Thursday, January 7, 2010

Kecewa PSM tak buat AGM selagi tak dapat jawatan Senator.

Sebentar tadi seorang veteran PSM telah menghubungi saya. Beliau mengeluh mengenai masa depan PSM. Dia minta tolong saya, sebarkan luahan beliau melalui internet. Beliau bernama Puan Giam a/p Eam, bekas Pengerusi JKKKP Kg. Chong, Sik, Kedah.

Baru-baru ni, beliau menghadiri mesyuarat AGM PSM cawangan Sik. Beliau amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa PSM Pusat tidak akan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan bagi tahun 2008 selagi PM tidak melantik senator di kalangan calon yang diserahkan oleh PSM.

Puan Giam berkata, "jawatan Senator tiada kaitan dengan PSM. Beliau semasa memegang jawatan AJK UMNO Bahagian Sik dan juga Ahli Majlis Daerah Sik pada 1995 telah membuat usul memohon jawatan Senator kepada kerajaan mewakili masyarakat Siam di Dewan Negara. Tiada kaitan langsung dengan PSM. PSM pun wujud selepas kerajaan melantik Datuk Charern Intachat sebagai senator bagi mewakili masyarakat Siam.".

Tambah beliau lagi, jawatan Senator adalah atas usaha pemimpin-pemimpin UMNO bagi membantu kerajaan dengan menarik sokongan masyarakat Siam terhadap BN. PSM wujud selepas jawatan Senator dilantik untuk mewakili masyarakat Siam di Parlimen. Penubuhan PSM pula adalah untuk membangunkan masyarakat Siam Malaysia dan membantu senator ketika itu untuk menjalankan tugasnya sebagai wakil masyarakat Siam".

Puan Giam amat sedih sejak 2 orang Senator Siam telah dilantik. Tiada langsung perkembangan dalam masyarakat Siam yang dapat dibanggakan. Masalah sekecil seperti status bangsa (siam atau Thai) pun tidak dapat diatasi. Ditambah pula, cuba memecahbelahkan masyarakat Siam dan sekarang cuba melibatkan golongan sami pula dalam kancah politik kotor.

Tindakan pemimpin PSM tidak mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan PSM kerana jawatan senator tidak dilantik adalah tidak wajar. Dalam pemilihan jawatankuasa baru peringkat PSM cawangan Sik, beliau minta supaya jawatankuasa lama kekal untuk memperbaiki kesilapan mereka. Kata beliau lagi, "Jangan serah rumah buruk untuk orang lain. Baiki dulu rumah tu, barulah serah kepada orang lain".

Inilah luahan salah seorang veteran pemimpin masyarakat Siam yang dianggap seorang aktivis masyarakat Siam pada zaman 70-an hingga sekarang. Pernah menjadi ketua kampung lebih daripada 20 tahun. Pernah menganggotai Jawatankuasa UMNO Bahagian Sik dan beberapa lagi jawatan dalam politik.

Harap para pemimpin PSM sedar kesilapan mereka yang boleh menghancurkan harapan bangsa terhadap PSM. Akhir sekali, beliau meminta saya meletakkan nombor telefon beliau sekiranya ada sesiapa yang tidak puashati terhadap keluhan beliau ini. Hubungilah beliau di talian 019-4784857.

8 comments:

  1. Sebelum ini kita ada peluang membuat pembaharuan dalam PSM. Oleh kerana ada usul daripada 3 cawangan iaitu Sik, Perlis dan Tasek semasa AGM di Pendang Lake Resort supaya jawatan Presiden PSM tidak dipertandingkan.

    Usul ini juga melanggar perlembagaan PSM sendiri dimana jawatankuasa Pusat PSM wajib dipilih semula dua sekali.

    Ketiga-tiga cawangan ini mesti bertanggungjawab di atas kesilapan mereka dalam hal ini sekira PSM tidak dapat diselamatkan.

    Baru-baru ini pihak ROS telah menghantar surat amaran kepada beberapa PSM cawangan kerana tidak menghantar laporan tahunan sejak tahun 2005. Saya tak pasti, masalah ini wujud disebabkan Setiausaha Agung tidak hantar laporan ke ROS atau pihak cawangan sendiri tidak hantar laporan.

    Rasanya PSM tidak dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
  2. Bubarkan PSM. Bubarkan PSM dan tubuhkan satu persatuan yang baru. Satu persatuan yang dapat menggabungkan semua persatuan yang mewakili masyarakat siam di peringkat negeri masing-masing (PSK, PMSK dll). Satu persatuan yang ahlinya adalah terdiri daripada wakil daripada persatuan di peringkat negeri. Jadikan persatuan tersebut sebagai badan perhubungan antara kerajaan Malaysia. Manakala persatuan di peringkat negeri pulak boleh bergiat aktif di peringkat negeri dan boleh menghubung dengan kerajaan persekutuan dalam keadaan tertentu. Jawatan persidennya dilantik daripada presiden persatuan di peringkat negeri, begitu juga dengan jawatan timbalan presiden, S/U, bendahari dan AJKnya. Galakkan semua jawatankuasa tersebut disandang oleh wakil setiap persatuan di peringkat negeri. Manakala senator yang dilantik oleh kerajaan tu sebagai penasihat kepada pesatuan tersebut dan lantikkan seorang ahli UMNO/wakil rakyat (terutama ahli parlimen) sebagai penaung untuk memudahkan suara kita dapat didengari oleh pihak atasan.

