Tuesday, January 5, 2010

Betul ke Mr. Opat akan dilantik sebagai senator mewakili masyarakat Siam Malaysia di Parlimen?


Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan PM akan mengumumkan perlantikan senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam di Malaysia.

Senator pertama mewakili masyarakat Siam Malaysia di Dewan Negara ialah Dato' Charern Intachat yang dilantik pada 1996. Manakala senator ke 2 mewakili masyarakat Siam di Dewan Negara ialah Datuk Siw Chun a/p Eam dilantik pada tahun 2003.

Saya mendengar khabar mengatakan Senator ke 3 ni bukannya daripada calon-calon yang telah dikemukakan kepada pejabat PM daripada beberapa persatuan yang mewakili masyarakat Siam Malaysia antaranya PSM, PMSK, PESILA atau JKKKP.

Saya juga terkejut apabila mendapat tahu calonnya adalah berasal dari kampung isteri saya. Rumahnya juga tidak jauh daripada rumah saya iaitu Datuk Muhamad Ikmal Opat Bin Abdullah berasal dari Kg. Thai Pegang, Baling, Kedah. Beliau telah memeluk agama Islam dan merupakan Pengarah Urusan Syarikat Widad Agrofarm Sdn. Bhd, pejabatnya di Jalan Stadium, Alor Setar berhampiran Wat Nikhodharam.

Saya pun tak pasti, institusi manakah yang mencalonkan beliau mewakili masyarakat Siam Malaysia di Dewan Negara. Walau bagaimana pun, saya hormati keputusan PM sekiranya betul Datuk Opat dipilih sebagai senator bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen.

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk.

12 comments:

  1. PSM boleh terima ke dia tu jadi wakil siam di Parlimen? Mungkin takpa kot sebab PSM pun nak bubarkan. Dulu ada cakap, kalau tak dapat senator PSM nak bubar. Sekarang boleh la bubar dengan aman, cari siap2 mana kubur nak simpan bangkai tu. kahkahkahkahkah...

    ReplyDelete
  2. kalo org bkn buddha pegang jwtn in..,institusi buddha sapa nk pelihara?nk peduli?

    ReplyDelete
  3. Rasanya ada kelainan dalam jawatan senator siam malaysia kali ini.

    ReplyDelete
  4. Belum pasti lagi, baru khabar angin.

    ReplyDelete
  5. Kalulah betul bagus la... mungkin reda sikit isu sami diperkudakan.

    ReplyDelete
  6. memang betol. padan muka yang berebut-rebut sangat jawatan senator ni. akhirnya dapat orang isle. tu la rebut2, pecah belah, sami berpolitik dll. kin narm heawww lei. ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. kalau pembelot tu jadi senator, aku kencing dlm peti undi

    ReplyDelete
  8. Mat Loh tu????????

    ReplyDelete
  9. tak sesuai dan tak mungkin.........................
    lagi banyak hilang undi bn kali ni
    he he ehe

    ReplyDelete
  10. Betoi ke tu, harap2 betoi tak bengkok kali ni.
    BETOI LURUS KEPALA LINCIN TAK BERTOPI.

    ReplyDelete
  11. betoi la he he
    lincin lincin
    cuci juga

    ReplyDelete
  12. kita kena melihat jauh ke depan sekiranya PM lantik Nai Opat jadi senator. Kita jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Kita perlu melihat kepada sumbangan, dan bukannya pada individu. Kita perlu melihat kepada apa yang belia boleh buat kepada masyarakat Siam, bukannya berpaksi pada persepsi diri sendiri. Kita sudah lihat selepas ada 2 senator, sejauhmana masyarakat Siam maju ke depan. Tepuk dada tanya selera. sekadar hendak berkongsi nukilan.

    wasdee,
    CT Kim

    ReplyDelete