk memikul tanggungjawab ini. Selepas ini, kita akan bekerjasama memajukan NGO masing-masing demi untuk mewakili masyarakat Siam dalam bidang yang berbeza ke arah tujuan yang sama.
Masalah yang saya hadapi sekarang ialah masih ramai ahli PSK yang mahukan saya memegang jawatan Setiausaha PSK. Mereka akan turut serta meletakkan jawatan apabila saya melepaskan jawatan tersebut. Pening kepala saya memikirkan masalah ini. Biarlah AGM PSK tahun hadapan menjadi penentu.
Mamat ni nak cari publisiti murahan lagi.
ReplyDeleteAnon 1.08pm
ReplyDeleteTeruknya hang ni. tuan blogger ni minta pendapat dari orang pun salah ker.
Dia ni memang nak cari publisiti.Cuba teliti kes ini dan juga tentang mesyuarat MKNK. kena bagitau ke dia duduk kat mana atas pentas tu? siapa tak kenal dia? pandai bercerita macam nujum pak belalang.
ReplyDeleteAnon 3.20
ReplyDeleteHang lah nujum pak belalang mcm aku juga berani kutuk belakang jer. Tuan blogger ni kalau banding dgn hang jauh lebih baik. kritik orang depan mata bukan mcm hang main belakang.
Kalau dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik,apa salahnya.Teruskan..jawantan ini.syabas
ReplyDeletebanyak org dalam PSK tak suka dia kenapa ya?
ReplyDeletesaya heran sungguh.
Dalam politik ada org suka dan ada orang tidak suka itu perkara biasa. Dalam jadi sami, kalau ada org tidak suka itu dah jadi lain macam.
ReplyDeleteMinta maaf lah kalau saya kata buat apa saudara
ReplyDeletenak memegang sampai dua NGO sekaligus sedangkan
saudara sedar tahap kemampuan saudara setakat
untuk menjaga PEKEMAS sahaja. Serahkan kepada
yang lain dan pimpinlah mereka selama beberapa
bulan dan tunjuklah jalan yang telah saudara
lalui dan lakukan untuk PSK kepada mereka. Belajar daripada kesilapan saudara yang telah menghancurkan persatuan belia yang saudara bina
dahulu. Janganlah biarkan nafsu peribadi yang
lalu berulang lagi dan cukuplah sekadar yang lepas. Peruntukan yang disediakan adalah demi
rakyat 1malaysia dan peluang-peluang bagi insan yang ingin menabur bakti kemasyarakatan dapat mencuba, berilah peluang kepada yang lain. Umumkan dan jemput warga-warga Siam di Malaysia yang ada sekitar 60000 orang untuk turut sama menyumbang dan saudara berada diluar untuk sama membantu menjayakan misi PSK mereka. Sila abaikan nasihat ini sekiranya saudara tidak suka. Maaf jika terluka. 1malaysia 1malaysia
MALAYSIA KITA BINA BERSAMA
Nampaknya anda seorang yg tidak mengikut perkembangan semasa mcm berada dalam hutan belantara. PBTM didaftarkan di bawah ROS pada 1999. Setelah Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 diluluskan di Parlimen, automatik semua persatuan belia bubar dan perlu didaftar semula dgn KBS dalam tempoh 1 tahun. Kami tidak daftar PBTM semula tetapi beralih daftar PEKEMAS. PSM juga telah lama cuba merampas PBTM drp kami. Mereka telah pergi berjumpa menteri KBS, akhirnya mereka berjaya tubuh PBSM pada 3.2.2009. Oleh itu, bila dah tubuh PBSM buatpa lagi untuk saya daftar lagi satu persatuan belia. Saya harap penjelasan saya dapat menerang kepada mereka yg hendak mengambil tahu. Kepada mereka yg dah pekat otak, saya dah lama tak ambil peduli.
ReplyDelete