    Sebenarnya panjang lagi yang saya nak tulis. nak tengok dulu respon daripada saudara/i dulu. Apa pandangan semua??? JST, hinghoi, kumpas....

    ReplyDelete
  3. Khon thai jai dee, SMILE......
    Mimpi siang hari kot JST........
    Manit sendiri pun pernah jadi presiden PBTM dan tahu berapa negeri saja yang ada org siam ini, kenapa susah nak bubarkan. PSM kan dah ada, buatlah surat untuk bernaung dibawah sayap PSM untuk unit kebudayaan dan bergabung dengan exco kebudayaan PSM, apa masalah nak itu nak ini........kalau hati tu ikhlas dan tiada niat buruk semuanya boleh, insaflah dengan pemergian PBTM, sedarlah dan jangan mencari publisiti murahan sehingga nak menjahanamkan PSM pula.

    ReplyDelete
  4. Kami semua sayangkan PSM bukannya nak jahanamkan PSM. Org yg tak mau adakan AGM tu lah yg hendak menjahanamkan PSM. PBTM cuma tidak ditubuh semula. Selepas tu PSM tubuh PBSM. Apa dah jadi dengan PBSM? Sila tanya Khru Vinai sebab dia yg terima sijil pendaftaran PBSM daripada Menteri Belia di Dangsing pada 6.2.2009. PBTM tak pernah dibubarkan cuma tidak didaftar semula mengikut perlembagaan baru iaitu Akta Pendaftaran dan pembangunan belia 2007.

    ReplyDelete
  5. Sawaddi.. Samada PSM perlu dibubarkan atau persatuan baru perlu ditubuhkan adalah tidak penting. Yang penting perlu ada sistem yang boleh menggabungkan persatuan-persatuan negeri. Manakala cawangan-cawangan pula bernaung di bawah persatuan negeri. Tak susah, sebab saya percaya ketua-ketua kampong sedia bekerjasama demi khonthai. Pimpinan PSM mestilah telus dan dilihat telus untuk membuat perubahan ini. Janganlah takut kehilangan kuasa, pemimpin datang dan pergi tapi PSM mesti kekal. Semua ahli sayangkan PSM dan tiada siapa ingin menjahanamkannya tetapi perubahan perlu dibuat mengikut kehendak semasa demi untuk menarik minat lebih ramai lagi khonthai menjadi ahli. Khob khun.... Charen

    ReplyDelete
  6. Aku dari Pedu. Tak dengaq pun PSM Pdg terap buat AGM cawangan. Aku sangat malu la. Calon senator pun dari cawangan ni. Takkan takleh buat AGM kot. Kalau cawangan sendiri takleh handle, macam mana nak jadi senator. Harap Khru Deng proaktif sikit. Semua sayang PSM. Jangan biaq PSM lingkop.

    ReplyDelete
  7. PSM Kedah Selatan kat Lamadu dah buat AGM tapi tak cukup Kuorum. Org dah hilang respect. Mustahillll.... kubu kuat tu...

    ReplyDelete
  8. Kalau saya seorang sahaja yang dituduh anti PSM, saya rasa ia tiada kesan terhadap PSM. Tetapi jangan biar semua orang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PSM.

    Saya sebenarnya sayang PSM sebab itulah saya tak diamkan diri untuk melihat PSM diambang kehancuran. Nampaknya sekarang bukan saya seorang tapi rata-rata ahli PSM cakap mengenai kepimpinan PSM.

    Mereka akan sentiasa mempersoalkan kenapa tiada AGM. Alasan bubar PSM kerana tiada jawatan Senator tu cuma alasan sahaja bagi menutup kelemahan mereka.PM tidak mudah diugut dengan mempertaruhkan masa depan PSM demi untuk mendapat jawatan Senator.

    Nak bubar PSM pun bukan perkara senang sebab kena declare dulu semua aset PSM seperti bangunan dan juga hutang PSM jika ada.

    Saya setuju dengan khun Charen, rata2 masyarakat Siam Malaysia masih sayang PSM. Tiada siapa yang ingin menjahanamkan PSM. Kritikan kami ini hanya untuk menyedarkan para pemimpin PSM tentang tanggungjawab mereka.

    Jika PSM tidak adakan AGM, jangan salahkan kami sebab para pemimpin PSM sendiri yang abaikan tanggungjawab mereka. Jangan takut hilangkan kuasa. Usaha nak mengekalkan kuasa pun tak guna jika tak tahu buat kerja.

    ReplyDelete