Monday, January 4, 2010

PSM dah tak bermaya.


Hari ni merupakan hari ke 4 dalam tahun baru 2010. Tapi sayangnya PSM sampai sekarang belum adakan Mesyuarat Agung lagi bagi tahun 2008 dan ditambah pula dengan tahun 2009. Boleh ke kita adakan serentak AGM tahun 2008 dan tahun 2009 pada tahun ini?

Nampak seakan-akan PSM dah tak ada undang-undang tubuh persatuan. Kalau ada, mesti mereka akan ikut dan patuhinya. Kalaulah pemimpin sendiri tidak ikut perlembagaan macam mana anak buahnya nak ikut pemimpin.

Mereka sentiasa laungkan PSM mewakili masyarakat Siam seluruh Malaysia. Kenapa perkara sekecil seperti ini sukar bagi pemimpin kita untuk lakukannya? Bagaimana nak lakukan perkara yang besar untuk masyarakat Siam sedangkan perkara kecil pun dah tak mampu.

PSM ibarat bas buruk yang tak mampu untuk bergerak lagi bagi membawa penumpangnya ke destinasi yang ditujui. Ramai penumpang dah turun mencari kenderaan lain. Inilah nasib apabila suara akar umbi kita abaikan.

Saya juga sayang pada PSM tapi apakan daya untuk saya membantu sekiranya orang ramai dah muak dengannya.

12 comments:

  1. Kalau tak silap aku, AGM setiap persatuan atau syarikat perlu diadakan dalam masa 15 bulan selepas mesyuarat terakhir diadakan dan dalam masa 18 bulan selepas mesyuarat kali pertama diadakan. Jadi, kalau AGM diadakan lebih daripada itu, tindakan mahkamah boleh diambil terhadap persatuan tersebut. Mahkalmah berhak mengarahkan supaya AGM diadakan. Ini setakat yang aku tau pasal undang-undang syarikat/persatuan la. Jadi, tepok dada tanya seleralah khonthai yang lain...

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat aku la, setiap persatuan ada perlembagaannya sendiri. Tak perlu rujuk perlembagaan ROS atau ROC.

    Sila rujuk balik perlembagaan PSM. Aku rasa, dalam perlembagaan PSM, AGMnya hendaklah diadakan sebelum bulan April setiap tahun selepas tamat tahun kewangan iaitu pada 31 Disember setiap tahun.

    Tahun kewangan PSM yg lepas tamat pada 31 Disember 2008. Sepatutnya AGM 2008 diadakan sebelum 30 April 2009.

    Sekarang tahun kewangan bagi 2009 pun dah tamat pada 31 Disember 2009. PSM kena adakan AGM 2009 sebelum 30 April 2010.

    Maksudnya PSM ada 2 AGM yang perlu diadakan iaitu AGM 2008 dan AGM 2009.

    Mengikut undang2 ROS (kalau tak silap saya), masalah dalaman mana2 NGO tidak boleh dibawa ke mahkamah. Kuasa pemutusan ialah daripada ahli2 NGO itu sendiri melalui AGM.

    Kalau semua ahli PSM mendiamkan diri maknanya mereka dah tak perlu PSM lagi dalam masyarakat kita. ROS boleh membubarkan pendaftaran persatuan tersebut.

    Jika ROS tak terima sebarang laporan dalam tempoh 3 tahun, dia boleh membatalkan persatuan tersebut. Fikirlah demi khonthai.

    ReplyDelete
  3. Aku juga ahli PSM dan kerap jadi perwakilan. Aku cukup tak puashati bila usul dari cawangan tak dipeduli oleh presiden. Kita cakap mulut berbuih dalam AGM tapi macam curah air kat daun keladi. Sapa kata PSM mewakili khonthai Malaysia, suara yang dibawa oleh khonthai di kampung pun depa tak mau dengaq. Hang tau tak usul tu adalah suara khonthai dari kampung. Kalau usul depa tak hirau, asyik dok rebut jawatan senator je... piraaaah PSM. PSM tak ada pun tak pa. hangpa pernah nampak tak perlembagaan PSM. Depa ikut tak perlembagaan selama ini. kah kah kah kah.. cawangan aku dah tutup. Bye bye ta ta.

    ReplyDelete
  4. PSM caw. Dangpleng on table je sebab ahlinya JKKKP laki bini je. Kah kah kah kih kih kih

    ReplyDelete
  5. Ana tak dengaq apa pun kat kampung ana. Ante tak bagi tau mana ana nak tau. Dangsing kg ana tak dapat notis lagi. Boon motor bagi tau ana kata dia tak tau sedangkan dia tu SU caw. Ana pening.

    ReplyDelete
  6. oprak ma phut kesian sungguh no psm ni.............dah ler pbtm telah dikorbankan oleh pemimpin ini. sekarang nak korban pula psm, sabar ler datuk siew chun kita dalam proses menhubungi semua cawangan dan rasanya akan selesai dalam masa terdekat ini.

    ReplyDelete
  7. YESSSSSS..................
    MACAM TU LA, ADA JUGA YANG MASIH KATA RELEVEN PSM NI. CUMA GEMBUR2 OLEH BEBRAPA EKOR YANG ANTI PSM SAJA. HIDUP PSM, PM PUN AKAN LIHAT CADANGAN PSM KERNA 2 SENATOR YANG DULU PUN DARI PSM. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIBERIKAN DIGALAS SEPENUHNYA OLEH DATO CHAREN DAN DATUK SIEW CHUN DALAM MEMBANTU MASYARAKAT SIAM INI. HIDUP PSM....PSM....PSM

    ReplyDelete
  8. Sawadikapppppppppppppppppppppppppp......
    Jika dilihat PSM adalah sebuah badan NGO dimana pihak kerajaan atau pendaftar boleh memberi peluang semasa Senator Datuk Siew Chun dalam proses penyusunan semula PSM agar dapat bergerak selaras dengan iklim perubahan sosiopolitik di negara ini, bukannya mudah dalam proses pembinaan tetapi kalau proses perobohan sekelip mata saja, kita bersama2 harus memberikan semangat serta sedar dan membantu PSM. Bukannya mencemuh serta gembar gembur utk tujuan meroboh seperti yang digemari oleh bekas presiden pbtm sehingga hilangnya pbtm sehingga kini, namun atas usaha keras YB Siew Chun kini belia siam sudah bernaung dibawah PSM dan 4B diseluruh negara.....syabas

    ReplyDelete
  9. komen bau_men diatas adalah berbeza dgn org yg pakai id bau_man.kebenaran besar satu wayang org yg tidak bertanggungjawab.

    harap maklum.

    Bau_man

    ReplyDelete
  10. PSM dalam proses pemulihan. beberapa cawangan kini dalam proses mengadakan mesyuarat tahunan. Dan terdapat beberapa usul yang bersetujui agar Presiden PSM dikekalkan agar masih dapat meneruskan usaha murni beliau dalam memperkemaskan lagi jentera PSM

    ReplyDelete
  11. ya betul
    cawangan kami sebulat suara menyokong agar Presiden PSM dikekalkan demi kebaikan PSM

    ReplyDelete
  12. Saya berasa amat gembira bila ada ramai di kalangan anda masih sayangkan PSM dan cuba membantu menghidupkan semula PSM. Semoga usaha anda semua dapat menyelamatkan PSM. Saya juga berharap agar anda semua juga dapat selamatkan PBSM yang baru tubuh pada 3.2.2009. Sementara PBTM yang kami tidak daftar semula kami telah gantikan dengan Pekemas. Semua bekas pemimpin PBTM masih aktif tetapi melalui saluran baru iaitu Pekemas. Sementara ahli PBTM di Perlis telah beralih kepada Persatuan Kebudayaan Siam Perlis. Semoga berjaya.

    ReplyDelete